Parti Pribumi Bersatu Malaysia

parti politik di Malaysia

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bahasa Inggeris: Malaysian United Indigenous Party juga singkatan: BERSATU atau kadangkala ditulis sebagai PPBM) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Malaysian United Indigenous Party
ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا
PPBM/BERSATU
PengerusiTan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
PresidenTan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Setiausaha-AgungDato' Seri Hamzah Zainudin
PengasasTan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Timbalan PresidenDato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu
Naib PresidenDatuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dr. Radzi Jidin
Datuk Rafiq Naizamohideen
Ketua PeneranganWan Saiful Wan Jan
Ketua ArmadaSenator Wan Ahmad Fayhsal
Ketua SrikandiDatuk Seri Rina Mohd Harun
SloganBersatu, Beramanah, Bermaruah
Diasaskan8 September 2016; 4 tahun yang lalu (2016-09-08)
Ibu pejabatTingkat 8
Menara Yayasan Selangor
18A Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
Sayap beliaARMADA BERSATU
Sayap WanitaSrikandi BERSATU
Keahlian500,000 orang terdiri daripada keahlian
Bumiputera dan Bukan Bumiputera (Ahli bersekutu)
Penggabungan nasionalPakatan Harapan (2015-2020)[1]
Muafakat Nasional
Perikatan Nasional (2020-kini)
Warna rasmiMerah, Putih
Badan pemikirInstitut Masa Depan Malaysia
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
10 / 70
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
31 / 222
Dewan Undangan Negeri
45 / 591
Simbol pilihan raya
Logo Perikatan Nasional.svg
(2020-kini)
Pakatan-harapan-logo.jpg
(2018-2020)
Bendera Parti Keadilan Rakyat PKR 4975x2490 px.svg
(2018)
Bendera parti
Bendera BERSATU.svg
Tapak web
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

BERSATU bersama-sama Barisan Nasional, Parti Islam Se-Malaysia, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku sambil disokong Ahli Parlimen BEBAS membentuk kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan pada Mac 2020 lalu. BERSATU juga mengetuai Kerajaan Negeri Perak dan menjadi sebahagian daripada ahli dalam pentadbiran kerajaan bagi Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Kedah. Manakala Kerajaan Negeri Perlis, Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Sarawak menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan.

Ketika BERSATU dalam kerajaan Pakatan Harapan, ia dipimpin oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan ketika itu.

BERSATU dahulu pernah menjadi salah sebuah parti dalam gabungan parti kerajaan Pakatan Harapan. Ia juga merupakan parti yang memimpin dalam gabungan parti pemerintah Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Johor dan parti dalam gabungan parti kerajaan bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Sabah. Ia juga merupakan parti pembangkang dalam Kerajaan Negeri Kelantan ketika dalam kerajaan Pakatan Harapan dari Mei 2018 hingga Februari 2020 lalu.

Sejarah penubuhanSunting

Parti Pribumi Bersatu Malaysia merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir serta penggantungan Dato' Seri Mohd Shafie Apdal daripada UMNO pada 24 Jun 2016[2]. Ia menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Parlimen BEBAS selama 2 bulan. Beliau telah mencadangkan kepada Tun Dr Mahathir (yang ketika itu tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan) untuk menubuhkan BERSATU bersama-sama Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir yang ketika itu telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah[3] dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah namun tiada kerusi di Dewan Rakyat Malaysia. Oleh kerana itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi wakil tunggal BERSATU dalam Dewan Rakyat dari tahun 2016 hingga tahun 2018 lalu.[4] Dato' Seri Mohd Shafie Apdal kemudiannya telah menubuhkan Parti Warisan Sabah yang menumpukan kepada geopolitik di negeri Sabah.[5]

Borang pemohonan untuk mendaftarkan PPBM telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ahli jawatankuasa penaja parti[6][7][8]. Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan penubuhan Parti PPBM pada 08 September 2016 [9].

Jawatankuasa rasmi di peringkat pusat telah diumumkan secara rasmi pada 14 Januari 2017 yang telah menyatakan keahlian dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah dibubarkan secara sementara pada 5 April 2018[10]. Walau bagaimanapun pada 10 Mac 2018, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan berikutan ancaman berulang-kali yang dikeluarkan oleh ROS untuk membubarkan PPBM[11][12], parti itu telah pun menyediakan perancangan lain jika benar dibubarkan ROS[13].

Selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018, pembubaran BERSATU telah ditarik balik dan secara rasminya menjadi parti komponen Pakatan Harapan semula.

Jawatankuasa Penaja Penubuhan (9 Ogos 2016)Sunting

Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti[14]
Jawatan Nama
Presiden Penaja Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Pengerusi Penaja Tun Dr. Mahathir Mohamad
Timbalan Presiden Penaja Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir
Setiausaha Agung Penaja Kamarul Azman Habibur Rahman
Bendahari Penaja Ainina Saaduddin
Ahli Jawatankuasa Penaja Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Akhramsyah Muammar Ubaidah Tan Sri Sanusi

Takrif PribumiSunting

Menurut perlembagaan parti, Pribumi bermaksud warganegara Malaysia berbangsa Melayu dan Bumiputera termasuk orang asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak seperti yang ditakrifkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan undang-undang negara.

Cogan PerjuanganSunting

Cogan perjuangan parti ialah "'BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH". '

Bendera dan LambangSunting

Bendera dan lambang parti berupa segi empat tidak sama berwarna merah dengan kadar nisbah 1:2 (lebar x panjang) dan didalamnya terdapat grafik berbentuk bunga lima kelopak berwarna putih.

Pengertian reka bentukSunting

  • Lima kelopak bunga bererti lima (5) Rukun Islam sebagai Agama Persekutuan dan lima (5) Prinsip Rukunegara.
  • Lima kelopak bunga yang bersambung secara seimbang dan sekata melambangkan perpaduan warga Pribumi dan seluruh rakyat Malaysia yang hidup secara aman dan harmoni serta mendapat layanan yang adil dan saksama dalam sebuah masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama.

Pengertian warnaSunting

  • Warna merah bererti keberanian, semangat patriotisme dan daya juang yang jitu.
  • Warna putih bererti kesucian, keikhlasan dan keluhuran dalam perjuangan serta sifat amanah, jujur dan berintegriti yang mesti dimiliki oleh ahli-ahli parti.

Tujuan PenubuhanSunting

BERSATU ditubuhkan untuk :

  1. Memberikan perhatian kepada reformasi institusi untuk mengembalikan integriti didalam pentadbiran negara.
  2. Mengembalikan semula demokrasi dan kedaulatan undang-undang yang telah dinafikan dan disalahguna.
  3. Memuliakan pemisahan kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.
  4. Berjuang untuk menambahbaik prestasi Kerajaan dan memberi kehidupan yang lebih baik buat rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
  5. Mengembalikan penghormatan dan sanjungan dunia terhadap Malaysia dan rakyatnya.
  6. Bekerjasama dengan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan yang mempunyai aspirasi dan prinsip sehaluan dalam usaha membentuk kepimpinan Kerajaan yang lebih baik, demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia.

Matlamat PerjuanganSunting

  1. Menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
  2. Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
  3. Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.
  4. Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
  5. Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.
  6. Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti.
  7. Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.
  8. Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.
  9. Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.
  10. Mendukung prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.
  11. Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.
  12. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.
  13. Menyertai pilihanraya umum Persekutuan dan Negeri serta pilihanraya kecil dengan tujuan untuk menghantar wakil parti ke Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

KepimpinanSunting

Struktur pentadbiran BERSATU terdiri daripada Majlis Pimpinan Tertinggi dan Majlis Presiden di peringkat pusat, Badan Pimpinan Negeri di peringkat negeri, Jawatankuasa Pimpinan Bahagian di peringkat Parlimen dan Jawatankuasa Cawangan di peringkat daerah mengundi.

Majlis Pimpinan TertinggiSunting

Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU adalah adalah badan eksekutif tertinggi parti yang menjalankan kuasanya di bawah perintah Perhimpunan Agung. Ia terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, 5 orang Naib Presiden termasuk Ketua Srikandi dan Ketua Armada, seorang Setiausaha Agung, seorang Bendahari Agung, seorang Ketua Penerangan, tidak lebih daripada 15 orang Ahli MPT yang dipilih dalam Perhimpunan Agung, tidak lebih daripada 7 orang yang dilantik oleh Presiden parti selepas berunding dengan Pengerusi parti, serta 6 orang wakil sayap-sayap parti iaitu 3 orang dari Srikandi dan 3 orang dari Armada.

Majlis Presiden pula adalah badan eksekutif yang mengelola hal ehwal pengurusan dan pentadbiran parti. Ia terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, 5 orang Naib Presiden termasuk Ketua Srikandi dan Ketua Armada, Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Ketua Penerangan.

Data sehingga 25 Ogos 2020.

Jawatan Nama
Pengerusi Tetap YB Senator Dato' Mohd Suhaimi Abdullah
Timbalan Pengerusi Tetap YBhg Datuk Hashim Suboh
Pengerusi YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Presiden YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Timbalan Presiden YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu
Naib Presiden YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
YB Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin
YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen
Ketua Srikandi (Bertaraf Naib Presiden) YB Datuk Seri Rina Mohd Harun
Ketua Armada (Bertaraf Naib Presiden) YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Setiausaha Agung YB Dato' Seri Hamzah Zainudin[15] (bermula 26.03.2020)
Bendahari Agung YBhg Dato’ Mohamed Salleh Bajuri
Ketua Penerangan YBhg Encik Wan Saiful Wan Jan
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (Dipilih) YB Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz
Abdul Hakim Gulam Hassan
YB Dato' Zainol Fadzi Paharudin
YH Dato' Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid
YB Senator Datuk Razali Idris
YB Dato' Eddin Syazlee Shith
YB Dato' Seri Mustapa Mohamed
Wan Saiful Wan Jan
Azlinda Abdul Latif
Mohd Taufik Yaacob
Mohd Rafiq Mohd Abdullah
YBhg Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin
YH Dato' Indera Suhaili Abdul Rahman
YB Dato' Dr. Sahruddin Jamal
YH Dato' Mohamed Farid Mohamed Zawawi
Mohd Zulkifli Zakaria
Mohd Yazid Mohd Yunus
YB Datuk Shabudin Yahaya
YB Dato' Rosol Wahid
Shamsilah Siru
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (Dilantik) YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
YB Dato' Dr. Abdul Latiff Ahmad
YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali
YB Hajah Zuraida Kamaruddin
YB Datuk Abdul Rashid Asari
Dr. Muhammad Faiz Na’aman

Perhimpunan Agung TahunanSunting

Jawatan Nama
Pengerusi Tetap YB Senator Dato' Mohd Suhaimi Abdullah
Timbalan Pengerusi Tetap YBhg Datuk Hashim Suboh
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti YBhg Tan Sri Syed Hamid Tan Sri Syed Jaafar Albar
Pengerusi Lembaga Displin YBhg Tan Sri Megat Najmuddin Dato' Seri Dr. Megat Khas
Pengerusi Lembaga Rayuan YBhg Tan Sri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad
Setiausaha Kerja Kapt (B) Muhammad Suhaimi Yahya

Badan Pimpinan NegeriSunting

 
Pejabat BERSATU Negeri Johor di Kempas ketika bersama Pakatan Harapan.

Data sehingga 8 September 2020.

Negeri Nama Jawatan
Perlis YB Dato' Seri Hamzah Zainudin Ketua
Timbalan Ketua
Kedah Mohd Suhaimi Abdullah[16] Ketua
Mohd Taufik Yaacob Timbalan Ketua
Pulau Pinang YB Datuk Shabudin Yahaya Ketua
Zulkefli Bakar Timbalan Ketua
Perak YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Haji Azumu Ketua
Mohader Ahmad Mohd Ayob Timbalan Ketua
Selangor YB Datuk Abdul Rashid Asari Ketua
Timbalan Ketua
Wilayah Persekutuan Kapt (B) Muhammad Suhaimi Yahya Ketua
Timbalan Ketua
Negeri Sembilan YB Dato' Eddin Syazlee Shith Ketua
Timbalan Ketua
Melaka YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen Ketua
Dr Mohd Yadzil Yaakub Timbalan Ketua
Johor YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Ketua
Timbalan Ketua
Pahang YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu Ketua
Mohd Yazid Mohd Yunus Timbalan Ketua
Kelantan Datuk Kamarudin Md Nor Ketua
Timbalan Ketua
Terengganu YB Senator Datuk Razali Idris Ketua
YB Datuk Rosol Wahid Timbalan Ketua
Sarawak Jaziri Alkaf Abdillah Suffian Ketua
Dato' Johan Mohamad Timbalan Ketua
Sabah YB Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor Ketua
YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun Timbalan Ketua

Biro PusatSunting

Senarai Biro Pusat
Biro Pengerusi
Politik Tan Sri Muhyiddin Yassin
Pengurusan Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu
Pilihan Raya dan Kajian Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Latihan dan Perkaderan Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Penambahan Ahli dan Cawangan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen
Agama Datuk Shabudin Yahaya
Ekonomi Dato' Sri Mustapa Mohamed
Antarabangsa Dato' Seri Mohamed Azmin Ali

Wakil RakyatSunting

Dewan NegaraSunting

SenatorSunting

Ahli-ahli Senator Malaysia tidak dipilih secara pilihanraya. Setiap daripada 13 dewan undangan negeri memilih dua Senator; baki 44 dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. BERSATU mempunyai 10 orang Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan melalui Dewan Undangan Negeri.[17]

Lantikan Tempoh Ahli Catatan
  Yang di-Pertuan Agong 17.07.2018 - 16.07.2021 YB Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (17.07.2018 – 24.02.2020)

Menteri Pendidikan (10.03.2020-kini)

27.08.2018 - 26.08.2021 YB Senator Datuk Razali Idris Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia
27.08.2018 - 26.08.2021 YB Senator Ir Md Nasir Hashim
16.01.2018 - 15.01.2021 YB Senator Datuk John Ambrose Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
22.04.2019 - 21.04.2022 YB Senator Dato' Isa Ab Hamid Lantikan kali kedua

Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

10.03.2020 - 09.03.2023 YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal Timbalan Menteri Belia dan Sukan (10.03.2020-kini)
16.06.2020 - 15.06.2023 YB Senator Tan Sri Dr Rais Yatim Yang di-Pertua Dewan Negara (02.09.2020-kini)
16.06.2020 - 15.06.2023 YB Senator Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad
16.06.2020 - 15.06.2023 YB Senator Muhammad Zahid Md Arip
  Sabah 05.01.2018 - 04.01.2021 YB Senator Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Dewan RakyatSunting

Ahli Parlimen MalaysiaSunting

BERSATU mempunyai 31 orang Ahli Dewan Rakyat dari seluruh negeri kecuali negeri Perlis dan Pahang.

Negeri No Kawasan Parlimen Ahli Catatan
  Kelantan P027 Tanah Merah YB Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Timbalan Menteri Pertahanan (10.03.2020-kini)

P030 Jeli YB Dato' Sri Mustapa Mohamed Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) (10.03.2020-kini)

  Terengganu P038 Hulu Terengganu YB Dato' Rosol Wahid Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (10.03.2020-kini)

  Pulau Pinang P042 Tasek Gelugor YB Datuk Shabudin Yahaya Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
P047 Nibong Tebal YB Dato' Dr Mansor Othman Keluar PKR (24.02.2020)

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

  Perak P056 Larut YB Dato' Seri Hamzah Zainudin Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Menteri Dalam Negeri (10.03.2020-kini)

P058 Bagan Serai YB Dato' Dr Noor Azmi Ghazali Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Timbalan Menteri Kesihatan (10.03.2020-kini)

P063 Tambun YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu Menteri Besar Perak (12.05.2018 - kini)
P059 Bukit Gantang YB Dato' Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal Keluar UMNO (27.6.2018)

Berpindah dari Bebas ke PPBM pasca -PRU14 (6.6.2020)

  Pahang P082 Indera Mahkota YB Dato' Saifuddin Abdullah Keluar PKR (24.02.2020)

Menteri Komunikasi dan Multimedia (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

  Selangor P092 Sabak Bernam YB Dato' Mohd Fasiah Mohd Fakeh Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
P093 Sungai Besar YB Muslimin Yahaya Timbalan Menteri Pendidikan (10.03.2020-kini)
P098 Gombak YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali Dipecat dari PKR (24.02.2020)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

P099 Ampang YB Zuraida Kamaruddin Dipecat dari PKR (24.02.2020)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

  Kuala Lumpur P119 Titiwangsa YB Datuk Seri Rina Mohd. Harun Menteri Pembangunan Luar Bandar (21.05.2018 – 24.02.2020)

Menteri Wanita dan Keluarga(10.03.2020-kini)

P124 Bandar Tun Razak YB Dato' Kamarudin Jaffar Keluar PKR (24.02.2020)

Timbalan Menteri Luar Negeri (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

  Negeri Sembilan P129 Kuala Pilah YB Dato' Eddin Syazlee Shith Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia (02.07.2018 – 24.02.2020)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) (10.03.2020-kini)

  Melaka P134 Masjid Tanah YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (10.03.2020-kini)

P135 Alor Gajah YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (02.07.2018 – 24.02.2020)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) (10.03.2020-kini)

  Johor P140 Segamat YB Dato' Sri Dr. Edmund Santhara Kumar Ramanaidu Keluar PKR (24.02.2020)

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM sebagai ahli bersekutu (11.03.2020)

P143 Pagoh YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Menteri Dalam Negeri (21.05.2018 – 24.02.2020)
Perdana Menteri Malaysia ke-8 (01.03.2020 - kini)
P150 Batu Pahat YB Dato' Mohd Rashid Hasnon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat (16.07.2018)

Keluar PKR (24.02.2020)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

P154 Mersing YB Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Menteri Pembangunan Luar Bandar (10.03.2020-kini)

  Sabah P167 Kudat YB Datuk Abd Rahim Bakri Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Timbalan Menteri Kewangan (10.03.2020-kini)

P177 Beaufort YB Dato' Azizah Mohd Dun Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
P178 Sipitang YB Yamani Hafez Musa Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
P179 Ranau YB Jonathan Yasin Keluar PKR (24.02.2020)

Timbalan Menteri Dalam Negeri (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

P183 Beluran YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Menteri Pertanian & Industri Makanan (10.03.2020-kini)

P184 Libaran YB Datuk Zakaria Edris Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
  Sarawak P198 Puncak Borneo YB Willie anak Mongin Keluar PKR (24.02.2020)

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM (05.06.2020)

P205 Saratok YB Ali anak Biju Keluar PKR (24.02.2020)

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (10.03.2020-kini)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

Jumlah Kelantan (2), Terengganu (1), Pulau Pinang (2), Perak (3), Pahang (1), Selangor (4), W.P. Kuala Lumpur (2), Negeri Sembilan (1), Melaka (2), Johor (4), Sabah (6), Sarawak (2)

Dewan Undangan NegeriSunting

Ahli Dewan Undangan NegeriSunting

BERSATU mempunyai 42 anggota dewan undangan negeri. Ia mempunyai wakil di setiap negeri kecuali Perlis, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak. Pada Pilihan raya umum Malaysia ke-14, parti ini bersama gabungan Pakatan Harapan (PH) memegang majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor. Selepas berpisah dari Pakatan Harapan, parti ini bersama gabungan Perikatan Nasional (PN) dan sebahagiannya bersama PH memegang majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah (bersama PH), Pulau Pinang (bersama PH), Perak (bersama PN), Melaka (bersama PN) dan Johor (bersama PN) dan mengganggotai semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (badan yang serupa dengan Kabinet) kecuali Pulau Pinang. Selain itu, parti itu dipilih untuk mengetuai kerajaan negeri Kedah dan Perak.

Negeri No. Kawasan DUN Ahli Catatan
  Kedah N1 Ayer Hangat YB Juhari Bulat Timbalan Yang Dipertua DUN (04.07.2018 - 25.08.2020)

Yang Dipertua DUN (25.08.2020 - kini)

N2 Kuah YB Mohd Firdaus Ahmad Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (22.05.2018 - kini)
N5 Bukit Kayu Hitam YB Halimaton Shaadiah Saad Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (22.05.2018 - kini)
N21 Guar Chempedak YB Dato' Wira Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
  Kelantan N37 Air Lanas YB Dato' Sri Mustapa Mohamed Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
  Pulau Pinang N02 Bertam YB Khaliq Mehtab Mohd Ishaq
N10 Seberang Jaya YB Dr. Afif Bahardin Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (09.05.2014 - 04.05.2020)
Berpindah dari PKR ke PPBM pasca-PRU14 (22.08.2020)
N21 Sungai Acheh YB Zulkifli Ibrahim Berpindah dari PKR ke PPBM pasca-PRU14 (22.08.2020)
N40 Telok Bahang YB Zolkifly Md Lazim
  Perak N8 Titi Serong YB Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (18.05.2018 - 10.03.2020)

Berpindah dari AMANAH ke PPBM[14] (04.09.2020)

N9 Kuala Kurau YB Dato' Abdul Yunus Jamhari Berpindah dari PKR ke PPBM[18] (09.03.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (31.03.2020 - kini)

N43 Tualang Sekah YB Dato' Nolee Ashilin Mohammed Radzi Keluar dari UMNO pasca-PRU14 (14.05.2018)

Berpindah dari Bebas ke PPBM[18] (09.03.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (31.03.2020 - kini)

N47 Chenderiang YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu Menteri Besar Perak ke-12 (12.05.2018 – 10.03.2020)

Menteri Besar Perak ke-13 (13.03.2020 - kini)

N49 Sungai Manik YB Dato' Zainol Fadzi Paharudin Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14 (14.05.2018)
  Selangor
N17 Gombak Setia YB Muhammad Hilman Idham Dipecat dari PKR[19] (12.03.2020)

Menyertai PPBM[20] (19.03.2020)

N19 Bukit Antarabangsa YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali Dipecat dari PKR (24.02.2020)

Menyertai PPBM (11.03.2020)

N20 Lembah Jaya YB Haniza Mohamed Talha Dipecat dari PKR (14.04.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (14.05.2018 - 14.04.2020)
Menyertai PPBM (22.08.2020)

N24 Semenyih Bakhtiar Mohd Nor Meninggal Dunia. Lihat PRK Semenyih 2019
N43 Sementa YB Dr. Daroyah Alwi Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (14.05.2018 - 13.06.2020)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (14.05.2018 - 13.06.2020)
Menyertai PPBM (22.08.2020)
N44 Selat Klang YB Datuk Abdul Rashid Asari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (14.05.2018 - 07.03.2020)
N55 Dengkil YB Adhif Syan Abdullah
  Melaka N13 Paya Rumput YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (16.05.2018 - 02.03.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (13.03.2020 - kini)

N23 Telok Mas YB Datuk Noor Effandi Ahmad Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (16.05.2018 - 02.03.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (13.03.2020 - kini)

  Johor N3 Pemanis YB Dr. Chong Fat Full Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (06.03.2020 - kini)
N5 Tenang YB Mohd Solihan Badri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (22.04.2019 - 27.02.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (06.03.2020 - kini)

N7 Bukit Kepong YB Datuk Dr. Sahruddin Jamal Menteri Besar Johor ke-17 (14.04.2019 - 27.02.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (16.05.2018 - 13.04.2019)

N9 Gambir YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
N32 Endau YB Alwiyah Talib Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N36 Sedili YB Rasman Ithnain Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N37 Johor Lama YB Rosleli Jahari Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N41 Puteri Wangsa YB Mazlan Bujang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (16.05.2018 - 22.04.2019)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (06.03.2020 - kini)

N43 Permas YB Dato' Che Zakaria Mohd Salleh
N44 Larkin YB Mohd Izhar Ahmad Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (06.03.2020 - kini)
N47 Kempas YB Datuk Osman Sapian Menteri Besar Johor ke-16 (12.05.2018 – 08.04.2019)
N50 Bukit Permai YB Tosrin Jarvanthi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (22.04.2019 - 27.02.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (06.03.2020 - kini)

  Sabah N6 Bandau YB Datuk Wetrom Bahanda
N8 Pintasan YB Fairuz Renddan
N12 Sulaman YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Ketua Menteri Sabah ke-16 (29.09.2020 - kini)

N28 Kawang YB Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N31 Membakut YB Datuk Mohd Arifin Mohd Arif Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N32 Klias YB Datuk Isnin Aliasnih Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N33 Kuala Penyu YB Datuk Limus Jury Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N37 Karanaan YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N46 Nabawan YB Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
N49 Labuk YB Samad Jambri
N68 Apas YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan Berpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14
-- -- YB Datuk Amisah Yassin ADUN Lantikan
-- -- YB Jaffari Waliam ADUN Lantikan
Jumlah Kedah (4), Kelantan (1), Pulau Pinang (4), Perak (5), Selangor (6), Melaka (2), Johor (12), Sabah (13)

KeanggotaanSunting

BERSATU terbuka kepada warganegara Malaysia berstatus pribumi yang berumur 18 tahun ke atas untuk menjadi ahli. Selain itu, ia juga membuka ruang kepada warganegara Malaysia yang bukan pribumi untuk menjadi ahli bersekutu. Permohonan keahlian dibuat dengan cara memohon menerusi kepimpinan cawangan atau permohonan terus menerusi Setiausaha Agong. Ahli parti boleh berhenti menjadi ahli apabila membuat permohonan bertulis, atau mengisytiharkan keluar parti, atau menyertai parti politik lain, atau bertanding dalam pilihan raya tanpa kebenaran parti, atau dipecat atau hilang status kewarganegaraan.

Lagu RasmiSunting

Lagu rasmi BERSATU berjudul "Perjuangan Kita" hasil ciptaan Najwa Mahiaddin telah dilancarkan pada 7 Januari 2017 dalam Majlis Pelancaran Lagu dan Laman Sesawang Rasmi PPBM yang berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor. Lagu rasmi tersebut boleh ditonton di laman Youtube[21].

