Abdul Yunus Jamhari
YB Dato' Abdul Yunus Jamahari merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N9 Kuala Kurau yang terletak dalam parlimen Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
YB Dato' Abdul Yunus Jamhari DPMP (Perak) | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Kuala Kurau | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 2008 – 17 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Mohd Salleh Mat Disa |
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
Dalam jawatan 30 Disember 2020 – 17 Oktober 2022 | |
Menteri Besar | Saarani Mohamad |
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
Dalam jawatan 31 Mac 2020 – 6 Disember 2020 | |
Menteri Besar | Ahmad Faizal Azumu |
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
Dalam jawatan 19 Mei 2018 – 10 Mac 2020 | |
Menteri Besar | Ahmad Faizal Azumu |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kuala Kurau, Perak | 23 September 1972
Parti politik | ![]() ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | Perikatan Nasional |
Beliau terpilih dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan parti PKR setelah menewaskan penyandang Mohd. Salleh Mat Disa dari BN dengan majoriti 467 undi. Mohd. Salleh kemudian mengemukakan petisyen bagi membatalkan keputusan ini namun ditolak mahkamah.[1] Walau bagaimanapun, beliau telah mengikut jelajah Azmin Ali dan menyertai parti BERSATU yang terlibat dalam Perikatan Nasional pada March 2020.
Bekas pegawai imigresen, Datuk Abdul Yunus Jamahri merupakan ADUN Kuala Kurau Perak selama tiga Penggal.
Beliau dahulunya pernah menjadi guru sandaran selama dua tahun kini menyandang portfolio EXCO Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil dan EXCO Pertanian Perikanan Perladangan dan Sekuriti Makanan.
Semasa di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, beliau pernah dilantik EXCO Kemudahan Awam dan Insfrastruktur, Pertanian dan Peladangan pada 2018 hingga 2019.
Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) ini merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Perikatan Nasional (PN) Negeri Perak 2021.
Beliau sebelum ini merupakan ahli PKR meneruskan perjuangan parti politik bersama Bersatu setelah menyertainya pada tahun 2020.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak ini pernah menjadi Ketua Cabang Keadilan Parit Buntar, Ketua Cawangan Batu 14 Kuala Kurau (Keadilan), Setiausaha Cabang Keadilan Parit Buntar juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP Dipilih) Keadilan.
Berusia 49 tahun, beliau pernah diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri (JPRN) Keadilan Perak selama lima tahun.
Kerjaya:
- ADUN Kuala Kurau (2008-kini)
- EXCO Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil (2020-2021)
- EXCO Pertanian Perikanan Perladangan dan Sekuriti Makanan (2020)
- EXCO Kemudahan Awam dan Insfrastruktur, Pertanian dan Peladangan (2018-2019)
- Pegawai Imigresen (1994 - 1998)
- Guru Sandaran (1993 - 1994)
Jawatan dalam parti:
- AJK Perikatan Nasional Negeri Perak 2021
- Ketua Cawangan Batu 14 Kuala Kurau (Keadilan) (1999 - 2019)
- Ketua Cabang Keadilan Parit Buntar (2008 - 2018)
- Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Negeri (JPRN) Keadilan Perak (2014 - 2018)
- Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Perak (2010 - 2018)
- Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP Dipilih) Keadilan (2014 - 2018)
- Ahli Majlis Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan Negeri Perak (2014 - 2018)
- Setiausaha Cabang Keadilan Parit Buntar (2004 - 2008)
- Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Perak (2010 - 2014)
- Ahli Bersatu (2020-kini)
Penglibatan dalam sosial dan badan bukan berkanun:
- Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (Pkn) Negeri Perak (2019 - 2021)
Pendidikan:
- SMK Seri Kurau Bagan Serai Perak (1985 - 1988)
- SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar Perak (1988 - 1991)
Anugerah Sunting
- Perak Darul Ridzuan
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) - Dato'[2]
Rujukan Sunting
- ^ "Mahkamah tolak dengan kos 3 petisyen pilihan raya di Perak". Utusan Malaysia. 8 Ogos 2008. Dicapai pada 28 Mei 2009.[pautan mati kekal]
- ^ 254 penerima darjah, pingat sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak