Afif Bahardin
Dr. Afif Bahardin (lahir 13 Mei 1985 di Selangor, Malaysia) merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia setelah dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.
Afif Bahardin ADUN; MD | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Seberang Jaya | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 5 Mac 2023 | |
Didahului oleh | ![]() |
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri berasaskan Agro, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 9 Mei 2014 – 4 Mei 2020 | |
Didahului oleh | Law Choo Kiang |
Digantikan oleh | Norlela Ariffin |
Timbalan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat | |
Dalam jawatan 22 Ogos 2014 – 15 November 2018 | |
Didahului oleh | Khairul Anuar Ahmad Zainuddin |
Digantikan oleh | Hilman Idham |
Butiran peribadi | |
Lahir | Shah Alam, Selangor, Malaysia | 13 Mei 1985
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Mardhiah Zakaria |
Anak-anak | Aaina Sofea Afif Ar-Rayyan Afif |
Alma mater | Universiti Teknologi Mara |
Pekerjaan | Ahli Politik dan Pegawai Khas kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri |
Profesion | Doktor |
Laman web rasmi | www |
Latar belakang sunting
Beliau dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Muda Seksyen 4 Shah Alam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam sehingga tingkatan 3. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA Lenggong, Perak dan mendapat pendidikan universiti di Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan & pembedahan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Selangor Business School, UNISEL.
Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai perubatan di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Sungai Buloh. Pada bulan Oktober 2010, Afif berkahwin dengan Mardhiah Zakaria. Pasangan ini dikurniakan tiga orang anak.
Kerjaya politik sunting
Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sunting
Pada tahun 2013, Afif dicalonkan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding kerusi DUN Seberang Jaya, Pulau Pinang semasa Pilihan raya umum Malaysia 2013. Dr. Afif berjaya memenanginya dengan majoriti 2,459 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional, Mohammad Nasir Abdullah dan calon bebas, Shamsut Tabrej GM Ismail Maricar.
Pada 9 Mei 2013, Dr. Afif dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pulau Pinang (Exco) untuk Pertanian dan Industri berasaskan Agro, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan menggantikan Law Choo Kiang yang dilantik sebagai Speaker baru Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.[1]
Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat sunting
Dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2014, Dr. Afif dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda.[2]
Pada Pemilihan Parti KEADILAN 2018, beliau telah bertanding dalam saingan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan. Namun begitu tewas di tangan YB Akmal Nasir.
Pembentukan Pemuda Negara sunting
YB Dr. Afif Bahardin telah mengikut langkah Azmin Ali untuk memberi sokongan kepada Perikatan Nasional, telah menubuhkan sebuah NGO yang bernama Pemuda Negara. NGO ini berhasrat untuk menjadi wadah bagi suara anak muda daripada pelbagai bangsa berdasarkan prinsip demokrasi, keadilan dan kemakmuran bersama. [3]
Keputusan pilihan raya sunting
Tahun | Konstituensi | Kerajaan | Undian | % | Pembangkang | Undian | % | Jumlah mengundi | Majoriti | Keluar mengundi | Nota | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | N10 Seberang Jaya | Afif Bahardin (PKR) | 14,148 | 54.23% | Mohammad Nasir Abdullah (UMNO) | 11,689 | 44.81% | 26,362 | 2,459 | 88.20% | [perlu rujukan] | ||
Shamsut Tabrej GM Ismail Maricar (Independent) | 251 | 0.96% | |||||||||||
2018 | Afif Bahardin (PKR) | 16,014 | 53.12% | Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin (UMNO) | 8,593 | 28.50% | 30,496 | 7,421 | 85.8% | [perlu rujukan] | |||
Ahmad Rafaei Rashid (PAS) | 5,540 | 18.38% |
Rujukan sunting
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-18. Dicapai pada 2015-06-08.
- ^ http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/Analysis/Profile/Articles/2014/05/06/Azmin-starts-to-flex-his-muscles/
- ^ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/04/17/a-new-ngo-emerges-said-to-be-front-for-azmins-faction-to-gain-support-from/1857624/
- ^ "Malaysian Election Data". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-08. Dicapai pada 12 May 2013. Percentage figures based on total turnout.