Taib Andak

Tan Sri Taib bin Hj. Andak (1916 – 1997) adalah pengerusi MARA dari 8 Jun 1967 hingga 31 Ogos 1967. Felda Taib Andak di Kulai, Johor telah dinamai sempena nama beliau.

Taib Andak, dilahirkan di Muar, Johor dan mendapat pendidikan awal di Muar English School, Kolej Raffles di Singapura dan Middle Temple, London. Taib Andak ialah sahabat Tun Abdul Razak Hussein dan Tunku Abdul Rahman. Atas bantuan dan nasihatnya, Tunku telah belajar bersungguh-sungguh dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) pada tahun 1925.

Bapa Taib Andak ialah Haji Andak bin Haji Jamak. Tun Abdul Razak melantik Taib Andak sebagai pengerusi Felda.

RujukanSunting

  • Ramlah Adam. Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, DBP, 2004, m.s. 24.
  • Aziz Ishak. Riwayat Tunku Abdul Rahman Putra, Karya Bistari Sdn Bhd, m.s. 10.