Jabatan Taman Laut Malaysia

Jabatan Taman Laut Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن تامن لاوت مليسيا; singkatan: JTLM) ialah sebuah jabatan di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia. Jabatan ini bertanggungjawab memantau keselamatan dan persekitaran taman-taman laut yang diwartakan di perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan, Laut Sulawesi dan Laut Sulu yang termasuk dalam perairan Malaysia.

Jabatan Taman Laut Malaysia
جابتن تامن لاوت مليسيا
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk16 Julai 2007; 16 tahun yang lalu (2007-07-16)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 11, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, 62574 Putrajaya
Kakitangan253 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 16,190,400 (2018)
Eksekutif Kerajaan
  • Ab Rahim Gor Yaman, Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia
Laman sesawang
www.dmpm.nre.gov.my

Ketua Pengarah JTLM terkini ialah Ab Rahim Gor Yaman.

Peranan sunting

Pegawai pemantau serta bot peronda siapsiaga bagi memastikan kawasan yang diwartakan sebagai taman laut tidak menjadi mangsa pencerobohan oleh mana-mana pihak termasuk nelayan. Kini ada 22 buah bot peronda bagi menjalankan rondaan bagi menghalang kegiatan menangkap ikan di kawasan itu.

JLTM mendapat kerjasama daripada Jabatan Perikanan Malaysia Polis Marin Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi memastikan kawasan taman laut terus selamat daripada sebarang ancaman.

Taman laut sunting

Taman laut dilindungi kerana ia bertindak sebagai zon penampan yang mengekalkan dan memastikan sumber ikan negara tidak merosot serta mampu menggalakkan aktiviti pelancongan dan penyelidikan. Taman laut merupakan salah satu pusat utama sumber genetik kehidupan di mana kawasan terumbu karang merupakan zon biodiversiti paling tinggi.

Akta Perikanan 1985 menetapkan sebarang kegiatan penangkapan ikan di sekitar kawasan dua batu nautika dari pulau atau kawasan yang diwartakan sebagai taman laut adalah dilarang.

Kempen kesedaran sunting

Kempen Pengalaman Bersama Taman Marin dirasmikan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup di Aquaria Suria KLCC, Kuala Lumpur pada 30 Julai 2009.[1]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting