Datuk Haji Mohd Jidin Shafee merupakan bekas Ahli Parlimen Setiu dan bekas ADUN Permaisuri. Beliau dilahirkan pada 4 April 1956, di Kuala Terengganu. Hasil perkahwinan beliau bersama Datin Hajjah Zaimah bt. Ab. Aziz, mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata

Datuk Haji

Mohd Jidin bin Shafee
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Permaisuri
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului oleh Abd Halim Jusoh
Digantikan oleh Abd Halim Jusoh
Majoriti2,928 (PRU-13)
Ahli Parlimen Setiu
Dalam jawatan
2008–2013
Didahului oleh Mohd Yusop Majid
Digantikan oleh Che Mohamad Zulkifly Jusoh
Majoriti7,232 (PRU-12)
Butiran peribadi
Lahir (1956-04-04) 4 April 1956 (umur 68)
Terengganu Kuala Terengganu, Terengganu
Parti politik Barisan Nasional
( UMNO)
PasanganDatin Hajjah Zaimah bt. Ab. Aziz

Pengajian beliau bermula di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin dalam bidang Sijil Pengajian Islam. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) yang diambil ketika belajar di Universiti Sains Malaysia. Kemudiannya beliau meneruskan pengajian untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan awam di Institut Tadbir Awam Negara dengan mengambil Sijil Pengurusan Awam

Kerjaya beliau bermula sebagai Penolong Kaji Cuaca (Persekutuan) dan seterusnya mengorak langkah dalam perkhidmatan awam ke jawatan yang lebih tinggi. Beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada tahun 1991. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Terengganu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Wilayah pada tahun 2008.

Antara jawatan beliau dalam komponen Parti UMNO ialah Ketua UMNO Bahagian Setiu, Terengganu. Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Pengerusi Biro Latihan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Ahli Jawatankuasa Biro Latihan UMNO Malaysia dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Setiu, Terengganu. Selain itu beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Beliau juga pernah menerima anugerah Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada tahun 2001. Pada tahun 2007, beliau menerima Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk. Beliau juga antara penerima Anugerah Pangkat Kolonel Kehormat RELA dan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Generasi Baru FELDA (ABFM) Malaysia 2007.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Mohd. Pauzi Muda dengan majoriti sebanyak 7,232 undi. Beliau memperolehi 26,610 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 19,378 undi.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting