Parti Ikatan Bangsa Malaysia

Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) (Bahasa Inggeris: Malaysia National Alliance Party) adalah salah sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2012 oleh Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Parti Ikatan Bangsa Malaysia
Malaysia National Alliance Party
IKATAN
SingkatanIKATAN
PresidenAbdul Kadir Sheikh Fadzir
Timbalan PresidenZuraida Kamaruddin
Setiausaha AgungTengku Ahmad Mudzaffar Tengku Muhammad Zaid
Ditubuhkan7 Jun 2012
(dilulus: 15 Mei 2015)
Disahkan15 Mei 2015
Digantikan olehgak tau
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Keanggotaan (33,000)2022
IdeologiNasionalisme
Tak Bayar Hutang
Keadilan Sosial
Demokrasi Sosial
Kedudukan politikTengah-Kanan
Penggabungan kebangsaanGagasan Sejahtera (2016–2020)
Perikatan Nasional (party sekutu) (2020-2022)
Barisan Nasional (sejak 2022)
Penggabungan antarabangsagak ada
WarnaMerah, Putih
SloganBersatu Maju Adil Bahagia
Simbol pilihan raya
Bendera parti
Laman sesawang
[[1]]
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya
~

Sejarah Penubuhan sunting

Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau IKATAN ditubuhkan pada 7 Jun 2012 oleh beberapa bekas pemimpin nasional Malaysia. Presiden penajanya ialah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Majlis pelancaran dihadiri 200 orang di Hotel Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan. IKATAN menyasarkan 500,000 ahli dari seluruh negara dalam tempoh setahun. Borang telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 5 Jun 2012[1]. RoS sepatutnya tidak ada sebab menolak pendaftaran kerana telah memenuhi semua syarat.[2] Pada 15 Mei 2015[3], parti ini telah dilancarkan dengan teras sebagai aspirasi parti berbilang kaum yang mendukung bangsa Malaysia yang bersatu padu, maju, adil, saksama dan bahagia.

sunting

 

KETERANGAN BENDERA – LOGO[4]

Bendera dan Logo yang telah disatukan ini melambangkan tekad “IKATAN BERPADU” rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya hendak melonjak maju sebagai Bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu, maju, adil, saksama dan bahagia. Ianya mengandungi 4 warna — Putih, Merah, Biru dan Kuning.

  • PUTIH : Putih melambangkan kesucian dan keikhlasan IKATAN memperjuangkan visi dan misinya untuk Bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu, maju, adil dan saksama dan bahagia.
  • MERAH : Merah adalah simbolik tekad dan azam IKATAN, berkorban apa saja, dalam perjuangan menjayakan visi dan misinya.
  • BIRU: Biru adalah warna keharmonian dan kedamaian. Laungan Kemerdekaan Bara Kemerdekaan/Bapa Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, serta perjuangan dan legasinya menjadi petunjuk serta dokongan kukuh visi dan misi IKATAN.
  • KUNING: Kuning melambangkan Raja Perlembagaan dan Perlembagaan Negara yang akan sentiasa disanjung, didokong dan dipertahankan oleh IKATAN.

Visi dan Misi sunting

Visi sunting

Menyatu padu dan merapatkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya supaya benar-benar menjadi satu: sebagai “Bangsa Malaysia yang bersatu padu, maju, adil dan saksama, dan bahagia”.

