Kongres Ekonomi Bumiputera

Kongres Ekonomi Bumiputera diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur pada 29 Mei 2010. Kongres ini bagi membincangkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang disusun oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negera (MPEN) .Kongres itu anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dihadiri oleh 300 peserta.

Kertas kerja dibentang oleh Ketua Setiausaha MPEN, Prof Dr Normah Mansor bertajuk "Agenda Melayu Dalam Model Baru Ekonomi" .

Mengkritik MEB

sunting

MEB telah dikritik oleh bekas timbalan ketua pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Senator Datuk Akbar Ali dan bekas ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE) Datuk Halipah Esa. Sesi dipengerusikan oleh Datuk Kamaruddin Kachar (mantan TNC UiTM) .Ahli panel lain ialah ahli akademik Rajini Ramlan dan profesor sejarah, Datuk Ramlah Adam.

Model ekonomi baru adalah dokumen MPEN yang belum diterima oleh kerajaan. Ia menyerang bangsa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB)... MPEN kena berpegang kepada kekuatan sendiri, bukan kelemahan orang lain.Ahli panel jangan takut untuk berterus terang mengenai MEB kerana mereka membela hak semulajadi orang Melayu.

Normah sendiri mengakui kekurangan dasar-dasar khusus untuk bumiputera dan Melayu dalam MEB. MPEN seharusnya tidak mengutuk dan menyalahkan DEB. Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah sumber penggubalan MEB demi menjamin kesejahteraan dan kualiti rakyat.

Semua diskriminasi terhadap bumiputera hendaklah dihapuskan dan menyusun semula guna tenaga dan kekayaan negara.MEB dan Rancangan Malaysia ke-10 perlu lebih perkasa dengan menitikberatkan pendidikan dan latihan serta kouta biasiswa perlu diteruskan.[1]

Rujukan

sunting

Mebbis