Buka menu utama

YB Dato' Haji Mohd Fasiah Haji Mohd Fakeh adalah merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Sabak Bernam, Selangor sejak 2013[1] ketika masih bersama dalam parti gabungan Barisan Nasional, iaitu UMNO. Bagaimanapun, pada 2019, beliau telah keluar meninggalkan parti UMNO untuk menyertai BERSATU, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Yang Berhormat Dato' Haji
Mohd Fasiah Haji Mohd Fakeh
DIMP (Pah); KMN
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Sabak Bernam
Memegang jawatan
16 Julai 2018
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Abd Rahman Bakri
Butiran peribadi
Parti politikParti Pribumi Bersatu Malaysia Logo.png BERSATU (2019-kini)
UMNO (2013-2019)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan-harapan-logo.jpg Pakatan Harapan Pakatan Harapan
PasanganDatin Hajah Mahayani Abd Ghani
PekerjaanAhli politik

PolitikSunting

UMNOSunting

Beliau telah menjadi Ahli Parlimen buat kali pertama pada tahun 2013 ketika berada di dalam UMNO. Setelah memenangi kerusi tersebut, beliau meneruskan tugas selaku wakil rakyat yang telah dipilih dan telah mengangkat sumpah jawatan untuk penggal kedua di Parlimen Malaysia pada 16 Julai 2018[2] lalu. Namun, beliau telah bersama-sama dengan 5 orang Ahli Parlimen dari UMNO telah mengumumkan untuk keluar dari parti tersebut dan menjadi wakil rakyat yang bebas.[3]

BERSATUSunting

Selepas menjadi Ahli Parlimen bebas, beliau telah memohon untuk menyertai BERSATU. Pada 12 Februari 2019, keenam-enam bekas ahli UMNO yang memohon keahlian parti BERSATU telah diterima masuk dan telah diberikan kad keahlian oleh Pengerusi, Tun Dr. Mahathir Mohamad disaksikan oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[4]

Keputusan pilihan rayaSunting

Parlimen Malaysia[5]
Tahun Parlimen Kerajaan Undian % Lawan Undian % Jumlah Mengundi Majoriti Keluar Mengundi
2013 Sabak Bernam Mohd Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) 16,387 Dr Abdul Aziz Bari 14,743 31,697 37,318
2018 Sabak Bernam Mohd Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) 12,862 Datuk Warno Dogol (PKR) 11,188 40,863 33,915
Muhammad Labib Abd. Jalil (PAS) 9,300

AnugerahSunting

Pautan luarSunting

RujukanSunting