Dato' Seri Idris bin Jusoh merupakan Pengerusi Felda yang telah dilantik pada 1 Mei 2020 menggantikan Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor. Beliau juga merupakan mantan Menteri Pendidikan Tinggi dari tahun 2015 hingga 2018, mantan Menteri Pendidikan II (gabungan Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi) bermula dari 16 Mei 2013 sehingga 28 Julai 2015. Sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu dari tahun 2004 hingga 2008,Timbalan Menteri Usahawan dari tahun 1995 hingga 1999. Idris menjadi terkenal dalam politik UMNO dan Malaysia ketika beliau memimpin negeri Terengganu melalui parti Barisan Nasional yang berjaya menguasai Terengganu dari parti PAS dan dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu. Beliau memegang jawatan itu sejak Mac 2004 dengan majoriti 2 per 3 Dewan Undangan Negeri Terengganu. Beliau juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang berjaya memimpin negeri Terengganu mengembalikan penguasaan BN dari kerajaan PAS yang dipimpin Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada tahun 2004. Pada pilihan raya umum Mac 2008, BN Terengganu di bawah kepimpinan Dato' Seri Idris bin Jusoh sekali lagi memenangi pilihan raya umum tersebut dengan majoriti 2 per 3 dewan, ketika BN di negeri-negeri lain seperti Selangor,Kedah,Pulau Pinang dan Perak mengalami tsunami politik dan jatuh ke pihak pembangkang ketika itu iaitu Pakatan Rakyat (PR). Walaupun dicalonkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan mendapat sokongan majoriti ADUN yang menang untuk menyandang Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, cadangan tersebut tidak diperkenankan oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) ketika itu. Beliau kemudian dilantik untuk memegang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dari Julai 2008 sehingga Mac 2013. Pada Pilihan raya umum ke-14, Idris Jusoh sekali lagi menang dan dipilih sebagai wakil rakyat parlimen Besut dan berjaya membawa inspirasi kemenangan 3 DUN di bawah parlimen Besut iaitu Jerteh, Kuala Besut dan Hulu Besut. Namun begitu, negeri Terengganu berpihak kepada kerajaan dibawah pimpinan Parti Islam Se-Malaysia.

Yang Berhormat Dato' Seri

Idris bin Jusoh

SSMZ, DPMT (Ter)
Idris bin Jusoh.jpg
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Besut, Terengganu
Memegang jawatan
2013
Didahului olehAbdullah Md Zin
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehMohamed Yusof Mohamed Noor
Digantikan olehHassan Mohamed
Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Didahului olehMohamed Khaled Nordin
Digantikan olehMaszlee Malik
Menteri Pendidikan II
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 28 Julai 2015
RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Tuanku Mizan Zainal Abidin
Perdana MenteriNajib Razak
Menteri PertamaTan Sri Muhyiddin Yassin
TimbalanMary Yap Kain Ching
P. Kamalanathan
Timbalan Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehMahdzir Khalid
Menteri Besar Terengganu
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehAbdul Hadi Awang (PAS)
Digantikan olehAhmad Said
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)[1]
Dalam jawatan
1 Mei 2020 – kini
Didahului olehMegat Zaharuddin Megat Mohd Nor
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Jerteh
Dalam jawatan
2004–2013
Didahului olehSalleh Abas
Digantikan olehMuhammad Pehimi Yusof
Butiran peribadi
Lahir (1955-11-15) 15 November 1955 (umur 64)
Terengganu Kampung Tok Has, Jertih, Terengganu
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganTo' Puan Seri Che Kamariah binti Zakaria
Laman sesawangDUN Terengganu

KeluargaSunting

Berkahwin dengan Che Kamariah Binti Zakaria yang berasal dari Melor, Kelantan. Mempunyai 5 orang anak. Isteri beliau aktif sebagai seorang Pendidik yang memberi pengajaran secara percuma dalam pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah-sekolah kawasan Terengganu, juga menjadi pendidik di Pusat Minda Jerteh, dan juga mengajar anak-anak kecil untuk pelajaran bahasa Inggeris secara percuma di masjid sekitar Besut. Hasil didikan Idris dan isterinya, 3 orang anaknya telah berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran (Al-Hafiz) dan juga berjaya dalam bidang akademik.

