Majlis Amanah Rakyat

agensi kerajaan Malaysia
(Dilencongkan daripada MARA)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi.

Logo MARA
Pejabat MARA Negeri Perlis di Kangar, Perlis.

Kronologi

sunting

Peranan MARA dalam pendidikan Malaysia

sunting

MARA bukan sahaja menawarkan biasiswa bagi yang layak tetapi turut menubuhkan beberapa institut pendidikannya sendiri. Seperti:

  • Maktab Rendah Sains MARA, diwujudkan bagi pelajar bumiputera yang berumur 13-17 tahun yang mempunyai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang
  • Kolej MARA , diwujudkan bagi pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran bagi peringkat pra-universiti seperti IB, A-level, program matrikulasi KPM dan asasi Universiti.
  • Kolej Profesional MARA (KPM) , diwujudkan bagi pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran dalam diploma dan high national diploma(HND).
  • GiatMARA
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • MARA-Japan Industrial Institue (MJII)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • German-Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur(UniKL) , sebuah institut pengajian tinggi swasta.
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
  • Universiti Teknologi MARA(UiTM), atau dahulunya Institut Teknologi MARA(ITM) -sudah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan dan kemudian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
  • Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), ditubuhkan pada 1987 sebagai sebuah institut pengajian tinggi swasta di bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). KUPTM diiktiraf sebagai universiti pada 31 March 2021 dan kini dikenali sebagai Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)
  • Universiti Poly-Tech Malaysia[1] (UPTM), UPTM menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat asasi, diploma, ijazah sarjana muda, pasca siswazah, dan profesional dalam bidang seperti perakaunan, perniagaan, teknologi maklumat, kejuruteraan, dan sains sosial. Universiti ini juga aktif dalam penyelidikan dan inovasi di peringkat nasional dan antarabangsa

Terdapat sebuah tempat di Tasik Banding, Belum Perak yang dinamakan sebagai Pulau MARA yang dahulunya ditadbir oleh Maktab Rendah Sains MARA Kulim.

Pengerusi MARA

sunting

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Home". Universiti Poly-Tech Malaysia-UPTM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-17.
  2. ^ [http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dr-hasnita-hashim-pengerusi-baharu-mara-1.755051 Dr. Hasnita Hashim Pengerusi baharu MARA]