Isham Jalil

Pranav pathri

Hizatul Isham bin Abdul Jalil atau lebih dikenali sebagai Isham Jalil, ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di bawah pimpinan Presiden Ahmad Zahid Hamidi sejak Jun 2022. [1] Pada November 2022, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO bagi menggantikan Shahril Sufian Hamdan yang telah meletakkan jawatan.[2] Pada pemilihan UMNO tahun 2022, Isham telah bertanding ke jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan telah menang dengan majoriti undi di 101 bahagian UMNO di seluruh negara. Pada 6 Disember 2023, Isham telah dipecat sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Perkara itu dimaklumkan seorang pemimpin UMNO yang turut hadir pada mesyuarat MKT UMNO malam tadi, namun meminta namanya tidak disiarkan. [3]

Isham Jalil
Ahli Majlis Kerja Tertinggi
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Dalam jawatan
24 Jun 2022 – 6 Disember 2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Ketua Penerangan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Dalam jawatan
20 November 2022 – 21 Mac 2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehShahril Sufian Hamdan
Digantikan olehAzalina Othman
Butiran peribadi
LahirHizatul Isham bin Abdul Jalil
Selangor, Malaysia
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Alma materUniversiti Bristol
The Wharton School (MBA)
Universiti Harvard (MPA)
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmiBiodata

Facebook

TikTok

Pendidikan sunting

Beliau menamatkan pengajian Sarjana Muda Kelas Pertama (Kejuruteraan) di Universiti Bristol dan menamatkan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dalam bidang kewangan di The Wharton School, Universiti Pennsylvania dan juga Sarjana Dasar Awam (Politik, Ekonomi dan Undang-undang) dari Universiti Harvard.[4]

Kerjaya sunting

Isham Jalil pernah berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri di bawah bekas Perdana Menteri yang ke-6, Najib Razak dimana beliau ditugaskan menjadi Pegawai Khas Kepada YAB Perdana Menteri,[5] dan juga Pengarah (JUSA B) di Pejabat Perdana Menteri.[6] Isham juga pernah berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Sebelum itu, beliau menjadi Pengurus dan Eksekutif di Tenaga Nasional Berhad selama 9 tahun.

Kerjaya Politik sunting

Isham Jalil bergerak aktif bersama parti Barisan Nasional dan UMNO[7]. Sebelum menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, beliau adalah Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor.[8] Dalam pilihan raya umum 2022, beliau telah dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi parlimen Shah Alam.[9]

Keputusan Pilihan Raya sunting

Parlimen Malaysia: P108 Shah Alam, Selangor
Tahun Calon Undian Peratusan Lawan Undian Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2022 Isham Jalil (BN) 28,266 20.82% Azli Yusof (PH) 61,409 45.23% 136,689 18,095 82.44%
Afif Bahardin (PN) 43,314 31.90%
Muhammad Rafique Rashid Ali (PEJUANG) 2,781 2.05%

Rujukan sunting

  1. ^ Isham Jalil appointed to Umno Supreme Council
  2. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1028897/isham-jalil-dilantik-ketua-penerangan-umno-baharu
  3. ^ MKT UMNO pecat Isham Jalil
  4. ^ "Biodata Isham Jalil". 6 November 2022. Dicapai pada 6 November 2022.
  5. ^ Former Special Officer to the Prime Minister a Chief Minister Candidate?
  6. ^ "PM's aide prospective candidate for S'gor MB post". Malaysia Kini. 24 March 2018. Dicapai pada 6 November 2022.
  7. ^ "UMNO Shah Alam sokong Isham Jalil calon PRU15". Sinar Harian. 1 November 2022. Dicapai pada 6 November 2022.
  8. ^ Isham Jalil is the new Information Chief of BN Selangor
  9. ^ "GE15: Barisan's Isham in four-cornered fight for Shah Alam". The Star. 5 November 2022. Dicapai pada 6 November 2022.

Pautan Luar sunting