Latar belakangSunting

Dua orang Menteri Besar Terengganu yang terakhir, iaitu Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Idris Jusoh, kedua-duanya adalah keturunan ulama' yang berpengaruh dalam masyarakat.

Datuk kepada Idris Jusoh yang dipangil Tuan Guru Abdul Hamid bin Fadhlullah al-Basuti al-Falimbani merupakan Ulama' Islam yang terkenal suatu ketika dahulu yang sentiasa didampingi kerabat raja,rakyat biasa di Besut mahupun dari luar kawasan suatu ketika dahulu. Yang dimaksudkan dengan ‘al-Basuti’ ialah Besut di Terengganu.[2]

PendidikanSunting

  • Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.(SEMOJI).(1969-1973)
  • Blackburn High School, Victoria, Australia.(Matrikulasi-1973)
  • Ijazah Sains Sosial (Universiti Sains Malaysia) (1980).
  • Program Keusahawanan (Aston University, England) (1984).
  • Ijazah Sarjana MBA (University of New Haven, USA) (1988).
  • Pengajian Bahasa Arab (Universiti Jordan) (1993-1994).
  • Kursus Pengurusan Lanjutan (Universiti Harvard, USA) (2001).
  • Kursus Pengurusan Lanjutan (INSEAD, Perancis) (2008).
Kecemerlangan akademik & ko-kurikulum (peringkat sekolah ke universiti)

Beliau memulakan persekolahan di SK Pusat Jerteh[3].Keputusan UPSR yang cemerlang melayakkan beliau menyambung pelajaran di sekolah Menengah premier STAR(Sekolah tuanku Abdul Rahman). Di peringkat Sekolah Menengah STAR beliau menjadi seorang pengawas dan berjaya mendapatkan keputusan yang sangat cemerlang sehingga melayakkan beliau menyambung pelajaran ke A-Level(Matrikulasi) di Australia sebelum keputusan MCE(SPM) diumumkan. Beberapa tokoh politik juga turut menuntut ilmu disana seperti Dato' Awang Adek dan Tan Sri Annuar Musa[4].Ketika tamat program A-Level di Australia,beliau mendapat keputusan cemerlang dan melayakkan beliau menyambung bidang kejuruteraan(Engineer) di sana. Ketika beliau di Australia,beliau menerima berita kematian Ayahnya dan datuknya(meninggal dunia dalam selang satu minggu) dan beliau mengambil keputusan pulang ke tanah air atas nasihat ibunya untuk menyambung pelajaran di Malaysia. Beliau melanjutkan pelajaran di USM,dan ketika di USM,beliau turut aktif dalam bidang Ko-kurikulum sehingga dilantik menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar USM dari 1978-1979. Beliau dikatakan sering mengunjungi Perpustakaan di masa lapang bagi menelaah pelajaran,dan mendapat keputusan cemerlang setiap peperiksaan (mendapat ijazah kelas pertama) sehingga beliau mendapat "Golden Award Best Student"[5]-Pelajar Cemerlang keseluruhan USM tahun 1980. Beliau menjadi pelajar Melayu pertama yang mendapat anugerah tersebut di USM, dan menjadi kebanggaan dan contoh untuk pelajar Melayu untuk berjaya di Universiti tersebut. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Master di Luar negara di Universiti New Haven, USA dan turut aktif dalam kokurikulum apabila menjadi Presiden Pelajar Luar Negara di sana. Beliau juga turut mengambil pelajaran Arab di Jordan,dan beberapa kursus di Universiti terkemuka seperti di Harvard(USA),Perancis, dan England.

Kecemerlangan akademik beliau terbukti sejak dari sekolah lagi.Merupakan antara pelajar cemerlang/terbaik di sekolah premier STAR (Ipoh)[6], kemudian mendapat tawaran matrikulasi ke Australia yang hanya diberikan kepada pelajar cemerlang sekolah STAR walaupun keputusan SPM belum dikeluarkan,Kemudian meraih Pelajar terbaik keseluruhan USM dengan mempunyai Ijazah kelas pertama dari USM, Master, dan pembelajaran Ilmu Agama yang di perturunkan oleh datuknya (Tuan Guru Haji Hameed) yang merupakan Ulama' dan guru agama di Besut pada ketika dahulu, jelas menunjukkan keperibadian beliau.

Jasa dan sumbanganSunting

Dato' Seri Idris Bin Jusoh seorang individu yang sentiasa cintakan ilmu pengetahuan sejak di bangku sekolah lagi. Ia dibuktikan lagi apabila telah menerima Anugerah Emas Pelajar Terbaik Keseluruhan Universiti Sains Malaysia USM (GOLDEN AWARD BEST STUDENT)pada tahun 1980 ketika menjadi penuntut universiti tersebut. Beliau juga pernah menuntut di beberapa Universiti terkemuka samada di Eropah dan Timur tengah. Antara lain bakat kepimpinan dan kecemerlangan Akademik beliau ialah:

  • Dianugerahkan "Pelajar Terbaik keseluruhan" Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) 1973
  • Dianugerahkan "Anugerah Emas Pelajar Terbaik" di USM (1980)
  • Presiden Persatuan Mahasiswa USM-kini dipanggil Yang-Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) (1978-1979)
  • President of International Student Association di University of New Haven (1987)
  • Dianugerahkan Sijil Keusahawanan di Universiti Aston, United Kingdom (1984)
  • Best Club Award, Kelab Usahawan Muda (1994)
  • Special Appreciation Award; Individual Malaysian Franchise Award (2000/2001)
  • Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) (1994)
  • Darjah Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) - Membawa gelaran Dato’ (1998)
  • Darjah Seri Sultan Mizan Zainal Abidin (S.S.M.Z) - Membawa gelaran Dato’ Seri (2004)

Beliau juga seorang yang amat mementingkan Ilmu,Di mana dibawah kepimpinan beliau,beliau memberi inspirasi dan Idea ULUL AL-BAB-MISI MENJANA KEPIMPINAN MUSLIM GLOBAL, yang mementingkan agama Islam, menghafaz dan memahami Al-Quran, dan cintakan Ilmu pengetahuan.

Program Ulul AlbabSunting

Ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu dari 2004- Mac 2008, beliau memperkenalkan slogan Terengganu Bumi Ulul Albab.[7] Kemudian di daerah beliau juga, diperkenal Besut Bumi Ulul Albab sehingga kini.

Ciri-ciri Ulul AlbabSunting

Perbincangan mengenai Ulul al Bab dan definisinya tidak terhad kepada penyenaraian ayat - ayat suci Al Qur’an. Walaupun terdapat sifat - sifat umum yang disebut dalam Al Qur’an yang melayakkan seseorang itu diberi gelaran Ulul al Bab, cabaran yang lebih besar ialah menyenaraikan ciri - ciri yang lebih khusus.

Dato Seri Idris Jusoh telah mengambil inisiatif menyenaraikan 3 ciri golongan Ulul al Bab ini sebagai mereka yang:[8]

  • Qur’anik
  • Ensiklopedik
  • Ijtihadik

CIRI 1 : Qur’anik diertikan sebagai mereka yang bukan sahaja khatam hafazan (menghafal 30 Juzuk Al-Quran), tetapi juga mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang ilmu Al Qur’an seperti ketertiban bacaan, lagu dan mengamalkan ajaran Al Qur’an itu sendiri.

CIRI 2 : Ensiklopedik dimaksudkan dengan keupayaan untuk menguasai pelbagai cabang ilmu (multi - discipline) dan pelbagai bahasa (multi lingual).

CIRI 3 : Ijtihadik Memberi erti bahawa seseorang itu haruslah mempunyai keupayaan untuk memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah umat. Haruslah memiliki sifat-sifat kreatif dan inovatif, pemikiran strategik, pemikiran lateral dan sebagainya.[9]

Beberapa negeri di Malaysia telah menggunakan konsep Ulul Albab ini seperti di Melaka, Pulau Pinang, dan Kedah. Dato' Mukhriz Mahathir, kini Menteri Besar Kedah mengakui konsep ini berjaya dan beliau sendiri praktikkan di Kedah (Parlimen Jerlun) dan keputusan akademik pelajar di sana meningkat.[10]

Penubuhan Sekolah IMTIAZ, MRSM Ulul Albab dan Pintar QuranSunting

Menyedari pentingnya pembelajaran Agama Islam iaitu dengan menghafaz dan memahami Al-Quran, Hadith, dan mengamalkan cara Sunnah Wal Jamaah, Idris Jusoh telah mengasaskan sekolah IMTIAZ iaitu sekolah yang menekankan pelajar cemerlang akademik dan disamping itu menghafal Al-Quran.Atas inisiatif beliau kini sekolah IMTIAZ telah menjadi antara sekolah terkemuka di Terengganu dan di negeri negeri lain.

Beliau juga telah memperkenalkan kelas Pintar Quran di Terengganu sekitar tahun 90 an. Di mana,pelajar-pelajar dari umur 4 hingga 12 tahun diberi pelajaran dari Iqra' sehingga dapat membaca Al-quran di sekitar pondok-pondok Pintar Quran yang terletak di Terengganu.

Selepas memegang jawatan sebagai Pengerusi MARA pada 2008,Idris Jusoh memperkenalkan MRSM Ulul Albab, di mana pelajar-pelajar Islam khususnya akan diberi pendidikan yang mengutamakan pelajaran wajib dan menghafaz Al-Quran. MRSM Ulul Albab kini sudah diperkenalkan di beberapa MRSM di Malaysia seperti di MRSM Ulul Albab Kota Putera,Besut,MRSM Ulul Albab Gemencheh (Negeri Sembilan), MRSM Ulul Albab Kepala Batas (Pulau Pinang).

Tabung Warisan MARASunting

Tabung yang diwujudkan untuk mengumpul dan mentadbir dana yang akan diwaqafkan sebanyak 50% dan 50% lagi digunakan untuk keperluan pendidikan anak-anak Melayu dan Bumiputera generasi akan datang. Merupakan inisiatif MARA di bawah kepimpinan beliau bagi menjaga keperluan Melayu dan Bumiputera seluruhnya, ditubuhkan pada bulan Mei 2012.

Isu dan kontroversiSunting

Sejarah dan sumbangan Idris Jusoh dalam membangunkan kembali UMNO dan BN di negeri Terengganu

Pada tahun 1999,iaitu pilihan raya ke 10,BN Terengganu jatuh di tangan pembangkang, iaitu PAS. Kekuatan pembangkang ketika itu terletak pada krisis Anwar Ibrahim dan tampuk pimpinan yang lama dipegang bekas Menteri Besar Terengganu ketika itu yang melebihi 20 tahun.[11]Idris pada mulanya ingin menyambung pelajaran ke peringkat P.hD(Doktor Falsafah). Atas permintaan pimpinan UMNO pusat,negeri dan semangat beliau, Idris Jusoh lantas menyahut cabaran untuk memimpin Terengganu ketika itu, mengisi jawatan Timbalan Pengerusi Pehubungan UMNO Terengganu di belakang pimpinan Abdullah Badawi bagi misi mendapatkan kembali Terengganu untuk BN. Idris antara yang telah memberi inspirasi Gelombang Biru di Terengganu. Sepanjang kepimpinan Menteri Besar(Tuan Guru Haji Hadi Awang),Idris Jusoh telah menyaman Haji Hadi kerana dikatakan memfitnah beliau berkenaan projek-projek di Terengganu yang berkait dengan beliau dan beberapa wakil UMNO yang lain ketika Haji Hadi berkuasa memegang jawatan MB Terengganu.[12]Berkat kesabaran dan kegigihan beliau,pada pilihan raya Umum ke-11(2004),BN Terengganu di bawah kepimpinan Idris Jusoh berjaya mendapatkan kembali Terengganu dari pembangkang dengan majoriti yang sangat besar iaitu 28 BN dan hanya 4 kerusi untuk PAS. Di bawah kepimpinan Idris Jusoh juga menyaksikan Hadi Awang tewas di Parlimen Marang pada pilihanraya 2004, dikalahkan oleh calon BN Abdul Rahman Bakar yang turut digelar "Giant Killer".[13] Personaliti Idris Jusoh yang disenangi semua kaum, tidak kira bangsa atau agama, menyebabkan rakyat Terengganu ketika itu beralih memilih BN. Beliau juga ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu (2004),dan merupakan Menteri Besar pertama dari daerah Besut. Pada pilihan raya umum Terengganu ke-12 juga,BN di bawah kepimpinan beliau sekali lagi mengekalkan Terengganu di bawah Barisan Nasional dengan Majoriti 2 per 3.

Pembangunan Terengganu dari 2004-2008 oleh Idris Jusoh diiktiraf Pembangkang & Penganalisis Politik

Kenyataan Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat,“Masa kepimpinan Idris dahulu memang bagus, Terengganu membangun".[14]

Naib Presiden PAS,Husam Musa ketika kempen Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, melalui satu portal berita berkata,"Idris semasa menjadi Menteri Besar ada program pembangunan untuk Terengganu,”.[15]

Krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu

Berikutan pilihan raya umum Malaysia 2008, BN telah berjaya memenangi pilihan raya negeri Terengganu dengan memenangi 24 dari 32 kerusi yang dipertandingkan, dengan PAS memenangi baki 8 kerusi. Ia merupakan pencapaian yang terbaik bagi negeri Terengganu di saat negeri-negeri lain jatuh di tangan pembangkang yang dikatakan tsunami politik. Satu krisis telah meletus apabila Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, tidak memperkenankan untuk melantik semula Idris sebagai Menteri Besar. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertikai hak Sultan melantik Menteri Besar, dengan berkata bahawa perlantikan Ahmad Said "tidak mengikut perlembagaan".[16] 22 ADUN BN negeri yang lain juga berikrar menyatakan sokongannya terhadap perlantikan Idris Jusoh, merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak.[17]

Beberapa kain rentang yang berbunyi "Kami nak Idris, natang", yang bermaksud "kami hendak Idris, binatang" dalam loghat Terengganu, telah dipamer di depan kediaman rasmi bekas menteri besar Terengganu itu dan beberapa tempat strategik di bandar itu oleh orang yang tidak diketahui.[18]

Walaupun tidak dilantik semula menjadi Menteri Besar,Semangat Beliau tetap gigih untuk membangunkan Umat Islam itu sendiri. Dengan memperkenalkan Sekolah IMTIAZ, MRSM Ulul Albab, Pintar Quran,dan pelbagai inisiatif lagi, telah menunjukkan beliau bukan seorang yang cepat berputus asa.

KerjayaSunting

Kerajaan MalaysiaSunting

  • Ahli Majlis Amanah Rakyat (MARA) - (1991-1993)
  • Ahli Parlimen Besut ( 1995 -1999)(2013- sekarang)
  • Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (1995 -1999)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri, Jertih (2004 - 2013)
  • Menteri Besar Terengganu (2004 - 2008)
  • Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) - ( 2008 - 2013)
  • Menteri Pendidikan ke-II Malaysia (2013 - 2015)
  • Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia (2015 - 2018)

