Abdul Rashid Asari

YB Datuk Abdul Rashid Asari adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADN Selat Klang. Beliau pernah berkhidmat sebagai EXCO Selangor dari tahun 2018-2020.

YB Datuk

Abdul Rashid Asari

PSD; SMS, JP (Selangor); CLP (UM)
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Selat Klang
Memegang jawatan
26 Jun 2018
Didahului oleh Halimah Ali
Majoriti8,325 (PRU-15)
500 (PRU-14)
Ketua
Badan Pimpinan Negeri Selangor
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Dalam jawatan
3 November 2016 – 29 Januari 2024
PresidenMahiaddin Yassin
Timbalan
Digantikan olehAzmin Ali
Pengerusi
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Dalam jawatan
1 Jun 2020 – 14 Ogos 2022
MenteriFadillah Yusof
Didahului olehZohari Akob
Digantikan olehHasni Mohammad
Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Kebudayaan dan Pelancongan,
Peradaban Melayu dan Warisan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
14 Mei 2018 – 5 Mac 2020
Menteri BesarAmirudin Shari
Digantikan olehMohd Zawawi Ahmad Mughni
Naib Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Dalam jawatan
3 November 2016 – 23 Ogos 2020
Berkhidmat dengan
Ab Rashid Ab Rahman
Hamidah Osman (2016-2017)
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehRonald Kiandee
Radzi Jidin
Rafiq Naizamohideen
Butiran peribadi
LahirAbdul Rashid bin Asari
(1951-10-17) 17 Oktober 1951 (umur 72)
Parti politik BERSATU (2016-)
UMNO (-2016)
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional (2020-)
Pakatan Harapan (2016-2020)
Barisan Nasional (-2016)
KediamanShah Alam
PekerjaanAhli politik
Profesion

Kerjaya politik sunting

Beliau telah dilantik sebagai Naib Presiden BERSATU pada 3 November 2016 lalu. Pada PRU14, beliau telah bertanding di kerusi DUN Selat Klang dan telah berjaya memenangi kerusi tersebut dalam pertandingan 5 penjuru.[1]

Setelah memenangi kerusi DUN Selat Klang, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.[2]

Pada 5 Mac 2020, beliau telah digugurkan dari barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor kerana parti beliau, BERSATU tidak lagi menjadi parti komponen dalam parti Pakatan Harapan.[3]

Pada 7 Mac 2020 Pengerusi Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari tidak lagi memegang jawatan sebagai Exco di Selangor. Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari mengesahkan keputusan diambil selepas perbincangan bersama pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) negeri.

Dakwaan sunting

Pada 28 Mei 2020, Polis akan memanggil Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari dan beberapa individu lain bagi membantu siasatan berhubung sekeping gambar yang tersebar di laman sosial semalam. Gambar beramai-ramai itu dikatakan dirakam sempena sambutan Aidilfitri yang dipercayai membabitkan ADN berkenaan.

Keputusan pilihanraya sunting

Dewan Negeri Selangor[4]
Tahun Dewan Negeri Kerajaan Undi Pembangkang Undi
2018 Selat Klang Abdul Rashid Asari (PKR) 12,266 Halimah Ali (PAS) 11,766
Dr. Mohd Khairi Hussin (BN) 9,949
W. Jeichandran (PSM) 52
Zainal Azwar Kamaruddin (Bebas) 49

Pautan luar sunting

Abdul Rashid Asari di Facebook

Rujukan sunting

  1. ^ "Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N44 SELAT KLANG Selangor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-03. Dicapai pada 2018-08-03.
  2. ^ EXCO Selangor 2018
  3. ^ 9 Exco kekal, wakil BERSATU digugurkan di Selangor
  4. ^ "Profil calon PRU 14". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-03. Dicapai pada 2018-08-03.