Daerah Jerantut merupakan sebuah daerah di negeri Pahang, Malaysia. Daerah ini merupakan daerah terbesar di Pahang dan Semenanjung Malaysia dengan keluasan 7,561 kilometer persegi. Daerah ini juga merangkumi 10 buah mukim dan berpusat di Bandar Jerantut.

Daerah Jerantut
Lokasi Daerah Jerantut di Pahang
Lokasi Daerah Jerantut di Pahang
Map
Daerah Jerantut is located in Bumi
Daerah Jerantut
Daerah Jerantut (Bumi)
Koordinat: 3°56′N 102°22′E / 3.933°N 102.367°E / 3.933; 102.367Koordinat: 3°56′N 102°22′E / 3.933°N 102.367°E / 3.933; 102.367
Negara Malaysia
Negeri Pahang
PusatJerantut
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Jerantut
Pentadbiran
 • Pegawai daerahKhairun Nissa Aris[1]
Keluasan
 • Jumlah7,561 km2 (2,919 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah96,006
 • Kepadatan13/km2 (33/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
27xxx
Kod panggilan+6-09
Nombor plat kenderaanC

Etimologi sunting

Asal usul perkataan "Jerantut" dipercayai berasal dari perkataan "Jeram" dan "Tut" yang diambil daripada nama seorang lelaki bernama "Awang Tut" yang sering mengail di kawasan jeram di tengah Sungai Pahang.

Sejarah sunting

Sebelum diisytiharkan sebagai sebuah daerah, Jerantut termasuk di bawah pentadbiran daerah Kuala Lipis. Pada tahun 1951, Jerantut merupakan satu daerah kecil dalam daerah Lipis dan ditadbir oleh penolong pegawai daerah.

Pada 1 Januari 1959, pemasyhuran Jerantut sebagai sebuah daerah telah disempurnakan oleh Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang dan seorang pegawai daerah dilantik bertujuan membantu pengurusan pentadbiran daerah ini.[1]

Pentadbiran sunting

 
Peta daerah Jerantut

Daerah Jerantut ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Jerantut yang berpusat di Bandar Jerantut. Daerah ini dibahagikan kepada 10 buah mukim, sebuah bandar dan dua buah pekan.

Mukim sunting

  1. Mukim Burau
  2. Mukim Hulu Cheka
  3. Mukim Hulu Tembeling
  4. Mukim Kelola
  5. Mukim Kuala Tembeling
  6. Mukim Pedah
  7. Mukim Pulau Tawar
  8. Mukim Tebing Tinggi
  9. Mukim Teh
  10. Mukim Tembeling

Pekan dan Bandar

  1. Bandar Jerantut
  2. Pekan Kuala Tembeling
  3. Pekan Jeransang

Geografi sunting

Daerah Jerantut terletak di utara negeri Pahang bersempadan dengan daerah Kuantan di tenggara, Temerloh dan Maran di selatan, Raub di barat daya, Lipis di barat, negeri Kelantan di utara dan Terengganu di timur. Daerah Jerantut merupakan daerah terbesar di Pahang dan Semenanjung Malaysia, juga kelima terbesar di Malaysia dengan keluasan tanah 7,561 kilometer persegi.

Bentuk muka bumi daerah Jerantut terdiri daripada daratan tanah tinggi berasal dari Banjaran Tahan yang mengunjur dari bahagian utara hingga ke selatan daerah. Puncak tertinggi daerah ini terletak di Gunung Tahan dengan ketinggian 2,187 meter.

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1991 74,547—    
2000 80,685+8.2%
2010 88,035+9.1%
2020 96,006+9.1%
Pecahan etnik di Jerantut - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
84.3%
Cina
  
12.2%
India
  
2.9%
Lain-lain
  
0.6%
*Penduduk warganegara sahaja
Agama di Jerantut - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
81.7%
Buddha
  
11.5%
Hinduisme
  
3.2%
Tidak beragama
  
2.8%
Kristian
  
0.7%
Lain-lain
  
0.2%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Jerantut ialah seramai 96,006 orang dengan kepadatan penduduk 13 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 84 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih lima peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[2][3]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 0.9. Terdapat 26,579 tempat kediaman dengan sebanyak 22,278 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 62 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 26 ribu dalam golongan muda dan selebihnya enam ribu orang merupakan warga tua.[2]

Daerah Jerantut juga didiami beberapa suku orang asli iaitu suku Batek, Semaq Beri, Jah Hut dan Che Wong

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 76,832
Cina 11,099
India 2,659
Lain-lain 558
Bukan warganegara N/A 4,858

Agama sunting

Majoriti penduduk di daerah Jerantut beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Kebanyakan penduduk bumiputera selain Melayu menganut agama Kristian atau tidak beragama.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut". pdtjerantut.pahang.gov.my. Dicapai pada 2023-06-01.
  2. ^ a b c d e "Kawasanku • Jerantut - OpenDOSM". OpenDOSM. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-01-31.
  3. ^ "Map ~ Stats Geoportal". Stats GeoPortal. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-05-31.