Pilihan RayaSunting

Pilihan raya umum Malaysia 2018Sunting

Bagi menghadapi Pilihan raya umum Malaysia 2018, BERSATU telah membentuk Pakatan Harapan bersama-sama PKR, DAP dan Amanah. BERSATU telah bertanding sebanyak 52 kerusi Parlimen dan 111 kerusi Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri di Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak, menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat. BERSATU tidak bertanding di Sabah kerana hendak memberikan laluan kepada Parti Warisan Sabah manakala di Sarawak pula BERSATU belum melebarkan sayap di negeri itu ketika itu. Di peringkat DUN pula, BERSATU diberi peluang mengetuai kerajaan negeri Kedah, Johor dan Perak sekiranya PH berjaya memenangi negeri tersebut. Berikut merupakan pembahagian kerusi yang diperoleh BERSATU pada Pilihan raya umum Malaysia 2018.

Jumlah kerusi yang BERSATU bertanding
Parlimen Dewan Undangan Negeri
Negeri Kerusi Negeri Kerusi Negeri Kerusi Negeri Kerusi
Perlis 2 Kedah 6 Perlis 5 Kedah 15
Pulau Pinang 1 Perak 8 Pulau Pinang 4 Perak 15
Kelantan 7 Terengganu 3 Kelantan 13 Terengganu 10
Pahang 6 Wilayah Persekutuan 2 Pahang 10 Wilayah Persekutuan -
Selangor 3 Negeri Sembilan 2 Selangor 9 Negeri Sembilan 6
Melaka 2 Johor 10 Melaka 6 Johor 18
Sabah 0 Sarawak 0 Sabah 0 Sarawak 0
Jumlah 52 Jumlah 111

Keputusan pilihan raya umum yang ditandingi BERSATU (Parlimen)Sunting

Berikut merupakan keputusan pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen yang ditandingi BERSATU dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018.

No. Kawasan Calon Keputusan Bersaing
P001 Padang Besar Izizam Ibrahim Tewas BN-UMNO
P003 Arau Abd Rahman Daud Tewas BN-UMNO
P004 Langkawi Mahathir Mohamad Menang BN-UMNO
P005 Jerlun Mukhriz Mahathir Menang BN-UMNO
P006 Kubang Pasu Amiruddin Hamzah Menang BN-UMNO
P011 Pendang Wan Saiful Wan Jan Tewas PAS
P012 Jerai Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi Tewas PAS
P016 Baling Mohd Taufik Yaacob Tewas BN-UMNO
P019 Tumpat Nordin Salleh Tewas PAS
P022 Pasir Mas Che Ujang Che Daud Tewas PAS
P025 Bachok Mohd Zulkifli Zakaria Tewas PAS
P026 Ketereh Mohd Radzi Md Jidin Tewas BN-UMNO
P028 Pasir Puteh Kamarudin Md Nor Tewas PAS
P029 Machang Sazmi Miah Tewas BN-UMNO
P030 Jeli Azran Deraman Tewas BN-UMNO
P032 Gua Musang Mohd Nor Hussin Tewas BN-UMNO
P033 Besut Wan Nazari Wan Jusoh Tewas BN-UMNO
P034 Setiu Mohd Faudzi Musa Tewas PAS
P038 Hulu Terengganu Razali Idris Tewas BN-UMNO
P042 Tasek Gelugor Marzuki Yahya Tewas BN-UMNO
P054 Gerik Ibrahim Mohd Hanafiah Tewas BN-UMNO
P055 Lenggong Amirul Fairuzzeen Jamaluddin Tewas BN-UMNO
P056 Larut Khairil Anuar Akhiruddin Tewas BN-UMNO
P058 Bagan Serai Adam Asmuni Tewas BN-UMNO
P059 Bukit Gantang Khadri Khalid Tewas BN-UMNO
P063 Tambun Ahmad Faizal Azumu Menang BN-UMNO
P072 Tapah Muhammad Azni Md Ali Tewas BN-MIC
P073 Pasir Salak Salihuddin Radin Sumadi Tewas BN-UMNO
P079 Lipis Badarudin Abd Rahaman Tewas BN-UMNO
P081 Jerantut Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil Tewas BN-UMNO
P084 Paya Besar Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir Tewas BN-UMNO
P085 Pekan Muhammad Zahid Md Arip Tewas BN-UMNO
P086 Maran Ahmad Farid Ahmad Nordin Tewas BN-UMNO
P087 Kuala Krau Mohamad Rafidee Hashim Tewas BN-UMNO
P092 Sabak Bernam Warno Dogol Tewas BN-UMNO
P093 Sungai Besar Muslimin Yahaya Menang BN-UMNO
P095 Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi Tewas BN-UMNO
P119 Titiwangsa Rina Mohd Harun Menang BN-UMNO
P125 Putrajaya Samsu Adabi Mamat Tewas BN-UMNO
P127 Jempol Kamarulzaman Kamdias Tewas BN-UMNO
P129 Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith Menang BN-UMNO
P134 Masjid Tanah Sabirin Ja'afar Tewas BN-UMNO
P135 Alor Gajah Mohd Redzuan Md Yusof Menang BN-MCA
P143 Pagoh Muhyiddin Yassin Menang BN-UMNO
P146 Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menang BN-MCA
P149 Sri Gading Shahruddin Md Salleh Menang BN-UMNO
P151 Simpang Renggam Maszlee Malik Menang BN-UMNO
P154 Mersing Md Nasir Hashim Tewas BN-UMNO
P155 Tenggara Norjepri Mohd Jelani Tewas BN-UMNO
P156 Kota Tinggi Azlinda Abdul Latif Tewas BN-UMNO
P157 Pengerang Norliza Ngadiman Tewas BN-UMNO
P164 Tanjung Piai Mohamed Farid Md Rafik Menang BN-MCA
P165 Pontian Karmanie Sardini Tewas BN-UMNO

