Mohd Amar Abdullah

ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Dato' Sri Amar D'Raja Dato' Haji Mohd Amar bin Haji Abdullah (Jawi: محمد عمار بن عبد الله) atau lebih mesra Dato' Nik Amar adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak[1] dan Naib Presiden PAS[2]. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan.


Mohd Amar Abdullah

SJMK, DJMK, JMK (Kelantan)
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan
Memegang jawatan
5 September 2023
TimbalanMohamed Farid Mohamed Zawawi
Didahului olehAbdullah Ya'kub
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Panchor
Memegang jawatan
2004
Didahului olehMohd Yusoff Ludin (PAS)
Timbalan Menteri Besar Kelantan
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 15 Ogos 2023
Menteri BesarAhmad Yakob
Didahului olehAhmad Yakob
Digantikan olehMohamed Fadzli Hassan
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
2018–2023
PortfolioPentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti
Menteri BesarAhmad Yakob
Kawasan pilihan rayaPanchor
Dalam jawatan
2013–2018
Portfolioakan dikemas kini
Menteri BesarAhmad Yakob
Kawasan pilihan rayaPanchor
Dalam jawatan
2008–2013
Portfolioakan dikemas kini
Menteri BesarNik Abdul Aziz Nik Mat
Kawasan pilihan rayaPanchor
Dalam jawatan
2004–2008
Portfolioakan dikemas kini
Menteri BesarNik Abdul Aziz Nik Mat
Kawasan pilihan rayaPanchor
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pengkalan Chepa
Dalam jawatan
1995 – 2004
Didahului olehNik Abdullah Arshad (PAS)
Digantikan olehAbdul Halim Abdul Rahman (PAS)
Butiran peribadi
LahirMohd Amar bin Abdullah
(1959-07-29) 29 Julai 1959 (umur 64)
Kota Bharu, Kelantan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Alternatif (1999-2004)
Pakatan Rakyat (2008-2015)
Gagasan Sejahtera (2016-2020)
Muafakat Nasional (2019-2022)
Perikatan Nasional (sejak 2020)
PasanganDatin Hajah Hasmani binti Haji Hussain
IbuHajah Tengku Chik Tengku Ibrahim
BapaHaji Abdullah bin Haji Arshad
KediamanKelantan Kota Bharu, Kelantan
PekerjaanAhli politik

Latar Belakang Keluarga

sunting

Nik Amar merupakan anak sulung kepada pasangan Allahyarham Haji Abdullah bin Haji Arshad (yang dikenali sebagai Pak Nik Lah) dan Hajjah Tengku Chik binti Tengku Ibrahim. Ibu Nik Amar merupakan cicit kepada Sultan Muhammad III melalui nendanya YM Tengku Halimah binti Tengku Long Zainal Abidin ibni Sultan Muhammad III.

Beliau diberi gelaran Nik Mat (Nik Mohd) oleh Tok Ku Puan yang mengasuhnya ketika kecil. Masyarakat setempat di Kampung Panchor pula lebih mesra memanggilnya Nik Amar hingga sekarang. Begitu juga ayahandanya yang digelar Pak Nik Lah, diambil dari isteri kepada datuknya Haji Arshad bin Muhammad Tahir bin Tera seorang ulama yang lebih dikenali dengan Tok Ayah Kedah[3] yang berkahwin dengan YM Raja Meriam binti Raja Daud yang berketurunan Raja Jembal.

Dato' Nik Amar mempunyai empat cahaya mata (2 lelaki dan 2 perempuan) hasil perkahwinan bersama Datin Hajjah Hasmani Binti Hussain. Anakanda sulung beliau Taqiyuddin Mohd Amar seorang Hafiz Al-Quran dan pelajar cemerlang di MTAQ Pulai Chondong telah meninggal pada Jun 2004.

Pendidikan

sunting

Semenjak kecil Dato' Nik Amar dididik oleh ayahandanya serta tinggal bersama-sama dan mendapat pendidikan awal di Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor. Dalam masa yang sama Dato' Nik Amar bersekolah di Sekolah Melayu Majlis (1965 - 1971) dan meneruskan pengajian hingga ke peringkat Sarjana Falsafah (MPhil) di United Kingdom.

  • 1965 - 1971 : Sekolah Melayu Majlis - Sekolah Rendah
  • 1972 - 1977 : SMU (A) Tarbiah Mardhiah - Sekolah Menengah (6 Bawah)
  • 1978 - 1979 : Maahad Muhammadi Lelaki - Sekolah Menengah (6 Atas)
  • 1979 - 1983 : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Sarjana Muda Pengajian Islam
  • 1985 - 1988 : University of Birmingham, UK - MPhil in Theological Studies

Kerjaya & Politik

sunting

Sebelum bergiat aktif dalam politik, Dato' Nik Amar merupakan seorang Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor dan sempat berkhidmat selama 10 tahun (1985-1995). Beliau juga sebelum itu pernah menjawat sebagai Penguasa Kastam (Sangkut) selama setahun di Pulau Pinang. Beliau seterusnya dipanggil pimpinan PAS Kelantan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dan seterusnya bertanding sebagai ADUN Panchor hingga sekarang. Selain berada dalam Majlis Mesyuarat Negeri Kelantan, Dato' Nik Amar juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan hingga sekarang.

Keputusan pilihan raya

sunting
Kerusi yang ditandingi Mohd Amar Abdullah
Tahun Kawasan Individu Undian Lawan Undian Peratus Mengundi Majoriti
1995 Parlimen Pengkalan Chepa Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) 20,410 Ismail Mat (BN-UMNO) 9,316 83.28% 11,094
Yusof Mat (AKIM) 221
1999 Parlimen Pengkalan Chepa Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) 23,765 Ustaz Mohd Noor Deris (BN-UMNO) 7,820 76.50% 15,945
2004 DUN Panchor, Kelantan Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) 7,123 Zulkifli Dollah (BN-UMNO) 5,038 80.11% 2,085
2008 DUN Panchor, Kelantan Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) 9,148 Dali Husin (BN-UMNO) 5,711 83.18% 3,437
2013 DUN Panchor, Kelantan Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) 12,467 Che Rosli Hassan (BN-UMNO) 7,431 85.10% 5,036
2018 DUN Panchor, Kelantan Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) 13,597 Zarina Md Eusope (BN-UMNO) 6,309 7,288
Hazmi Hassan (PKR-Amanah) 2,394

Anugerah dan pengiktirafan

sunting

Pautan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-23. Dicapai pada 2016-06-18.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-18. Dicapai pada 2016-06-18.
  3. ^ Mohd Fadli Ghani (2015). Tok Ayah Kedah : Legasi Ulama dalam Politik Kelantan. Kuala Lumpur: Jundi Resources. m/s. 203. ISBN 9789675968600.
  4. ^ "Mohd Amar dahului 772 penerima darjah kebesaran Kelantan". Sinar Harian. 30 September 2023. Dicapai pada 30 September 2023.