Gerakan Tanah Air

gabungan politik di Malaysia

Gerakan Tanah Air (Jawi: ݢرقن تانه اءير, singkatan: GTA) adalah sebuah gabungan parti politik di Malaysia. Gabungan ini ditubuhkan pada tahun 2022 serta terdiri daripada empat parti politik yang berhaluan sayap kanan dan Pro-Melayu iaitu PEJUANG, PERKASA, BERJASA dan IMAN. GTA telah menyertai Pilihan raya umum Malaysia 2022 atau PRU-15. Pada 14 Januari 2023, PEJUANG telah keluar daripada GTA[1] manakala Pengasasnya Tun Dr. Mahathir Mohamad juga umum keluar daripada GTA pada 12 Mei 2023[2].

Gerakan Tanah Air
GTA
SingkatanGTA
PengasasTun M
Ditubuhkan04 Ogos 2022
Disahkan11 sem 2023
Dibubarkan---
Didahului olehAngkatan Perpaduan Ummah (APU), Angkatan Insaf Rakyat (AIR)
Digantikan oleh-
Ibu pejabat---
Sayap beliaNasrul Ali Hasan Abdul Latif (PUTRA)
Keanggotaan (2024) pejuang (2022-2023)
Ideologi
Kedudukan politikSayap kanan
AgamaIslam Sunni
Penggabungan antarabangsa-
WarnaBlack
SloganMalaysia Unggul dan Bermaruah
Lagu parti-
Kerusi Dewan Negara
0 / 70
Kerusi Parlimen
0 / 222
Kerusi DUN
0 / 607
Menteri Besar & Ketua Menteri
0 / 13
Majlis Tempatan
0 / 1,433
Simbol pilihan raya

(seluruh semenanjung Malaysia)

(hanya di Kelantan)
Bendera parti
Fail:Gta flag
Laman sesawang
https://tanahairku.my/
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya
--

Sejarah sunting

Latar belakang sunting

Gerakan Tanah Air (GTA) diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. GTA ialah sebuah gabungan gerakan politik inklusif pertama dalam negara yang menggabungkan wakil daripada individu, tokoh masyarakat daripada pelbagai bidang atau latar belakang, ahli akademik, kumpulan profesional dan parti-parti politik seperti Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN).[3][4]

Pada peringkat awal sebelum penubuhan GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menggerakkan satu inisiatif yang dinamakan Jawatankuasa Kelangsungan Melayu untuk mengenal pasti formula agar suatu usaha politik dapat digerakkan demi kelangsungan kuasa politik orang Melayu. Tun Dr. Mahathir berpendapat bahawa selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), kuasa politik orang Melayu semakin terhakis kerana perpecahan politik yang besar.

Selain daripada itu, Tun Dr. Mahathir juga merasakan bahawa orang Melayu ketika ini terperangkap di antara dua blok politik yang kedua-duanya akan menghakis hak dan masa depan orang Melayu. Di suatu sudut, parti-parti Melayu seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak lagi mampu menjaga kepentingan orang Melayu khususnya dalam aspek ekonomi, malah kedua-dua parti ini tidak amanah dalam berpolitik.

Di suatu blok yang lain, Tun Dr. Mahathir berpendapat bahawa parti-parti politik yang dikatakan sebagai pelbagai bangsa seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) juga tidak mampu menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam kerana dasar politik pelbagai kaum ini tidak memberi keutamaan kepada kumpulan majoriti iaitu Melayu dan Islam.

Senario ini menyebabkan orang Melayu terperangkap untuk memilih satu daripada dua blok politik ini yang mana kedua-duanya tidak mampu menjamin kepentingan dan masa depan bangsa Melayu dan agama Islam.

Latar belakang ini telah menggerakkan banyak pertemuan antara Tun Dr. Mahathir dan rakyat daripada pelbagai latar belakang yang mendesak agar suatu gabungan baharu yang bersifat inklusif supaya lebih ramai orang Melayu yang tidak berparti untuk terlibat sama dalam gerakan ini.

Pada Julai 2022, Tun Dr. Mahathir telah mengambil keputusan agar suatu gagasan bangsa yang baharu perlu dibentuk sebagai salah satu pilihan alternatif bagi bangsa Melayu. Hasil perundingan dengan pelbagai pihak khususnya ahli akademik, pemimpin dan wakil masyarakat, maka terbentuklah Gerakan Tanah Air.