Pasca-pilihan raya umum Malaysia 2018Sunting

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2018, terdapat beberapa penambahan kerusi BERSATU selepas penyandang yang menang telah menyertai BERSATU. Berikut merupakan senarai ahli Parlimen dan ADUN yang menyertai BERSATU.

Parlimen Dewan Undangan Negeri
No. Kawasan Penyandang Dari Parti No. Kawasan Negeri Penyandang Dari Parti
P030 Jeli Mustapa Mohamed BN-UMNO N21 Guar Chempedak Kedah Ku Abdul Rahman Ku Ismail BN-UMNO
P038 Hulu Terengganu Rosol Wahid BN-UMNO N37 Air Lanas Kelantan Mustapa Mohamed BN-UMNO
P042 Tasek Gelugor Shabudin Yahaya BN-UMNO N32 Endau Johor Alwiyah Talib BN-UMNO
P056 Larut Hamzah Zainudin BN-UMNO N36 Sedili Johor Rasman Ithnain BN-UMNO
P058 Bagan Serai Noor Azmi Ghazali BN-UMNO N37 Johor Lama Johor Rosleli Jahari BN-UMNO
P092 Sabak Bernam Mohd Fasiah Mohd Fakeh BN-UMNO N8 Usukan Sabah Japlin Akim BN-UMNO
P134 Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin BN-UMNO N10 Sulaman Sabah Hajiji Mohd Noor BN-UMNO
P154 Mersing Abdul Latiff Ahmad BN-UMNO N21 Kawang Sabah Ghulam Haidar Khan Bahadar BN-UMNO
P027 Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz BN-UMNO N24 Membakut Sabah Mohd Arifin Mohd Arif BN-UMNO
P167 Kudat Abdul Rahim Bakri BN-UMNO N25 Klias Sabah Isnin Aliasnih BN-UMNO
P178 Sipitang Yamani Hafez Musa BN-UMNO N27 Lumadan Sabah Matbali Musah BN-UMNO
P177 Beaufort Azizah Mohd Dun BN-UMNO N30 Karanaan Sabah Masidi Manjun BN-UMNO
P183 Beluran Ronald Kiandee BN-UMNO N56 Apas Sabah Nizam Abu Bakar Titingan BN-UMNO
P184 Libaran Zakaria Edris BN-UMNO N49 Sungai Manik Perak Zainol Fadzi Paharudin BN-UMNO
N38 Nabawan Sabah Bobbey Ah Fang Suan UPKO

Krisis politik Malaysia 2020Sunting

Pada pertengahan tahun 2020, telah berlakunya krisis politik Malaysia 2020 yang menyebabkan pertukaran kerajaan Malaysia. Pada Mac 2020, seramai 10 orang ahli Parlimen telah menyertai BERSATU. Berikut merupakan senarai ahli Parlimen dan ADUN yang menyertai BERSATU[22]:

Parlimen Dewan Undangan Negeri
No. Kawasan Penyandang Dari Parti No. Kawasan Negeri Penyandang Dari Parti
P047 Nibong Tebal Mansor Othman PKR N17 Gombak Setia Selangor Muhammad Hilman Idham PKR
P082 Indera Mahkota Saifuddin Abdullah PKR N19 Bukit Antarabangsa Selangor Mohamed Azmin Ali PKR
P098 Gombak Mohamed Azmin Ali PKR N9 Kuala Kurau Perak Abdul Yunus Jamhari PKR
P099 Ampang Zuraida Kamaruddin PKR N43 Tualang Sekah Perak Nolee Ashilin Mohammed Radzi Bebas
P124 Bandar Tun Razak Kamarudin Jaffar PKR
P140 Segamat Edmund Santhara Kumar Ramanaidu PKR
P150 Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon PKR
P179 Ranau Jonathan Yasin PKR
P198 Puncak Borneo Willie anak Mongin PKR
P205 Saratok Ali anak Biju PKR

Kemelut politik Malaysia 2020 juga menyaksikan wakil rakyat BERSATU keluar dari parti sama ada dipecat, keahlian terhenti dan memohon untuk keluar.[23]

No. Kawasan Penyandang Jawatan pernah disandang dalam Kerajaan Catatan
P004 Langkawi Mahathir Mohamad Perdana Menteri (10.05.2018 – 24.02.2020)

Perdana Menteri Interim (24.02.2020 - 29.02.2020)

Keahlian terhenti pada Mei 2020
P005 Jerlun Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah (11.05.2018 – 17.05.2020) Keahlian terhenti pada Mei 2020
P006 Kubang Pasu Amiruddin Hamzah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (22.05.2018 - 02.07.2018)

Timbalan Menteri Kewangan (02.07.2018 – 24.02.2020)

