Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

ahli politik dan timbalan menteri Malaysia
(Dilencongkan dari Wan Ahmad Fayhsal)

Yang Berhormat Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal (lahir 8 Mei 1987) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Machang.

Yang Berhormat Tuan

Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Machang, Kelantan
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Ahmad Jazlan Yaakub
Ketua
Angkatan Anak Muda BERSATU
Memegang jawatan
16 Ogos 2020
Didahului olehSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Timbalan Menteri Perpaduan Negara
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Halimah Mohamed Sadique
Didahului oleh Ti Lian Ker
Digantikan oleh Saraswathy Kandasami
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Menteri Reezal Merican Naina Merican
Didahului oleh Sim Chee Keong
Digantikan oleh Ti Lian Ker
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 5 November 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Butiran peribadi
LahirWan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
(1987-05-08) 8 Mei 1987 (umur 36)
Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan, Malaysia
Parti politik BERSATU (2016-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (2016-2020)
Perikatan Nasional (2020-kini)
PasanganDr. Siti Nuhara Riduan
BapaProf. Dr. Wan Kamal Wan Napi
HubunganWan Kuzri Wan Ahmad Kamal (adik)
Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal (adik)
Alma materUniversiti Teknologi Petronas
King's College London
PekerjaanAhli politik
Nilai bersihKurang RM1 juta[1]
Laman web rasmiLaman sesawang rasmi

Pendidikan

Beliau membesar dan memulakan persekolahan di Taman Melawati, Gombak sebelum masuk ke Sekolah Menengah Sains Selangor, sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) aliran sains di Cheras sehingga tamat persekolahan. Beliau kemudiannya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Kimia daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Wan Ahmad Fayhsal menukar pengkhususan ke bidang kemanusiaan dan sains sosial dengan mengambil kursus-kursus dalam pengajian Islam, terutamanya dalam bidang teologi dan metafizik, falsafah, etika dan sejarah di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (ISTAC-IIUM) dan Pusat Pengajian Lanjutan Islam, Sains dan Tamadun Raja Zarith Sofiah (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Di sini jugalah beliau mendalami gagasan Islamisasi ilmu oleh ahli falsafah Islam Tan Sri Syed Muhammad Naquib al-Attas, di samping mendalami bahasa Arab dan Perancis.

Beliau meneruskan minat dalam bidang sains sosial dengan melengkapkan kursus dalam talian London School of Economics dalam bidang Perniagaan, Hubungan Antarabangsa dan Economi Politik, dan kemudiannya mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang Geopolitik (Keselamatan Wilayah) daripada King's College London pada 23 January 2019. Tesis untuk ijazah sarjana beliau bertajuk "The Encircling Dragon: Deciphering China's Geo-economic Expansionism in Peninsular Malaysia". Sewaktu di London juga beliau belajar sedikit bahasa Rusia dan Jerman.

Kerjaya awal

Selepas tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, beliau bertugas di syarikat carigali minyak terkemuka Malaysia, PETRONAS sebagai Eksekutif Perniagaan dan Perancangan Strategik di Bahagian Teknologi & Kejuruteraan.

Bermula 1 April 2010, beliau telah dilantik sebagai Eksekutif Kanan bagi Unit Peraju Agenda Bumiputera (TERAJU) serta merupakan antara individu yang bertanggungjawab untuk menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Beliau juga pernah menjadi pembantu pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sebelum menjadi Zamil Penyelidik di Putra Business School, Universiti Putra Malaysia. Beliau aktif menulis tentang pelbagai bidang termasuk perniagaan dan geopolitik dalam beberapa penerbitan seperti New Straits Times, The Star, Global Research, Asia Times and The Edge.

Politik

Susulan kemenangan Pakatan Harapan pada piliharaya umum Malaysia ke-14 yang menyaksikan kepulangan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ke-7, beliau ditawarkan untuk berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bermula akhir 2018 sehingga awal 2020.[2]

Beliau dilantik sebagai Senator atau Ahli Dewan Negara Malaysia untuk melayakkan beliau menjadi Timbalan Menteri.[3] Sewaktu berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menang bertanding sebagai Ketua Bahagian untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di kerusi Parlimen Titiwangsa. Pada 16 Ogos 2020, beliau secara rasmi menang sebagai Ketua ARMADA Nasional (ketua sayap pemuda) yang pertama kali menyandang jawatan melalui pemilihan parti sejak penubuhan BERSATU[4]. Beliau juga dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda II Perikatan Nasional sejak penubuhan gabungan tersebut pada pertengahan tahun 2020.

Setelah 15 ahli parlimen UMNO mengumumkan telah menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pentadbiran beliau telah hilang majoriti di Parlimen. Setelah percubaan untuk membentuk pemerintahan minoriti ditolak oleh parti-parti pembangkang, Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos 2021 mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri. Wan Ahmad Fayhsal bersama-sama seluruh anggota Pentadbiran secara automatik turut meletakkan jawatan.

Beliau meneruskan khidmat di bawah Pentadbiran Ismail Sabri sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara sehingga pembubaran Parlimen Malaysia Ke-14 pada 10 Oktober 2022 bagi membolehkan pilihan raya umum ke-15 dibuat pada 19 November 2022.

Rujukan

  1. ^ "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ Lebih rela hilang semua jawatan - Syed Saddiq
  3. ^ Menteri, timbalan menteri angkat sumpah Senator
  4. ^ "Wan Ahmad Fayshal Ketua Armada baharu". 16 Ogos 2020. Dicapai pada 16 Ogos 2020.

Pautan luar