Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (Tulisan Jawi: كمنترين تناڬ دان سومبر اصلي) ialah kementerian di bawah kerajaan Malaysia.
كمنترين تناڬ دان سومبر اصلي | |
![]() Kerajaan Malaysia | |
Gambaran keseluruhan | |
---|---|
Dibentuk | 9 Ogos 1955 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62574 Putrajaya |
Kakitangan | 13,672 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 2,527,234,300 (2018) |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif Kerajaan |
|
Tapak web | www |
SejarahSunting
Kementerian ini asalnya merupakan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang ditubuhkan selepas pengumuman penyusunan semula kabinet baru YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2004.
Satu kombinasi jabatan daripada empat kementerian menghasilkan tanggungjawab kementerian yang baru. Kementerian-kementerian berkenaan adalah:
- Kementerian Tanah dan pembangunan Kooperasi (KTPK);
- Land and Survey (INSTUN)
- Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar (KSTAS);
- Kementerian Perdagangan Utama (KPU)
- Kementerian Pertanian (KP)
Pada 10 Mac 2020, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli ditubuhkan di bawah kerajaan baharu pimpinan Perikatan Nasional bagi menggantikan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar selaras dengan penubuhan portfolio kementerian.
Portfolio Alam Sekitar daripada kementerian terdahulu diasingkan sebagai Kementerian Alam Sekitar.
Portfolio Tenaga daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah dipindah ke kementerian ini.
Jabatan/AgensiSunting
- Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)
- Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
- Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)
- Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)
- Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM)
- Jabatan Biokeselamatan
- Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
- Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
- Agensi Nuklear Malaysia
- Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)