Annuar Musa

ahli politik Malaysia

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa (Jawi: أنوار بن موسى; lahir 18 Mei 1956) ialah ahli politik dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bermula dari 2023 setelah beliau dibuang dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 2022. Beliau merupakan bekas ahli Parlimen Ketereh yang berkhidmat pada 2013 hingga 2022 yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN). Beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dari 10 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021.


Annuar Musa

PSM (Persekutuan); SIMP (Pahang); SPDK (Sabah); DGSM (Melaka)
أنوار موسى
Annuar pada 2022
Presiden Muafakat Nasional
Memegang jawatan
18 Disember 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Raja Pahang Darul Makmur Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
TimbalanYang Berhormat Datuk Zahidi Zainul Abidin
Didahului olehYang Berhormat Dato' Saifuddin Abdullah
Digantikan olehAhmad Fahmi Mohamed Fadzil
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P26 Ketereh, Kelantan
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Ab Aziz Ab Kadir
Digantikan oleh Khlir Mohd Nor
Majoriti974 (PRU-13)
Menteri Wilayah Persekutuan
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Raja Pahang Darul Makmur Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
TimbalanYang Berhormat Dato' Sri Dr. Edmund Santhara
Didahului oleh Yang Berhormat Khalid Abd Samad
Digantikan oleh Shahidan Kassim
Setiausaha Agung
Barisan Nasional
Dalam jawatan
16 Mac 2020 – 5 Januari 2021
Didahului olehDatuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor
Digantikan olehDatuk Seri Ahmad Maslan (dipertikaikan)
Zambry Abdul Kadir
Pengerusi MARA
Dalam jawatan
19 Julai 2013 – 18 Julai 2015
Didahului olehDato' Seri Idris bin Jusoh
Digantikan olehDatuk Dr. Awang Adek Hussin
Presiden Kelantan FA
Dalam jawatan
2007–2016
Didahului olehDatuk Ahmad Jazlan Yaakub
Digantikan olehBibi Ramjani Ilias Khan
Menteri Pembangunan Luar Bandar
Dalam jawatan
1993–1999
Didahului oleh Abdul Ghafar bin Baba
Digantikan oleh Azmi Khalid
Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
1990–1993
Didahului oleh Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak
Digantikan oleh Dato' Abdul Ghani Othman
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Peringat, Kelantan
(sebelum digantikan dengan P.026 Ketereh)
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Muhamad Mustafa
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Peringat
(sebelum digantikan dengan N.23 Melor)
Dalam jawatan
1986–1990
Didahului oleh Wan Hashim Wan Ahmad
Digantikan oleh Ustaz Haji Mohamed Daud
Majoriti136
Butiran peribadi
Lahir (1956-05-18) 18 Mei 1956 (umur 67)
Bukit Marak, Bachok, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KerakyatanMalaysia
Parti politik UMNO (1979-2022)
PAS (2023-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (1979-2022)
Muafakat Nasional (2019-2022)
Perikatan Nasional (2020-2022, 2023-kini)
PasanganPuan Sri Rosniah Ab Rahman
Anak-anakAzzahraa
Azzwaa
Ajjrina
Afiq Amani
PendidikanSekolah Tuanku Abdul Rahman
Alma materKolej Universiti London
Universiti Teknologi Malaysia
PekerjaanAhli Politik
Ahli Perniagaan
GajiRM55,227.20 sebulan[1]
Nilai bersihLebih RM20 juta[1]
Laman web rasmiannuarmusa.com

Beliau pernah menjadi Ketua Pembangkang di dewan undangan negeri (DUN) Kelantan dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar. Pada peringkat parti, beliau ialah Ahli Jawatankuasa Pusat bahagian disiplin, Pengerusi Majlis Hal Ehwal Bahasa dan Kebudayaan UMNO dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (turut hadir). Beliau juga ialah bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan tetapi digantung 30 bulan (hukuman minima), setelah melanggar disiplin dalam FAM, iaitu mengkritik pasukan kebangsaan.[2]

Kehidupan awal sunting

Annuar Bin Musa lahir pada 18 Mei 1956 di Bukit Marak, Kelantan.

Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh dan di Maktab Tentera DiRaja. Annuar memiliki sarjana dalam Pengurusan Pembinaan dari University College of London. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda Perancang Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Annuar merupakan ahli Institut Perancang Malaysia. Beliau menjadi Penolong Pengarah Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pengarah, Bahagian Perancang Korporat, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan.

Annuar berkahwin dengan Puan Sri Rosniah Abdul Rahman dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Azzahraa, Azzwaa, Ajjrina dan Afiq Amani.

Kerjaya politik sunting

Politik awal Annuar dalam UMNO dibawa ke tengah oleh Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li yang menjadi pemimpin UMNO yang tidak dipertikai di Kelantan masa itu.[perlu rujukan]

Pimpinan Annuar sebagai ketua UMNO Kelantan menjadikan Ku Li tinggal berpengaruh di Gua Musang saja.[perlu rujukan]

Annuar Musa terpilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh selama 20 tahun di samping selama 14 tahun menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO dan sebagai menteri hampir 10 tahun. Sejak 1979, beliau aktif dalam UMNO Kelantan.[perlu rujukan]

Annuar menjadi ahli MT UMNO (1991-2004). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Barisan Nasional Kelantan (1994-2001) dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan (1991-2003). Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang sebelum ini pernah dikenali sebagai Nilam Puri dan Peringat dari 1986 hingga 29 Januari 2016. Pada 29 Januari 2016, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.[perlu rujukan]

Pada tahun 2018, Annuar dilantik sebagai setiausaha agung Barisan Nasional di samping memegang beberapa jawatan dalam UMNO[3]. Beliau memegang jawatan sebagai Jemaah Penasihat dan Majlis (Majlis Hal Ehwal Bahasa dan Kebudayaan) dan Ahli Jawatankuasa Pusat (Disiplin) serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.[perlu rujukan]

Pada 5 Januari 2021, beliau dipecat daripada jawatan setiausaha agung BN.[4]

Pada 8 Disember 2022, Annuar dilaporkan telah dipecat keanggotaan UMNO-nya semasa mesyuarat malam itu.[5]

Pada 10 Jun 2023, beliau telah menyertai PAS.[6]

Isu dan kontroversi sunting

Wang PPRT sunting

Pada 11 November 2011, Mingguan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk 'Skandal PPRT Kelantan'. Masihkah fitnah?' tulisan Abdullah Ahmad, Kok Lanas. Kemudian Annuar Musa mendedahkan kelulusan peruntukan Menteri Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM50,000 untuk satu projek di tanah milik Dato' Abdullah Ahmad; (Mingguan Malaysia 18 Nov. 2001).

Digantung FAM 30 bulan sunting

Pada 5 April 2012, beliau selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digantung selama 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah jawatankuasa disiplin FAM mendapati beliau bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara pada 12 Februari 2012. Annuar Musa digantung mengikut Perlembagaan FAM 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III). Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari 2012 sudah mengingatkan supaya hal-hal FAM tidak disebarkan kepada media sebelum berbincang dengan jawatankuasa tersebut.[7][8][9][10][11][12]

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Taufik Abdul Razak, menjelaskan bahawa Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara serta dalam aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang mana beliau ialah Presidennya. Penglibatan ini dikatakan melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014.[13]

Pada 20 Mei 2012, Pasukan bola sepak Kelantan memenangi Piala FA menewaskan Sime Darby 1-0. Annuar turut hadir di Stadium Bukit Jalil menyokong pasukan 'Red Warriors' Kelantan.

Annuar memeluk dirinya dalam konflik yang berbatu dan hubungan perdebatan dengan Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, satu lagi calon calon presiden FAM; dalam pilihan raya FAM pada tahun 2017.[14] Tunku Ismail mendakwa bahawa "Tan Sri", nampaknya merujuk kepada Annuar, yang merupakan pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang memaksa entitinya menaja Kafa. Dalam siaran Facebook pada 12 Januari 2017, Tunku Ismail telah mendedahkan gambar-gambar dokumen yang menunjukkan penajaan kepada Kafa; RM500,000 oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan tambahan RM200,000 oleh Mara Investment Berhad (PMB); kedua-dua anak syarikat MARA.[15] Pada 31 Januari 2017, MARA mengumumkan Annuar telah digantung dan diminta meninggalkan cuti sebagai pengerusi MARA dan ketua PMB sementara menunggu penyiasatan dalaman dan audit dilakukan terhadap tuduhan yang dibuat terhadapnya.[16][17] Penggantungan Annuar juga telah disuarakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat jam pada 3 Februari 2017.[18][19][20]

Annuar keluar dari pemilihan presiden FAM 2017 yang kemudiannya memetik sebab untuk memberi tumpuan kepada kewajipan politiknya.[21] Beliau juga tidak memperbaharui kontrak pengerusi MARAnya yang berakhir pada 11 Ogos 2017 di tengah-tengah masih digantung.[22]