Penubuhan sunting

Pengumuman penubuhan GTA dibuat pada jam 5 petang, 4 Ogos 2022 dalam sidang media bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Agenda utama GTA adalah untuk memperjuangkan dan mengangkat kepimpinan politik Melayu yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan terpuji iaitu berwibawa, bersih, cekap dan amanah dengan objektif untuk melindungi kepentingan dan hak orang Melayu, Islam dan Bumiputera dengan cara menukar kerajaan sedia ada menerusi jalan yang demokratik dan berperlembagaan.

GTA juga berperanan untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem politik yang berteraskan integriti dan meletakkan pemimpin Melayu yang lebih berwibawa, bersih, cekap serta amanah untuk memimpin rakyat dan pentadbiran negara ke arah kemajuan yang manusiawi.

Petikan ucapan Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam sidang media pelancaran GTA.

... Kita tidak mahu menjadi (menubuhkan) parti baharu, kerana kita dapati parti (baharu) di Malaysia ini hanya menghasilkan perpecahan di kalangan rakyat dan semua parti-parti yang ditubuh[kan] menjadi lemah kerana terlalu banyak parti dan bilangan pengikut tidak ramai. Sebab itu kita tidak akan menubuhkan parti (baharu) tetapi sebaliknya kita cuba nak dapatkan semua orang menyertai perjuangan ini. Dan kerana itu kita pilih nama yang sesuai dengan gerakan kita iaitu nama yang kita pilih yang dipersetujui oleh semua ialah Gerakan Tanah Air – Movement of the Country. Ini adalah suatu gerakan rakyat untuk menentukan nasib mereka menjadi lebih baik dengan menukar kerajaan yang mengutamakan kepentingan diri. Kita akan berjuang untuk rakyat, untuk negara, untuk agama Islam yang menjadi agama orang Melayu. Itulah tujuan kita. Negara kita dikenali oleh orang Melayu sebagai tanah air. Orang Melayu bukan sahaja mengutamakan tanah tetapi juga air, hanya orang Melayu (kebudayaan) saja ada (konsep) tanah dan air, tak seperti orang lain yang cuma ada tanah saja. Kita adalah Gerakan Tanah Air.

— Tun Dr. Mahathir Mohammad, Sidang Media, Yayasan Kepimpinan Perdana, 4 Ogos 2022

Selepas penubuhan sunting

Pada 14 Januari 2023, Mukhriz selaku presiden PEJUANG mengumumkan bahawa parti PEJUANG telah mengundur diri daripada GTA susulan kekalahan teruk gabungan itu pada Pilihan raya umum Malaysia 2022.[5]

Struktur kepimpinan sunting

Berikut ialah senarai jawatankuasa penaja GTA[6]:

Anggota Parti Komponen sunting

Logo Nama Ideologi Kedudukan Kerusi ditangdikan pru ke 15 Pemimpin Jumlah kerusi terkini
Composition
Anggota parti
  PUTRA Malaysia Mighty Bumiputera Party
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia
Nasionalisme Melayu Far-right 49 Ibrahim Ali
0 / 222
  BERJASA Pan-Malaysian Islamic Front
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia
Islamisme Right-wing Zamani Ibrahim
0 / 222
45 IMAN National Indian Muslim Alliance Party
Parti Perikatan India Muslim Nasional
Indo-Malaysia Muslim interests N/A 13 Mohammed Mossin Abdul Razak
0 / 222

Bekas Anggota Parti Komponen sunting

General election results sunting

Election Total seats won Seats contested Total votes Voting percentage Outcome of election Election leader
2022
0 / 222
125 109,175 0.70% 4 seats; No representation in Parliament (Gerakan Tanah Air) Mahathir Mohamad


State election results sunting

Nota sunting

Rujukan sunting

  1. ^ https://m.malaysiakini.com/news/651628
  2. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/tun-m-tinggalkan-gta-419167?amp=1
  3. ^ "Dr M unveils Malay-only Gerakan Tanah Air coalition". Free Malaysia Today. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  4. ^ "Dr M announces new coalition of four parties, Gerakan Tanah Air". New Straits Times. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  5. ^ Izwan Rozlin (14 Januari 2023). "Pejuang sah tinggalkan Gerakan Tanah Air". Sinar Online. Dicapai pada 14 Januari 2023.
  6. ^ Fareez Azman (Ogos 4, 2022). "RoS diharapkan 'murah hati' luluskan nama, prinsip perlembagaan Gerakan Tanah Air - Dr Mahathir". Astro Awani. Dicapai pada 4 Ogos 2022.