Misi sunting

  1. Menghidupkan kembali sumpah janji dan idealisma Bapa Malaysia dan pengasas-pengasas Kemerdekaan agar seluruh rakyat Malaysia hidup sebagai satu negara bangsa berteraskan kesaksamaan, keadilan serta maju dan bahagia.
  2. Dengan sesungguhnya menyedari, memperakui dan menghormati hak-hak dan kedaulatan Kerajaan negeri-negeri dalam semangat negara Persekutuan sejati serta selaras dengan prinsip demokrasi tulen dan semangat Perlembagaan Malaysia.
  3. Memastikan institusi-institusi negara mendukung dan menghormati kedaulatan undang-undang, prinsip-prinsip demokrasi, hak serta nilai-nilai sejagat.
  4. Menyokong dan menegakkan suatu pentadbiran yang:
    • benar-benar telus dan bertanggungjawab
    • cekap dan efisien
    • bebas rasuah dan bebas kronisma
    • bersih dan ikhlas
  5. Melonjakkan kedudukan sosio-ekonomi seluruh rakyat Malaysia agar semuanya dapat mengecapi kehidupan yang benar-benar maju, adil, saksama dan progresif sejajar dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan bagi masa depan bersama.

Organisasi sunting

Senarai Anggota Dewan Tertinggi IKATAN ː

JAWATAN NAMA PENUH
Presiden Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Kadir Haji Sheikh Fadzir
Timbalan Presiden Zuraida Kamaruddin
Setiausaha Agung Tengku Ahmad Mudzaffar Tengku Muhammad Zaid
Naib Presiden Tunku Muinuddin Putra Tunku Dato’ Seri Ahmad Nerang Putra
Naib Presiden Edmund Santhara Kumar Ramanaidu
Ketua Penerangan Nik Marhalim Mohd Bakri
Pengarah Strategi Azahari Ab Rahman
Ketua Dewan Pemuda Mohd. Shahir Mohd. Adnan
Ketua Dewan Wanita Daroyah Alwi
Bendahari Agung Datuk David Sew Kah Heng
Ahli Dewan Tertinggi Haniza Mohamed Talha
Ahli Dewan Tertinggi Rahimah Majid
Ahli Dewan Tertinggi Zakaria Rahim
Ahli Dewan Tertinggi Zakaria Abdul Hamid
Ahli Dewan Tertinggi Ab Aziz Ab Kadir
Ahli Dewan Tertinggi Sathishkumar Govindaraju
Ahli Dewan Tertinggi Kelly Lim
Ahli Dewan Tertinggi Janice Lim
Ahli Dewan Tertinggi Ziahul Asraf Hj. Syed Sultan
Ahli Dewan Tertinggi Dr. S. Yadav Sharavanan
Ahli Dewan Tertinggi Muthu Kumar Subramaniam
Ahli Dewan Tertinggi Datuk Mohamad Azhar Hamzah
Ahli Dewan Tertinggi S Kumar
Ahli Dewan Tertinggi Datuk David Sew Kah Heng
Ahli Dewan Tertinggi Datuk Seri Phua Heng Sim

Senarai Anggota Jawatankuasa Kepimpinan Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) sesi 2019-2021[5] ː

JAWATAN NAMA PENUH
Ketua Pemuda Mohd. Shahir Mohd. Adnan
Naib Ketua Pemuda Na’im Brundage
Naib Ketua Pemuda Jonathan Lim Ying Ran
Naib Ketua Pemuda Vijayiyakumar Nadarajah
Setiausaha Aiman Ikmal Abdul Aziz
Bendahari Muhammad Dhiyauddin Saharudin
Ketua Penerangan Yusman Saidi
Pengarah Strategi Has Zain
Exco Pemuda Mohamed Hilmi Che Ramli
Exco Pemuda Ridwan Syah Edrus
Exco Pemuda Mohammad Amirul Saharuddin
Exco Pemuda Muhammad Afif Eqmal Mohd Amzuki
Exco Pemuda Salman Adnan
Exco Pemuda Ganesan Maniam
Exco Pemuda Feradza Badri
Exco Pemuda Farrell Badri
Exco Pemuda Muhammad Saiful Bahari Sahari
Exco Pemuda Muhammad Adlin Ab. Ghani
Exco Pemuda Gunaseelan Nandan Cumaran
Ketua Pemuda Negeri Kelantan Mohamed Hilmi Che Ramli
Ketua Pemuda Negeri Selangor Aifaa Zaffan Bagauddin Bin Abdul Aziz
Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Ridwan Syah Edrus
Ketua Pemuda Negeri Perak Mohammad Amirul Saharuddin
Ketua Pemuda Negeri Johor Muhammad Saiful Bahari Sahari
Pengerusi Tetap Shahrul Noor Ahmad
Timbalan Pengerusi Tetap Nik Makarimi Mohd Bakri