PolitikSunting

  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2000 - kini)
  • Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu (2000-2008)
  • Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu (27 Julai 2013 - kini)
  • Ketua UMNO bahagian Besut (2000 - kini)

Keputusan pilihan raya umumSunting

Dewan Undangan Negeri: N03 Jertih
Tahun Undi Pct Lawan Undi Pct Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
2004 Idris Jusoh (UMNO) 6,513 % Mohd Hassan Salleh (PAS) 4,466 % 11,119 2,047 85%
2008 Idris Jusoh (UMNO) 7,912 % Muhammad Hassan Salleh (PAS) 4,866 % 12,953 3,046 84%
Dewan Rakyat: P33 Besut, Terengganu
Tahun Kerajaan Undi Pct Pembangkang Undi Pct Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
1995 Idris Jusoh (UMNO) 19,294 56.61% Zakaria @ Ibrahim Abdul Rahman (S46) 25,098 43.39% 35,437 4,507 81.37%
2013 Idris Jusoh (UMNO) 35,232 56.71% Riduan Mohamad Nor (PAS) 26,890 43.29% 63,017 8,342 86.84%
2018 Idris Jusoh (UMNO) 34,335 48.40% Riduan Mohamad Nor (PAS) 29,736 41.92% 72,323 4,599 83.49%
Wan Nazari Wan Jusoh (PPBM) 6,864 9.68%

Anugerah dan penghargaanSunting

  •   Terengganu :
    • Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (1994)
    •   Darjah Kebesaran Mahkota Terengganu Yang Amat Mulia (DPMT) - Dato' (1998)[19]
    •   Darjah Kebesaran Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (SSMZ) - Dato' Seri (2004)[19][20]

RujukanSunting

  1. ^ Peneroka FELDA sambut baik perlantikan Idris Jusoh, Harian Metro, Dicapai pada 10 Mei 2020
  2. ^ http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
  3. ^ http://www.sinarharian.com.my/bekas-pelajar-sk-pusat-jerteh-rancang-tubuh-alumni-1.172842
  4. ^ http://www.staripoh.com/v2/viewpage.php?page_id=8
  5. ^ http://www.silveromedia.com.my/idrisjusoh/?page_id=13
  6. ^ http://www.staroba.my/old-boys/1634-do-you-know-idris-jusoh.html
  7. ^ Melayu mesti ‘kiasu’ untuk berjaya.
  8. ^ ULUL AL BAB -MISI MENJANA KEPIMPINAN MUSLIM GLOBAL, oleh Idris bin Jusoh.
  9. ^ http://www.silveromedia.com.my/idrisjusoh/?page_id=501
  10. ^ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_MukhrizmahubalasjasaTerengganu/Article/
  11. ^ Perjalanan hidup warna warni Tan Sri Yusof Nor…tak hairan kenapa FELDA terus kena attack.
  12. ^ Pas spreading slanders; Idris Jusoh lodges police and EC reports.
  13. ^ Giant Killer sedia cabar Presiden PAS di Marang.
  14. ^ http://www.sinarharian.com.my/penganalisis-pas-sengaja-lagakan-ahmad-said-idris-1.182506
  15. ^ http://www.sinarharian.com.my/penganalisis-pas-sengaja-lagakan-ahmad-said-idris-1.182506
  16. ^ "PM: Appointing anyone else is against Constitution". The Star. March 24, 2008. Dicapai pada 2008-03-24.
  17. ^ "23 Terengganu Assemblymen Pledge Support For Idris Jusoh, Says Najib". Bernama. March 24, 2008. Dicapai pada 2008-03-24.
  18. ^ PAS: Kain rentang pro-Idris 'menghina'.
  19. ^ a b "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Dicapai pada 25 October 2018.
  20. ^ "Sultan of Terengganu's birthday honours list". The Star. 20 July 2004. Dicapai pada 30 October 2018.

Pautan luarSunting

Idris bin Jusoh di Facebook


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Terengganu
March 2004 - March 2008
Penyandang Kemudian
Abdul Hadi bin Awang Ahmad Said