Daerah Raub

daerah di Pahang, Malaysia

Daerah Raub merupakan salah satu daripada 11 daerah di negeri Pahang, Malaysia. Daerah ini terletak di barat negeri Pahang dan berkeluasan 2,269 kilometer persegi yang merangkumi tujuh buah mukim. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Raub.

Daerah Raub
Lokasi Daerah Raub di Pahang
Lokasi Daerah Raub di Pahang
Map
Daerah Raub is located in Bumi
Daerah Raub
Daerah Raub (Bumi)
Koordinat: 3°50′N 101°50′E / 3.833°N 101.833°E / 3.833; 101.833Koordinat: 3°50′N 101°50′E / 3.833°N 101.833°E / 3.833; 101.833
Negara Malaysia
Negeri Pahang
PusatRaub
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Raub
Pentadbiran
 • Pegawai daerahShahid Ismail[1]
Keluasan
 • Jumlah2,269 km2 (876 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah96,139
 • Kepadatan42/km2 (110/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
27xxx, 49xxx (Bukit Fraser)
Kod panggilan+6-09
Nombor plat kenderaanC

Etimologi

sunting

Nama Raub dipercayai berasal daripada sebuah kisah berkenaan dua orang pemuda bersama ayah mereka telah memasuki hutan dan menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara, mereka tiba di satu tebatan sungai. Setelah tiba di kawasan itu, ayah mereka berkata bahawa di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Pasir yang terdapat di kiri dan kanan tebatan itu kelihatan amat bersih. Kedua dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Kawasan sekitar mereka dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah dan jelutung.

Mereka juga memetik pucuk dedaun yang subur berhampiran tebatan itu untuk dijadikan makanan. Mereka terus meraup pasir di tebing tebatan itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, pasti emas yang mereka dapat. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya, mereka hanya menggunakan tangan untuk meraup, dan dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "Raub".[4]

Pentadbiran

sunting

Daerah Raub ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Raub yang berpusat di Bandar Raub. Daerah ini terbahagi kepada tujuh buah mukim, dua buah bandar dan tiga buah pekan. Terdapat lebih 47 buah kampung yang terletak dalam daerah ini.

 
Peta daerah Raub
  1. Mukim Batu Talam
  2. Mukim Dong
  3. Mukim Gali
  4. Mukim Hulu Dong
  5. Mukim Sega
  6. Mukim Semantan Hulu
  7. Mukim Teras
  8. Bandar Raub
  9. Bandar Teras
  10. Pekan Cheroh
  11. Pekan Dong
  12. Pekan Tranum

Geografi

sunting

Daerah Raub terletak di barat negeri Pahang, bersempadan dengan Daerah Lipis di utara daerah-daerah Jerantut dan Temerloh di timur, Daerah Bentong di selatan dan Daerah Hulu Selangor, Selangor serta Daerah Muallim, Perak di barat. Banjaran Titiwangsa yang terbentang di bahagian barat daerah Raub menjadi sempadan antara daerah ini dengan Selangor dan Perak, manakala Gunung Benom pula adalah titik pertemuan antara daerah ini dengan daerah-daerah Temerloh dan Jerantut.

Demografi

sunting
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199173,085—    
200079,488+8.8%
201091,731+15.4%
202096,139+4.8%
Pecahan etnik di Raub - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
61.1%
Cina
  
32.4%
India
  
6%
Lain-lain
  
0.4%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Raub ialah seramai 96,139 orang dengan kepadatan penduduk 42 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 61 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih lima peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[3]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 0.9. Terdapat 25,294 tempat kediaman dengan sebanyak 22,918 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 63 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 25 ribu dalam golongan muda dan selebihnya enam ribu orang merupakan warga tua.[3]

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 55,494
Cina 29,471
India 5,473
Lain-lain 400
Bukan warganegara N/A 5,301
Agama di Raub - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
56.5%
Buddha
  
30.5%
Hinduisme
  
6.6%
Tidak beragama
  
2.5%
Lain-lain
  
2.3%
Kristian
  
1.6%

Majoriti penduduk di daerah Raub beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Kebanyakan penduduk bumiputera selain Melayu menganut agama Kristian atau tidak beragama.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Perutusan Pegawai Daerah". pdtraub.pahang.gov.my.
  2. ^ "Peta Raub". pdtraub.pahang.gov.my.
  3. ^ a b c d "OpenDOSM - Kawasanku". OpenDOSM. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 31 Januari 2023.
  4. ^ "Info Raub". mdraub.gov.my. Dicapai pada 31 Mei 2023.