Tuntut royalti minyak Kelantan sunting

Annuar Musa turut mengumumkan menyokong Gerak iaitu tuntutan royalti minyak luar pesisir pantai Kelantan daripada kerajaan pusat/Petronas. Pada 20 Mei 2012, Annuar Musa menandatangani kain pemidang kempen menuntut royalti minyak untuk Kelantan.[23]

Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR) berkata Muhammad Hishamuddin Ghazali mahu setiap rakyat Kelantan menyokong tuntutan tersebut. Pada 26 April 2012, saman/rayuan Kelantan berhubung Royalti Petroleum didengar pada jam 9 pagi di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya. Pendaratan minyak dan gas dari 2 Telaga Kelantan (Telaga Surya dan Telaga Bumi) ke Kerteh, Terengganu adalah bertentangan dengan konsep federalisme Terhadap Negeri Kelantan.

Dipecat daripada UMNO sunting

Annuar dipecat daripada UMNO pada 9 Disember 2022 susulan daripada keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sehari sebelumnya. Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut sama dipecat ialah dua ketua bahagian wanita iaitu Ketua Wanita UMNO Maran, Datin Seri Fatimah Kassim dan Ketua Wanita UMNO Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin.

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Kelantan[24][25]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Buang undi Majoriti Keluar
1986 N.18 Peringat P.22 Nilam Puri Annuar Musa (UMNO) 4,555 48.82% Daud Jusoh @ Yusof (PAS) 4,419 47.36% 9,330 136 75.81%
2004 N.25 Kok Lanas P.26 Ketereh Md Ashari Mamat (PAS) 5,663 38.51% Annuar Musa (UMNO) 8,509 57.86% 14,707 2,846 85.16%
Parlimen Malaysia[24][25][26][27][28]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Buang undi Majoriti Keluar
1990 P.22 Nilam Puri, Kelantan Annuar Musa (UMNO) 11,457 35.38% Mohamad Sabu (PAS) 19,596 60.52% 32,381 8,139 80.42%
Dr. Kamarudin (BEBAS) 526 1.67%
1995 P.26 Peringat, Kelantan Annuar Musa (UMNO) 16,725 50.02% Rafei Matsalleh (S46) 14,790 44.23% 33,436 1,935 79.14%
1999 P.26 Peringat, Kelantan Annuar Musa (UMNO) 14,956 41.23% Muhammad Mustafa (PKR) 19,481 53.71% 36,271 4,525 80.05%
2008 P.26 Ketereh, Kelantan Annuar Musa (UMNO) 21,338 49.54% Ab Aziz Ab Kadir (PKR) 21,738 50.46% 44,377 400 84.95%
2013 P.26 Ketereh, Kelantan Annuar Musa (UMNO) 26,912 50.92% Ab Aziz Ab Kadir (PKR) 25,938 49.08% 53,906 974 86.64%
2018 P.26 Ketereh, Kelantan Annuar Musa (UMNO) 25,467 47.95% Mohd Radzi Md Jidin (PPBM) 6,799 12.80% 53,107 4,626 83.39%
Wan Ismail Wan Jusoh (PAS) 20,841 39.24%

Pilihan raya sunting

Beliau bertanding di DUN Peringat dalam Pilihan raya 1986, menewaskan Daud Jusoh (PAS) dengan majoriti 136 undi. Tapi tewas kepada Mohamad Sabu dalam Pilihan raya 1990 Parlimen Peringat. Tahun 1990, PAS menyapu bersih 39 kerusi dewan DUN Kelantan kerana pertelingkahan dalam kepimpinan UMNO.

Namun dalam Pilihan raya 1995 , beliau menang di Peringat dengan menewaskan calon S46, Rafei Mat Salleh. Tahun 1995 menyaksikan BN menang 7 negeri 2 kerusi parlimen. Dalam Pilihan raya umum 1999 beliau kalah kepada calon Keadilan, Mohamad Mustafa. BN hanya menang 2 kerusi negeri dan hanya menang 1 kerusi parlimen.

Tahun 2004, beliau menang di DUN Kok Lanas apabila menewaskan Md Ashari Mamat (PAS). Beliau menang dengan majoriti 2846 undi, satu margin yang besar di Kelantan. Tahun 2004, BN menyapu bersih 21 daripada 45 kerusi negeri dan mengambil lapan daripada 14 kerusi parlimen. BN/UMNIO juga menang kerusi negeri Pengkalan Pasir dalam Pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005 dan telah memberikan 22 kerusi, berbanding 23 yang dimenangi oleh PAS.[29]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ab Aziz Ab Kadir dari PR/PKR mengalahkan Datuk Seri Annuar Musa dari Barisan Nasional - UMNO di P26 Ketereh,Kelantan. Ab Aziz memperolehi 21,738 undi berbanding Annuar memperolehi hanya 21,338 undi. Majoriti 400 undi.

Kehormatan sunting

Kehormatan Malaysia sunting

Jawatan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ "Azzuddin let off but Annuar in trouble for criticising national teams". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-14. Dicapai pada 2012-05-21.
  3. ^ "Struktur Organisasi UMNO Malaysia 2018-2021".
  4. ^ Mohd Nasaruddin Parzi (5 Januari 2021). "Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung BN". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  5. ^ https://malaysiakini.com/news/647478
  6. ^ https://malaysiakini.com/news/668247
  7. ^ Annuar Musa Digantung FAM Selama 30 Bulan Diarkibkan 8 Ogos 2014 di Wayback Machine
  8. ^ SINGH, DEVINDER (19 November 2016). "No turning back". New Straits Times. New Straits Times Press (M) Berhad. Dicapai pada 14 February 2017.
  9. ^ "K'tan to pay outstanding salaries for footballers in stages, says Annuar". Bernama. Malaysiakini. 15 January 2016. Dicapai pada 14 May 2017.
  10. ^ SINGH, AJITPAL (31 December 2016). "(Football) PFAM blasts former Kafa president over accusation of interference". New Straits Times. New Straits Times Press (M) Berhad. Dicapai pada 14 February 2017.
  11. ^ Krishnan, Gowri (24 February 2017). "JDT take a jab at KAFA over Jonny McKain's unpaid salary". FourthOfficial. FourthOfficial. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-26. Dicapai pada 14 February 2017.
  12. ^ Keeshaanan Sundaresan (6 May 2017). "Annuar Musa and KAFA, it's time to own up to your own mistakes!". FourthOfficial. FourthOfficial. Dicapai pada 16 May 2017.[pautan mati kekal]
  13. ^ "FAM gantung Annuar Musa 30 bulan", Malaysiakini.com, 5 April 2012.
  14. ^ DARBY, STEVE (22 March 2017). "TMJ vs. Annuar Musa for FAM boss revives Johor-Kelantan rivalry". STEVE DARBY. ESPN. Dicapai pada 16 May 2017.
  15. ^ G. Surach (12 January 2017). "TMJ: 'Tan Sri' should explain MARA sponsorship for Kelantan". The Sun Daily. The Sun Daily. Dicapai pada 16 May 2017.
  16. ^ "Dr Yusof: Mara to probe allegations against Annuar Musa". The Star. The Star. 31 January 2017. Dicapai pada 16 May 2017.
  17. ^ RAHMAH GHAZALI (31 January 2017). "Annuar Musa suspended as Mara chairman". The Star. The Star. Dicapai pada 16 May 2017.
  18. ^ KAOS, JOSEPH (3 February 2017). "MACC questions Annuar Musa for four hours". The Star. The Star. Dicapai pada 16 May 2017.
  19. ^ "MACC quizzes suspended Mara chief Annuar". Malaysiakini. 3 February 2017. Dicapai pada 16 May 2017.
  20. ^ "MACC interviews Annuar Musa over alleged abuse at Mara". The Malay Mail. The Malay Mail. 3 February 2017. Dicapai pada 16 May 2017.
  21. ^ "Tunku Ismail new FAM president, Annuar drops out". FMT. Free Malaysia Today. 23 March 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 16 May 2017.
  22. ^ "PM to get list of Mara chairman candidates soon". Bernama. The Malaysian Insight. 12 August 2017. Dicapai pada 12 August 2017.
  23. ^ "Annuar Musa tuntut royalti minyak untuk Kelantan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-23. Dicapai pada 2012-05-21.
  24. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017. Percentage figures based on total turnout.
  25. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the Malaysian general election, 2004.
  26. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
  27. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  28. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
  29. ^ Annuar Musa: All politicians a liability
  30. ^ a b c d "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2020-03-27.
  31. ^ "Three new Tuns head awards list". The Star. Bernama. 7 June 2008. Dicapai pada 20 October 2018.
  32. ^ "Malacca defers awards event". The Star. 8 October 2005. Dicapai pada 20 October 2018.
  33. ^ "The Sabah Yang Di Pertua Negeri's Birthday Honours List". The Star. 22 September 2006. Dicapai pada 20 October 2018.

Pautan luar sunting