Khazan Che Mat
Yang Berhormat Tuan Haji Khazan Che Mat ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Terengganu. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu sejak 24 September 2023[1]. Beliau merupakan ADUN Terengganu bagi DUN Seberang Takir sejak 2023. Beliau juga pernah menjadi ADUN bagi DUN Batu Rakit selama dua penggal pada 2004 hingga 2008 dan 2008 hingga 2013. Semasa menjadi ADUN Batu Rakit, beliau pernah dilantik mengganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi portfolio Agama dan Penerangan pada 2008 hingga 2013.
Khazan Che Mat ADUN | |||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu | |||||||||||||||||||||||
Memegang jawatan 24 September 2023 | |||||||||||||||||||||||
Yang di-Pertua | Mohd Nor Hamzah | ||||||||||||||||||||||
Kawasan pilihan raya | Seberang Takir | ||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Butiran peribadi | |||||||||||||||||||||||
Lahir | Khazan bin Che Mat 9 Januari 1969 Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, Terengganu, Malaysia | ||||||||||||||||||||||
Alma mater | Universiti Jordan |
Latar belakang sunting
Khazan telah melanjutkan pengajian di Universiti Jordan dalam sarjana muda Bahasa Arab/Syariah. Beliau memulakan kerjayanya pada 1995 sebagai Penolong Pengarah Pendidikan di Yayasan Islam Terengganu sehingga 2004[2].
Keputusan pilihan raya sunting
Tahun | DUN | Nama | Parti | Undi | Nama | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Batu Rakit | Khazan Che Mat | BN (UMNO) | 5,266 | Abu Bakar Chik | PAS | 3,576 | 1,690 |
2008 | Batu Rakit | Khazan Che Mat | BN (UMNO) | 5,590 | Shamsudin Abd.Wahab | PAS | 4,104 | 1,486 |
2023 | Seberang Takir | Khazan Che Mat | PN (Bersatu) | 12,156 | Ahmad Razif Abd Rahman | BN (UMNO) | 9,359 | 2,797 |
Rujukan sunting
- ^ MOKTAR, NURFARDLINA IZZATI (2023-09-24). "Mohd Nor dilantik speaker DUN Terengganu". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-09-24.
- ^ "YB Ustaz Khazan Bin Che Mat @ [IQGROUP]: IQ GROUP HOLDINGS BHD | Corporate Figure or Shareholder". klse.i3investor.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-24.