Jajahan Bachok
Koordinat: 6°4′N 102°24′E / 6.067°N 102.400°E
Bachok (Jawi: باچوق ) merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada: Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang dan Tanah Tinggi Lojing. Sehingga hari ini Jajahan Bachok adalah sebuah jajahan yang terbaru di Negeri Kelantan.
Bachok باچوق Bandar Pelancongan Islam | |
---|---|
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Luas | |
• Jumlah | 279.51 km2 (107.92 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 133,152 [1] |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 16300 Bachok |
Kod kawasan | 09 |
Geografi Sunting
Bachok merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada: Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang dan Tanah Tinggi Lojing.
Keluasan Jajahan Bachok ialah 264.64 kilometer persegi (km2) dan mempunyai 133,152 penduduk pada tahun 2010. Pembahagian penduduk mengikut sektor ekonomi ialah:
- Pertanian: 63.1%
- Perkhidmatan Kerajaan: 14.3%
- Perdagangan dan Runcit: 9.2%
- Pembuatan: 7.1%
- Pembinaan: 3.0%
- Perlombongan: 0.2 %
- Kewangan dan Insuran: 0.2%
Jajahan Bachok terbahagi kepada 8 daerah (merujuk kepada portal rasmi Majlis Daerah Bachok) seperti berikut:
Sejarah nama Bachok Sunting
Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu.
Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban and chak. Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah.[perlu rujukan]
Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut.
Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.
Sejarah/dongeng nama-nama lain Sunting
Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong.
Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih.
Menurut cerita, buaya putih sakti itu telah mengambil seorang budak perempuan di situ untuk dijadikan anak angkatnya sehingga dewasa.
Kerana sayangnya yang tidak terhingga, buaya putih itu sentiasa memberi berupa barang-barang kemas kepada budak perempuan itu. Tempat di mana berasalnya cerita dongeng itu kini dikenali sebagai Kampung Seri Kemudi[2].
Mukim dalam Jajahan Bachok Sunting
Bandar dan pekan Sunting
- Bandar Bachok
- Pekan Jelawat
- Pekan Beris Kubur Besar
- Pekan Gunong
- Taman Pinggiran Universiti
Kemudahan & infrastruktur Sunting
Bank & institusi kewangan Sunting
AgroBank
- No. 294, Jln Hulu Pasar, 16300 Bachok, Kelantan
Pusat membeli-belah Sunting
- Pasaraya Pantai Timor
- Billion Mart Bachok
- Pasar Siti Aisyah Jelawat
- Pasar Malam Pantai Irama
- Pasar Siti Hafsah Beris Kubur Besar
- Pasar Siti Zainab Bachok
Tempat menarik Sunting
Pantai Irama Sunting
Pantai Irama terkenal sebagai pusat pelancongan pantai yang utama dan terkenal bukan sahaja di daerah Bachok, malah di negeri Kelantan dan Malaysia. Pantainya yang berpasir dan landai sesuai untuk aktiviti berkelah, riadah ,mandi laut, sukan air dan memancing.
Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada pengunjung di Pantai Irama adalah seperti berikut:
- Gerai makanan - ikan/udang/sotong celup tepung, keropok lekor, ABC,Air Kelapa Muda.
- Taman permainan kanak-kanak
- Tandas awam
- Kemudahan pengangkutan awam
- Surau
- Pasar malam (Jumaat) dan pasar tani (Sabtu)
Antara kemudahan di tepi Pantai Irama yang disediakan kepada pengunjung adalah seperti berikut:
- Banana Boat
- ATV
- Kereta Kuda
Pantai Kemayang Sunting
Pantai Kemayang terletak didalam Mukim Kemasin,Daerah Tawang merupakan satu kawasan yang sering dikunjungi ramai. Terletak 5 km dari Bandar Bachok, ianya dihubungkan oleh rangkaian jalan raya yang baik.Jaraknya Hanya 14KM Dari Bandar Kota Bharu,Disana Anda Dapat Melihat Bot-Bot Nelayan Keluar Dan Masuk Untuk Mendaratkan Hasil Tangkapan Ikan. Disini Juga Terdapat Perusahaan Ikan Kering Secara Kecil-Kecilan Yang Diusahakan Oleh Penduduk Tempatan Diperkampongan Nelayan Dipantai Kemayang.
Mempunyai infrastruktur yang agak baik seperti tandas awan, surau dan juga gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan seperti makanan barasaskan makanan laut dan juga masakan panas.Sering dikunjungi oleh pelbagai golongan khususnya yang telah berkeluarga. Menghadap Laut China Selatan memberikan satu pemandangan yang amat menarik. Di sini terdapat juga sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Belongan. Ia dikenali dengan nama Pulau kerana kedudukan geografinya yang dikelilingi oleh sungai jika dilihat dari udara.
Pantai Melawi Sunting
Pantai Melawi juga merupakan pantai yg cantik dan terkenal seperti Pantai Irama dan Pantai Kemayang. Mempunyai banyak tempat menarik dan tempat penginapan seperti:-
1. Diamond Melawi Chalet Kuala Melawi 2. Damai Melawi Chalet Kuala Melawi 3. Anak Rhu Melawi Chalet Kuala Melawi 4. D Rhu Melawi Chalet Kuala Melawi 5. Redzuan Resort Kuala Rekang 6. Sri Pantai Resort Kuala Rekang 7. Seri Melawi Chalet Kuala Rekang
penduduk sekitar kebanyakkan nya melakukan aktiviti pertanian secara khususnya tembakau dan kelapa.
Industri perikanan Sunting
Industri perikanan di kawasan jajahan Bachok semakin berkembang dengan pembinaan pelabuhan perikanan di Pantai Kemasin dan Pantai Tok Bali(Pasir Puteh) berikutan projek pembangunan Kemasin-Semerak.
Rujukan Sunting
Pautan luar Sunting
- Pejabat Penerangan Daerah Bachok Diarkibkan 2011-09-17 di Wayback Machine
Pautan luar Sunting
- Bachok Gateway.com Diarkibkan 2016-01-09 di Wayback Machine
- FB Page Bachok Gateway
- FB Group Perantau Bachok
- Laman web rasmi Majlis Daerah Bachok Diarkibkan 2006-07-16 di Wayback Machine
- Laman web rasmi Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok
- Pantai Irama DT Water Sport
- Peta-peta berkaitan dengan Bachok