Kementerian Sains dan Teknologi merupakan salah satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia.

Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1973
Agensi terdahulu
  • Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi
JenisKerajaan
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, Ketua Setiausaha
Laman sesawang
www.mosti.gov.my

Kini, Kementerian Ini diterajui oleh Chang Lih Kang, selaku Menteri Sains Dan Teknologi.

Latar Belakang sunting

  • Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan.
  • Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976.
  • Pada 27 Mac 2004 Jemaah Menteri telah bersetuju dengan penstrukturan semula MOSTE dan nama Kementerian ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menerajui fungsi pembangunan ICT Negara, Multimedia dan Inovasi.
  • Fungsi sains dan teknologi dipecahkan mengikut cluster Bioteknologi, ICT, Industri, Angkasa, Laut dan Atmosfera dan Teras Sains dan Teknologi pada 2007.
  • Pada 3 Oktober 2016, MOSTI distrukturkan semula dengan fokus untuk merancakkan program pengkomersialan hasil R&D dan inovasi negara.
  • Pakatan Harapan yang telah menang dalam pilihan raya umum ke-14 menjadi kerajaan baharu, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) pula dibentuk di bawah Kabinet Malaysia 2018. MESTECC terdiri daripada keseluruhan komponen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), komponen tenaga dan teknologi hijau daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan komponen berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).[1]
  • Selepas Kemelut politik Malaysia 2020, MESTECC dibubarkan manakala Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) distrukturkan semula di bawah Kabinet Muhyiddin. Selain itu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia (KeTSA) serta Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) juga dibentukkan.

Jabatan & Agensi sunting

Lihat luar sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting