Tan Sri Dato' Seri Hj Azmi bin Khalid (lahir 13 Disember 1940) merupakan bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Selepas pilihan raya umum 2008, beliau menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia 2008 di parlimen Malaysia.


Azmi Khalid

PSM; SPMP, DPMP (Pls); SIMP (Phg); DGSM (Mel); SMP, PJK (Pls)
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Dalam jawatan
2006–2008
Digantikan olehDouglas Uggah Embas
Menteri Dalam Negeri
Dalam jawatan
2004–2006
Digantikan olehMohd Radzi Sheikh Ahmad
Menteri Pembangunan Luar Bandar
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehAnnuar Musa
Digantikan olehAbdul Aziz Shamsuddin
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Padang Besar, Perlis
Didahului olehPerlembagaan diwujudkan
Digantikan olehZahidi Zainul Abidin
Butiran peribadi
LahirBaseri' @ Azmi bin Khalid
(1940-12-13) 13 Disember 1940 (umur 83)
Perlis, British Malaya (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganPuan Sri Normala Samsudin (k. 2005)
Yasmin Abdullah (m. 2005)
PekerjaanAhli politik

Kehidupan awal

sunting

Beliau dilahirkan di Kangar, Perlis memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera jurusan ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1965. Selain itu, beliau juga memiliki diploma kepakaran dalam bidang kewangan dan perancangan strategik dari beberapa buah institusi pengajian terkemuka seperti Universiti Kebangsaan Singapura dan Institut Pengajian Sosial di The Hague, Belanda.

Kerjaya

sunting

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan, memulakan kkerjaya sebagai Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor sebelum dilantik sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai Penolong Setiausaha, kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha sebelum dilantik ke jawatan Pengurus Besar.

Parlimen Padang Besar diwakili oleh Y.B. Tan Sri Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid, telah dipilih mewakili Parlimen berkenaan sejak tahun 1995.

Beliau memiliki pengalaman yang luas dalam politik dan telah menjadi ahli UMNO sejak empat dekad yang lalu. Karier politik beliau semakin menyerlah setelah dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian Kangar pada tahun 1979 sebelum dipilih mengetuai bahagian berkenaan pada tahun 1989.[1]

Penyertaan kali pertama beliau dalam pilihan raya bermula pada tahun 1995 dan berjaya memenangi kerusi Parlimen Padang Besar dengan menewaskan calon daripada parti PAS.ref>"PM unveils new cabinet after election landslide". Sydney Morning Herald. Fairfax Media. 28 March 2004. Dicapai pada 22 March 2010.</ref>

Ekoran kejayaan berkenaan, beliau diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.[2]

Beliau yang juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar selepas berjaya mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihanraya tahu 1999.[3]

Pada Pilihan Raya Umum ke-11, beliau berjaya mempertahankan penguasaan Barisan Nasional di Parlimen Padang Besar setelah menewaskan pencabarnya dari parti PAS.

Jawatan politik

sunting

Wakil Rakyat

sunting

Dalam keputusan pilihan raya 2004 Parlimen Padang Besar , Perlis :

  1. Datuk Azmi Khalid yang mewakili parti Barisan Nasional - UMNO )telah diisytiharkan menang .
  2. Wan Kharizal Wan Khazim dari Parti Islam Se-Malaysia mendapat 9,058

Kehidupan peribadi

sunting

Beliau yang pernah terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2000 telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Seri Yasmin Abdullah (meninggal dunia pada 24 Mac 2005) dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Pada 25 Ogos 2005, beliau berkahwin dengan personaliti terkenal, Puan Sri Normala Samsudin.[4]

Keputusan pilihan raya

sunting
Parlimen Malaysia: Padang Besar, Perlis[5]
Tahun Kerajaan Undi Pct Pembangkang Undi Pct
1995 Azmi Khalid (UMNO) 17,013 66% Hisharudin Hasan (PAS) 6,943 27%
1999 Azmi Khalid (UMNO) 14,386 57% Mohd Anuar Mohd Tahir (PKR) 9,867 38%
2004 Azmi Khalid (UMNO) 18,323 64% Wan Kharizal Wan Khazim (PAS) 9,058 32%
2008 Azmi Khalid (UMNO) 16,991 58% Zolkharnain Abidin (PAS) 11,643 40%

Rujukan

sunting
  1. ^ "A stronger, more confident line-up reflected in the Cabinet". New Straits Times. New Straits Times Press. 11 December 1999. Dicapai pada 22 March 2010.
  2. ^ Tan, Joceline (15 February 2006). "PM has eye on the big picture". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 June 2011. Dicapai pada 22 March 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "PM breaks away from Cabinet he inherited". AsiaOne. Singapore Press Holdings. 20 March 2008. Dicapai pada 22 March 2010.
  4. ^ "Azmi: Normala a blessing". The Star. 13 October 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 December 2005. Dicapai pada 22 March 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia]. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 21 March 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan) Percentage figures based on total turnout.

Pautan luar

sunting

Lihat juga (Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003)