Senarai Anggota Jawatankuasa Kepimpinan Dewan Wanita Ikatan Malaysia (DWIM) sesi 2023-2025

JAWATAN NAMA PENUH
Ketua Wanita Daroyah Alwi
Naib Ketua Wanita Fatin Fariza
Naib Ketua Wanita
Naib Ketua Wanita
Setiausaha
Bendahari
Ketua Penerangan
Pengarah Strategi
Exco Wanita
Exco Wanita
Exco Wanita
Exco Wanita
Exco Wanita
Exco Wanita
Exco Wanita
Exco Wanita
Exco Wanita
Ketua Wanita Negeri Kelantan
Ketua Wanita Negeri Selangor
Ketua Wanita Wilayah Persekutuan
Ketua Wanita Negeri Perak
Pengerusi Tetap
Timbalan Pengerusi Tetap

Perkembangan Parti sunting

  1. Pada 7 Jun 2012[6], majlis pelancaran dan pengenalan pemimpin protem IKATAN diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan.
  2. Pada 31 Mac 2014, penubuhan IKATAN diluluskan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan.
  3. Pada 15 Mei 2015[3], majlis pelancaran IKATAN telah diadakan di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan.
  4. Pada 16 Mac 2016[7], IKATAN mengumumkan membentuk pakatan politik blok ketiga dengan PAS[8][9]
  5. Pada 28 Julai 2016[10], Pejabat IKATAN Kawasan Petaling Jaya Utara dilancarkan oleh Pengerusi IKATAN Selangor, Dato' Seri Muhammad Badri Abdul Rahman.
  6. Pada 5 Ogos 2016[11], IKATAN dan PAS dalam proses menyediakan kertas kerja urusan dana politik yang mana masih belum ada undang-undang diperuntukan untuk mengawal aktiviti mengumpulkan dana politik pada masa ini[12].
  7. Pada 13 Ogos 2016, IKATAN bersama-sama PAS menubuhkan sebuah gabungan parti politik bernama Gagasan Sejahtera [13].
  8. Pada 11 Ogos 2017[14], Pemuda Gagasan Sejahtera Selangor ditubuhkan antara Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dan Dewan Pemuda IKATAN Selangor.
  9. Pada 18 November 2017[15], Dewan Pemuda IKATAN Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah mengorak langkah dengan menubuhkan Jawatankuasa Pemuda Gagasan Sejahtera. Pnubuhan Jawatankuasa Pemuda Gagasan Sejahtera bertujuan untuk menyelaraskan aktiviti Pemuda parti komponen dalam Gagasan Sejahtera dalam mendepani isu semasa, polisi serta dasar utama negara.
  10. Pada 25 April 2018[16][17], Gagasan Sejahtera mengumumkan 5 orang daripada IKATAN akan menjadi calon bagi Pilihan Raya Umum Malaysia 2018. Kesemuanya bertanding di Selangor.
  11. Pada 28 April 2018 yang merupakan hari penmaan calon Pilihan Raya Umum Malaysia 2018[18], IKATAN buat pertama kalinya menyertai Pilihan Raya Umum Malaysia dan mengesahkan penyertaan 4 wakil mereka dalam pilihan raya ini, manakala seorang lagi calon mereka tidak layak bertanding akibat muflis[19].
  12. Pada 10 Februari 2019, sebuah mesyuarat penyelarasan[20] antara Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia dan Pemuda BERJASA Malaysia telah diadakan di bilik gerakan BN. Sebuah jawatankuasa khas mengenai penyelarasan kerjasama dipersetujui untuk ditubuhkan[21].
  13. Pada 19 Mac 2019, IKATAN mengisytihar deklarasi solidariti[22] terhadap kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha mengembalikan integriti negara. Tindakan ini selari dengan tindakan yang didahului oleh PAS[23][24][25] dan UMNO[26][27][28].

