Azli Yusof
YB Tuan Azli Yusof (Jawi: ازلي يوسف; lahir 15 Mac 1967) adalah merupakan Ahli Parlimen Shah Alam yang memenangi kerusi tersebut pada tahun 2022 lalu. Beliau juga adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dari Julai 2018 hingga Februari 2020. Beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 2018 hingga 2020 dan sebagai Ahli Majlis MBSA, Majlis Bandaraya Shah Alam selama 6 tahun (2009 hingga 2012, 2014 hingga 2015). Beliau dipilih sebagai Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Shah Alam sejak AMANAH ditubuhkan pada 2016 hingga hari ini. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Selangor sejak 2019. Sepanjang menjadi Ahli Lembaga Penasihat DBKL dan Ahli Majlis MBSA, Azli terlibat dalam pelbagai jawatankuasa tetap utama termasuk Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Kejuruteraan dan Bangunan, Jawatankuasa One Stop Centre (OSC), Jawatankuasa Audit dan Penilaian Dalaman, Jawatankuasa Bandar Pintar serta Jawatankuasa Pelesenan dan Penguatkuasaan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk bagi Zon 1 meliputi Seksyen 2, 3, 4, 14 dan Pusat Bandaraya Shah Alam serta Zon 6 meliputi Seksyen 17, 18 dan Padang Jawa.
YB Tuan Haji Azli Yusof AP | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Shah Alam, Selangor | |
Memegang jawatan 19 November 2022 | |
Didahului oleh | Khalid Samad |
Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor | |
Dalam jawatan 2019–2022 | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Pengerusi AMANAH Selangor | Izham Hashim |
Didahului oleh | Saari Sungib |
Butiran peribadi | |
Lahir | Sungai Besar, Selangor | 15 Mac 1967
Pasangan | Noraini Abu Bakar |
Anak-anak | 4 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Keputusan Pilihan Raya
suntingYear | Constituency | Votes | Pct | Opponent(s) | Votes | Pct | Ballots cast | Majority | Turnout | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | P108 Shah Alam, Selangor | Azli Yusof (AMANAH) | 61,409 | 45.93% | Afif Bahardin (BERSATU) | 43,314 | 31.90% | 137,082 | 18,095 | 81.92% | ||
Isham Jalil (UMNO) | 28,266 | 20.82% | ||||||||||
Templat:Party shading/Party of Homeland's Fighters | | Muhammad Rafique Rashid Ali (PEJUANG) | 2,781 | 2.05% |
Pendidikan
suntingAzli berkelulusan ijazah Pengurusan Kejuruteraan dari University of Missouri-Rolla USA (1990), dan memperolehi sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Logistik) dari UNISEL (2010).
Kerjaya
suntingAzli mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam industri global khususnya berkaitan pengurusan projek & reka bentuk perindustrian dalam industri pembinaan dan logistik. Beliau ditugaskan untuk mengendalikan projek gabungan bernilai lebih RM100 juta setahun. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengarah projek bagi Rantau Asia Tenggara dengan DEXION ASIA.
Penglibatan Komuniti, Sosial dan Kemanusiaan
suntingAzli dilantik sebagai Nazir Masjid Jamek Tun Raja Uda, Seksyen 16 Shah Alam pada tahun 2012. Beliau juga pernah diberi tanggungjawab sebagai Imam Surau At-Taqwa Seksyen 7 Shah Alam. Beliau juga merupakan pengasas dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Sekolah Rendah Islam Pintar, Shah Alam sejak tahun 1999. Beliau adalah salah seorang pengasas Muslim Care Malaysia, sebuah NGO kemanusiaan tanpa sempadan pada tahun 2005 dan kemudian pada tahun 2014 beliau bersama-sama mengasaskan Salam Relief yang juga merupakan satu lagi NGO berasaskan kemanusiaan. Beliau terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan di Shah Alam serta di seluruh Selangor dan negeri-negeri lain. Beliau juga pernah terlibat dengan misi bantuan antarabangsa seperti semasa Tsunami di Acheh, Sumatera dan gempa bumi di Bantul Jogjakarta.
Lain-lain Afiliasi
sunting- Pakatan Harapan (2015-kini)
- Malaysia Islamic Society of North America [MISNA] (Pengasas bersama, 1990)
- Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), (Naib Presiden, 2019-kini)
- Persatuan Muslim Care Malaysia (Pengasas bersama, 2005)
- Salam Relief (Pengasas bersama, 2014)
Pasangan
suntingNoraini Abu Bakar (Pesara Guru)
sunting- SMK Seksyen 9 Shah Alam, SMK Taman Medan (terakhir sebelum bersara)
- Ahli Majlis Mesyuarat Masjid Negeri Selangor
- Penolong Setiausaha Persatuan Muballighat Negeri Selangor (hingga Jun 2022)
Anak-Anak
sunting4 orang
Pekerjaan
suntingPengarah Projek bagi Rantau Asia Tenggara, DEXION ASIA