Keahlian terhenti pada Mei 2020
P146 Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menteri Belia dan Sukan (02.07.2018 – 24.02.2020) Keahlian terhenti pada Mei 2020
P151 Simpang Renggam Maszlee Malik Menteri Pendidikan (21.05.2018 – 03.01.2020) Keahlian terhenti pada Mei 2020
P149 Sri Gading Shahruddin Md Salleh, Datuk Dr. Timbalan Menteri Wilayah (2018–2020)

Timbalan Menteri Kerja Raya (Mac–Jun 2020)

Keahlian terhenti pada Julai 2020
N7 DUN Batang Kali, Selangor Harumaini Omar Keluar parti pada Ogos 2020
N12 DUN Jeram, Selangor Mohd Shaid Rosli Keluar parti pada Ogos 2020
N13 DUN Kuang, Selangor Sallehudin Amiruddin Keluar parti pada Ogos 2020

Pilihan raya kecil DUN SemenyihSunting

Pada 2 Mac 2019, telah berlaku pilihan raya kecil di DUN Semenyih, Selangor yang kosong disebabkan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor. Dalam pilihan raya tersebut, BERSATU telah bertanding mewakili PH. Bersatu menghantar calonnya Muhammad Aiman Zainali, namun tewas kepada Barisan Nasional dengan calonnya Zakaria Hanafi dari UMNO.

Pilihan raya kecil Selangor: DUN Semenyih 2019
Tahun Kawasan Calon Undi Lawan Undi Majoriti
2019 DUN Semenyih, Selangor Muhammad Aiman Zainali (PH-Bersatu) 17,866 Zakaria Hanafi (BN-UMNO) 19,780 1,914
Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) 847
Kuan Chee Heng (Bebas) 725

Pilihan raya kecil Parlimen Tanjung PiaiSunting

Pada 16 November 2019, telah berlaku pilihan raya kecil di Parlimen Tanjung Piai, Johor yang kosong disebabkan kematian penyandangnya, Mohamed Farid Md Rafik. Dalam pilihan raya tersebut, BERSATU telah bertanding mewakili PH. Bersatu menghantar calonnya Karmaine Sardini, namun tewas kepada Barisan Nasional dengan calonnya Wee Jeck Seng dari MCA.

Pilihan raya kecil Johor: Parlimen Tanjung Piai 2019
Tahun Kawasan Calon Undi Lawan Undi Majoriti
2019 Parlimen Tanjung Piai Karmaine Sardini (PH-Bersatu) 10,380 Wee Jeck Seng (BN-MCA) 25,466 15,086
Wendy Subramaniam (Gerakan) 1,707
Badhrulhisham Abdul Aziz (BERJASA) 850
Ang Chuan Lock (Bebas) 380
Faridah Aryani Abd Ghaffar (Bebas) 32

Lihat JugaSunting

Pautan luarSunting

RujukanSunting

  1. ^ Malaysiakini (2020-02-24). "Muhyiddin: Bersatu quits Harapan". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-27.
  2. ^ Tan Sri Muhyiddin, Mukhriz dipecat, Shafie digantung jawatan
  3. ^ Mukhriz Mahathir letak jawatan MB Kedah
  4. ^ Penyata rasmi Dewan Rakyat 05 April 2018
  5. ^ Shafie Apdal umum parti baharu Parti Warisan Sabah
  6. ^ Tan Sri Muhyiddin daftar Parti Bersatu
  7. ^ Tan Sri Muhyiddin umum parti baharu, serah borang pendaftaran
  8. ^ Bersatu Diterajui Tujuh Bekas Pemimpin Umno MStar
  9. ^ Sijil Kelulusan Penubuhan
  10. ^ PPBM Dibubarkan Sementara
  11. ^ ROS bubar PPBM jika gagal adakan AGM
  12. ^ ROS akan keluar notis pembubaran PPBM
  13. ^ Tun M: PPBM ada pelan lain jika dibubarkan RoS
  14. ^ a b Saifullah Ahmad [1] Sinar Harian
  15. ^ FMT Reporters (26 Mac 2020). "Muhyiddin sah Hamzah SUA PPBM baru ganti Marzuki". Free Malaysia Today. Diarkib daripada yang asal pada 26 Mac 2020. Dicapai pada 26 Mac 2020.
  16. ^ Penyandang jawatan, Mukhriz Mahathir telah dipecat daripada Bersatu pada 28 Mei 2020. Rujuk: Astro Awani (28 Mei 2020). "Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain dipecat dari Bersatu". Astro Awani. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  17. ^ "Senarai Ahli Dewan Negara". Parlimen Malaysia. Dicapai pada 22 November 2014.
  18. ^ a b Saifullah Ahmad Perikatan Nasional sah perintah Perak Sinar Harian
  19. ^ 27 ahli PKR dipecat, keluar parti sejak PH tumbang Berita Harian
  20. ^ Gombak Setia state rep joins Bersatu The Star
  21. ^ https://www.youtube.com/watch?v=y27C10cztCc
  22. ^ BERNAMA (11 Mac 2020). "Azmin sah sertai Bersatu". Sinar Harian. Dicapai pada 29 Mei 2020.
  23. ^ Raiham Mohd Sanusi (28 Mei 2020). "Lima ahli MPT Bersatu termasuk Tun M dipecat daripada parti". Sinar Harian. Dicapai pada 29 Mei 2020.