Calon-calon Pilihanraya sunting

PRU 2018 - Parlimen sunting

  1. Subang - Mohd Shahir Mohd Adnan (Lambang PAS) - Hilang Deposit

PRU 2018 - DUN sunting

  1. Bukit Gasing, Selangor - Datuk David Sew Kah Heng (Lambang PAS) - Hilang Deposit
  2. Pandamaran, Selangor - G S Santokh Singh (Lambang PAS) - Hilang Deposit
  3. Kinrara, Selangor - Datuk Jonathan Lim Ying Ran (Lambang PAS) - Hilang Deposit

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.malaysiakini.com/news/200163
  2. ^ Kadir Sheikh Fadzir Tubuh Ikatan, Tidak Bertanding PRU13
  3. ^ a b http://www.astroawani.com/berita-politik/parti-ikatan-dilancar-ikrar-hidupkan-semula-aspirasi-pemimpin-terdahulu-59983
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-03. Dicapai pada 2019-04-03.
  5. ^ https://malaysiagazette.com/blog/2019/08/03/tiga-resolusi-pemuda-ikatan-zahir-politik-masa-depan
  6. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2012/06/07/kadir-sheikh-fadzir-tubuh-ikatan-tidak-bertanding-pru13
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-03. Dicapai pada 2019-04-03.
  8. ^ Pas pilih Ikatan bentuk blok politik ketiga
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-03. Dicapai pada 2019-04-03.
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-03. Dicapai pada 2019-04-03.
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-03. Dicapai pada 2019-04-03.
  12. ^ http://www.astroawani.com/video-malaysia/pas-ikatan-kemuka-kertas-kerja-urusan-dana-politik-122427
  13. ^ http://gagasansejahtera.my/2016/08/13/pengenalan/
  14. ^ https://berita.pas.org.my/khabar-pemuda-selangor-2-0-penubuhan-pemuda-gagasan-sejahtera-selangor/
  15. ^ http://gagasansejahtera.my/2017/11/24/pemuda-gagasan-sejahtera-tubuh-jawatankuasa-bersama/
  16. ^ https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/04/26/five-nonmuslim-candidates-for-sgor-pasled-coalition-says-inclusion-of-other-religions-in-lineup-prov/
  17. ^ http://www.utusan.com.my/berita/politik/tuan-ibrahim-ke-kubang-kerian-hashim-dihantar-ke-arau-1.657618
  18. ^ https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/417966/penamaan-calon-pru14-akan-bermula
  19. ^ https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/04/418436/calon-kalah-sebelum-bertanding-anak-nik-aziz-buat-kejutan
  20. ^ https://umno-online.my/2019/02/10/mesyuarat-penyelarasan-antara-umno-pas-berjasa-dan-ikatan/
  21. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/12203/BERITA/Politik/Mesyuarat-bersejarah-Pemuda-Pas-Umno
  22. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/542848/ikatan-nyata-deklarasi-solidariti-terhadap-dr-mahathir
  23. ^ http://www.astroawani.com/berita-politik/pas-akan-sokong-tun-m-jika-berlaku-pengkhianatan-dalam-ph-takiyuddin-198829
  24. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/13796/BERITA/Politik/Pas-hanya-sokong-Tun-M-sebagai-Perdana-Menteri
  25. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-03. Dicapai pada 2019-04-03.
  26. ^ https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/03/537692/umno-akan-sokong-dr-mahathir-demi-rakyat-negara
  27. ^ http://www.astroawani.com/berita-politik/undi-tidak-percaya-umno-hanya-akan-sokong-dr-mahathir-jika-ada-kebaikan-200320
  28. ^ http://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-sedia-sokong-dr-mahathir-1.854286

Pautan luar sunting