Raub
Raub merupakan salah satu daripada 11 daerah di Pahang, Malaysia.[1] Raub mempunyai keluasan 2,271 kilometer persegi, dan terletak antara Banjaran Utama dan Banjaran Gunung Benom. Raub berada 110 km daripada Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, dan 265 km daripada Kuantan, ibu negeri Pahang. Terdapat 37 buah kampung tradisional dan 9 buah kampung baru Cina dalam daerah Raub.
Raub Bandar Durian Musang King |
|
Geografi | |
---|---|
Status | Bandar |
Asal nama | N/A |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Daerah Raub |
Keluasan | 561,175.46 ekar (227,099.65 he; 876.83666 bt2) |
PentadbiranSunting
Daerah Raub mempunyai 9 buah mukim iaitu:
- Mukim Batu Talam
- Mukim Sega 1
- Mukim Sega 2
- Mukim Semantan Ulu
- Mukim Dong
- Mukim Ulu Dong
- Mukim Gali 1
- Mukim Gali 2
- Mukim Tras
- Mukim Batu Talam
- Mukim Dong
- Mukim Gali
- Mukim Sega
- Bandar Raub
- Bandar Teras
- Pekan Cheroh
- Pekan Dong
- Pekan Tranum
Raub mendapat namanya dari kegiatan mendulang emas, apabila setiap hari pelombong emas mendapat seraub (segenggam) emas daripada aktiviti mendulang emas di sungai.
Pusat Beli-belah dan PasarayaSunting
- Tunas Manja Supermarket
- TF Value-Mart
- Idaman Mall (dalam perancangan)
PolitikSunting
Daerah Raub mempunyai satu kawasan parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (Tras, Batu Talam dan Dong).
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Raub |