Ahmad Yakob

Menteri besar Kelantan ke-18

Ahmad bin Yakob (Jawi: احمد بن يعقوب, lahir 1 Februari 1950) merupakan ahli politik dan guru Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) bagi Pasir Pekan sejak April 1995. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan dari Mei 2013 hingga Ogos 2023. Beliau adalah ahli, Timbalan Ketua Rohani dan Pesuruhjaya Negeri Kelantan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen gabungan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Yakob
أحمد يعقوب
Ahmad pada tahun 2022
Menteri Besar Kelantan
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 15 Ogos 2023
RajaSultan Muhammad V
TimbalanMohd Amar Abdullah
Didahului olehNik Abdul Aziz Nik Mat
Digantikan olehMohd Nassuruddin Daud
Kawasan pilihan rayaPasir Pekan
Peranan Exco (Kelantan)
1997–1999Pengerusi Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Sumber Manusia
1999–2004Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi
2004–2013Timbalan Menteri Besar Kelantan
2004–2008Pengerusi Tanah, Pembangunan Wilayah dan Alam Sekitar
2008–2013Pengerusi Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan
1995–2020Parti Islam Se-Malaysia[1]
2020–Perikatan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir
Ahmad bin Yakob

(1950-02-01) 1 Februari 1950 (umur 75)
MalaysiaKelantan Tumpat, Kelantan, Persekutuan Malaya (kini Malaysia)
Kerakyatan Malaysia
Parti politikParti Islam Se-Malaysia (PAS)
Gabungan politik
lain
Perikatan Nasional (PN)
Muafakat Nasional (MN)
Gagasan Sejahtera (GS)
Pakatan Rakyat (PR)
Barisan Alternatif (BA)
Angkatan Perpaduan Ummah (APU)
PasanganSiti Zabidah Abd Hamid (k. 1981)
Anak12
Tempat belajarUniversiti Al-Azhar
Universiti Ain Syams
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanGuru

Keluarga

sunting

Dilahirkan pada 1 Februari 1950 di Kampung Berangan, Tumpat, Kelantan kepada tokoh agama Islam iaitu Yakob Ishak, aktivis kanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merangkap guru agama kampung dan Cik Zainab Cik Hussin, suri rumah, yang merupakan rakan aktivis PAS.

Beliau berkahwin dengan guru, Siti Zabidah Abd Hamid (lahir 2 Februari 1960) pada 1981 dan pasangan itu dikurniakan 12 orang anak.

Pendidikan

sunting

Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Berangan (1) dan Sekolah Islam Bustanul Ariffin, Tumpat, sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Kolej Pengajian Islam Kota Bahru. Beliau kemudian belajar di Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Kota Bahru; sebelum beliau melanjutkan pelajaran ke luar Malaysia.

Beliau mendapat lulusan Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar dalam Syariah pada tahun 1970-an. Pada tahun 1979, beliau mendapat Diploma Pendidikan (Bahasa Arab) dari Universiti Ain Syams.[2]

Kerjaya

sunting

Beliau memulakan perkhidmatan pendidikan sebagai guru di SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat, Johor pada tahun 1980. Beliau kemudian mengajar di SMK Dabong, Gua Musang (1986), SMK (P) Pasir Mas (1986) dan SMK Rantau Panjang.

Beliau meletakkan jawatan sebagai guru pada 1995 untuk membolehkan beliau bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia pada 1995.

Penglibatan politik

sunting

Bapanya merupakan tokoh PAS di Tumpat dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 bersama seorang lagi tokoh PAS, Nik Abdullah Arshad.

Ahmad mendaftar sebagai Ahli PAS pada 1986. Mulai 1986, beliau dilantik ke beberapa jawatan politik dalam PAS, Bab Tumpat.

Pada 1995, beliau ditawarkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-9 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan. Beliau menang menentang calon BN, Saupi Daud, dengan majoriti 2,734 undi.

