Muhammad Saiful Bahari Sahari

Muhammad Saiful Bahari bin Sahari ialah seorang ahli politik bagi negeri Johor, Malaysia.


Muhammad Saiful Bahari Sahari
Pengerusi
CTCS Worldwide Sdn Bhd
Dalam jawatan
18 Disember 2021 – 15 Disember 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Naib Presiden
Parti Bangsa Malaysia (PBM)
Dalam jawatan
8 Januari 2022 – 27 Disember 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Nasional
Dalam jawatan
16 Februari 2021 – 8 Januari 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Koordinator Pemuda Negara Negeri Johor
Dalam jawatan
30 April 2020 – 8 Januari 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin
Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat
Dalam jawatan
16 November 2018 – 1 Mac 2020
RajaSultan Muhammad V
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tun Dr Mahatir Mohamad
Butiran peribadi
LahirMuhammad Saiful Bahari bin Sahari
Parti politik (2022)
(2020–2022)
ProfesionAhli Politik

Penglibatan politik sunting

Muhammad Saiful Bahari Sahari memulakan penglibatan Politik dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Beliau pernah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat[1][2][3][4] dan sebagai Ahli PKR Negeri Johor[5].

Namun begitu, beliau telah meninggalkan PKR pada peristiwa langkah shereton[6][7] bagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) dan menyokong kepimpinan Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin serta Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang keluar daripada PKR. Dengan itu, Muhammad Saiful Bahari Sahari menyertai Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Sepanjang beliau berada di dalam kepimpinan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) . Beliau pernah dilantik sebagai Exco Armada Nasional - Pengerusi biro perpaduan dan integrasi Nasional[8][9] dan Koordinator Pemuda Negara untuk Negeri Johor.

Muhammad Saiful Bahari Sahari hanya bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) dan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) selama setahun . Beliau kemudianya mengambil keputusan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Pada 8 Januari 2022 Muhammad Saiful Bahari Sahari dilantik sebagai Naib Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM).[10][11][12][13][14][15] Pada 27 Disember, beliau bersama 12 ahli PBM lainnya telah dipecat daripada parti berkenaan.[16]

Kerjaya korporat sunting

Muhammad Saiful Bahari Sahari dilantik sebagai Pengerusi CTCS Worldwide Sdn. Bhd[17] Pada 18 Disember 2021 dan pernah berkhidmat sebagai Sales Manager di Tanah Sutera Development Sdn.Bhd[18].

Penglibatan persatuan sunting

Muhammad Saiful Bahari Sahari aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan sejak memegang jawatan sebagai ;

  • Pengerusi Yayasan Komuniti Negara Negeri Johor[19].

Keputusan pilihan raya sunting

Pada Pilihan raya negeri Johor 2022, Muhammad Saiful Bahari Sahari telah dicalonkan untuk bertanding bagi kawasan Stulang[20]. Beliau merupakan calon melayu yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin[21][22][23].

ADUN Stulang, Johor[24][25].
Tahun Kerajaan Undian Peratusan Pembangkang Undian Peratusan Jumlah Undi Majoriti Jumlah Pengundi Berdaftar Peratus Keluar Mengundi
2022 Muhammad Saiful Bahari Sahari (PBM) 1,359 4.88% Chen Kah Eng (DAP) 12,499 44.84% 28,490 2,866 60,577 47.03%
Ang Boon Heng (BN) 9,633 34.56%
Youis Yap(PN) 3,789 13.59%
Moharam Baharom (Bebas) 594 2.13%

Rujukan sunting

  1. ^ "Penyokong afif tak puas hati". wwww.hmetro.com.my.
  2. ^ "Perwakilan tolak Ketua AMK baharu". www.bharian.com.my.
  3. ^ "Orang muda masuk PKR perlu faham perjuangan parti". www.bharian.com.my.
  4. ^ "AMK selesai pelantikan biro politik 2018-2021". malaysiagazette.com.
  5. ^ "Batal jemput Azmin bukti PKR sedang berantakan – AMK". malaysiagazette.com.
  6. ^ "Kronologi desas desus perubahan kerajaan". www.mstar.com.my.
  7. ^ "Kronologi bersejarah peralihan Kerajaan PH ke PN". harakahdaily.net.
  8. ^ "Armada dakwa Pemuda UMNO jadi lidah DAP, pembangkang". www.utusan.com.my.
  9. ^ "Exco Armada Nasional bantu keperluan 20 surau". www.sinarharian.com.my.
  10. ^ "Larry Sng dilantik Presiden PBM". www.astroawani.com.
  11. ^ "Jangan dengki, PBM bukan parti menentang kerajaan". premium.sinarharian.com.my.
  12. ^ "PBM tidak tolak jika ada peluang tanding PRN Johor". www.sinarharian.com.my.
  13. ^ "PBM belum terima borang keahlian Zuraida". www.kosmo.com.my.
  14. ^ "PBM maklum hasrat Zuraida sertai parti - Naib Presiden". ramadan.bernama.com.
  15. ^ "PBM confirms receiving Zuraida's intention to join party: Vice-President". www.thesundaily.my.
  16. ^ https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/12/1044849/pbm-pecat-13-individu-termasuk-zuraida-nor-hizwan
  17. ^ "Pengurusan Tertinggi CTCS Worldwide Sdn.Bhd". ctcs.com.my.
  18. ^ "Muhammad Saiful Bahari Sahari". my.linkedin.com.
  19. ^ "From PKR defectors to Zuraida's strong-men: Who's who in the new pro-BN Parti Bangsa Malaysia". www.malaymail.com.
  20. ^ "4 calon Parti Bangsa Malaysia akan bertanding PRN Johor [METROTV]". www.hmetro.com.my.
  21. ^ "PRN Johor: Adakah parti baharu punyai ruang?". www.astroawani.com.
  22. ^ "Calon PBM yang menang akan sokong kerajaan baharu Johor". malaysiagazette.com.
  23. ^ "PBM mampu bawa perubahan di DUN Stulang". www.sinarharian.com.my.
  24. ^ "PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR (PRN JOHOR) 2022". pru.astroawani.com.
  25. ^ "LANGSUNG keputusan PRN Johor". www.bharian.com.my.