Pada 17 Mei 1997, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat melantik beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang bertanggungjawab dalam Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Sumber Manusia, menggantikan Rozali Isohak untuk menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-10, beliau menewaskan seorang lagi calon daripada Barisan Nasional, Mohamad Sulaiman. Selepas itu, beliau dilantik sekali lagi sebagai EXCO Negeri yang menjaga Perumahan, Kerajaan Tempatan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-11, beliau menewaskan seorang lagi calon BN, Mohd. Noor Yaakob, di kerusi dewan undangan yang sama dengan majoriti 2,271 undi.

Ahmad dipilih sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 23 Mac 2004, menggantikan Abdul Halim Abdul Rahman. Beliau kemudiannya dilantik menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei 2013.[3][4]

Keputusan pilihan raya

sunting
Dewan Undangan Negeri Kelantan[5][6]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
1995 N03 Pasir Pekan Ahmad Yakob (PAS) 6,980 62.20% Saupi Daud (UMNO) 4,241 36.73% 11,445 2,739 77.06%
1999 Ahmad Yakob (PAS) 8,389 70.81% Muhammad Sulaiman (UMNO) 3,458 36.73% 12,108 4,931 78.36%
2004 Ahmad Yakob (PAS) 8,855 57.35% Md Nor Yakob (UMNO) 6,584 42.65% 15,687 2,271 80.24%
2008 Ahmad Yakob (PAS) 11,106 62.76% Mohd Noor Yaacob (UMNO) 6,590 37.24% 17,991 4,516 83.83%
2013 Ahmad Yakob (PAS) 14,204 62.40% Nik Noriza Nik Salleh (UMNO) 8,560 37.60% 23,094 5,644 86.00%
2018 Ahmad Yakob (PAS) 14,298 55.41% Wan Mohd. Sanusi Wan Yunus (UMNO) 5,946 39.78% 22,875 8,352 81.48%
Wan Mohd. Johari Wan Omar (BERSATU) 2,140 4.81%
2023 Ahmad Yakob (PAS) 18,783 75.88% Zamakh Sari Ibrahim (PKR) 5,972 24.12% 24,755 12,811 63.28%

Anugerah

sunting

Bibliografi

sunting
  • Ahmad Yakob (2014). Khalifah Kita Pilihan Allah. Shah Alam: Karya Bestari. ISBN 9789838604840.
  • Ahmad Yakob (2017). Renungan Ramadhan. Kota Bharu: UKMB Resources.
  • Ahmad Yakob (2018). Sains Al-Quran. Kota Bharu: UKMB Resources. ISBN 9789671600825.
  • Ahmad Yakob (2020). Ibrah Melalui Kisah Anbiya’ & Solehin. Kota Bharu: UKMB Resources. ISBN 9789671600832.
  • Ahmad Yakob (2021). Ibtila' Hikmah dan Pengajaran. Kota Bharu: UKMB Resources.
  • Ahmad Yakob (2022). Akhlak & Tasauf Menerusi Pedoman Al-Quran. Kota Bharu: UKMB Resources.
  • Ahmad Yakob (2023). Nazhafah Diri & Integriti. Kota Bharu: UKMB Resources.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Keputusan Penuh PRU-13". Berita Harian (dalam bahasa Malay). 7 Mei 2013. m/s. 5.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Ahmad Yakob takes oath as new Kelantan MB". The Malaysian Insider. 6 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2013. Dicapai pada 15 Mei 2013.
  3. ^ "Nik Aziz berundur, Kelantan dapat MB baru". Berita Harian (dalam bahasa Malay). 7 Mei 2013. m/s. 1, 6 & 7.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Norfatimah Ahmad; Syuhada Choo Abdullah; Amin Ridzuan Ishak; Suzalina Halid (7 Mei 2013). "Najib ulangi sejarah ayahanda; Mukhriz sedia galas cabaran; Musa mahu kerja keras". Berita Harian (dalam bahasa Malay). m/s. 6 & 7.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  6. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  7. ^ "Kelantan Sultan's honours list". The Star. 31 Mac 2003. Dicapai pada 23 September 2018.
  8. ^ a b "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai pada 17 Ogos 2021.
  9. ^ "Kelantan MB heads state awards list". New Straits Times. 12 November 2016. Dicapai pada 12 November 2016.

Pautan luar

sunting
Jawatan politik
Didahului oleh
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
6 Mei 2013 –
Pemegang jawatan kini