Yang Berhormat Haji Mohd Yusop Majid ialah seorang ahli politik di Malaysia yang berbangsa Melayu. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu di DUN Permaisuri mewakili Perikatan Nasional[1] pada tahun 2023. Beliau juga merupakan Ketua Bahagian BERSATU Setiu.

Yang Berhormat Haji

Mohd Yusop Majid
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Negeri Terengganu
Memegang jawatan
2023
PengerusiAriffin Deraman
PortfolioKeusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna
Kawasan pilihan rayaPermaisuri
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Permaisuri
Memegang jawatan
2023
Didahului oleh Abd Halim Jusoh
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Setiu
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului oleh Che Ghani Che Ambak
Digantikan oleh Mohd Jidin Shafee
Butiran peribadi
Lahir (1963-03-24) 24 Mac 1963 (umur 61)
Terengganu Setiu, Malaysia
Parti politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional
Anak-anak8 orang
KediamanTerengganu Besut, Malaysia
Pendidikan-Sekolah Kebangsaan Banggol
-Sekolah Menengah Agama Ittifakiah
-Kolej Islam Sultan Alam Shah
-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanPeguam di Rushdi Yusop & Partners, Jertih

Awal pengajian beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Banggol. Di peringkat menengah mendapatkan pengajian di SMA Ittifakiah. Seterusnya, menyambung tingkatan 4 di Kolej Islam Klang. Beliau menyambung pendidikan tinggi di UIAM dengan memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian). Beliau merupakan antara pelajar pertama pengambilan di Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws pada tahun 1983. Setelah menghabiskan pengajian pada tahun 1987, beliau meneruskan latihan dalam kamar atau chambering dengan Mr. Harban Singh Bal di Temerloh. Selepas menamatkan latihan dalam kamar, beliau meneruskan pekerjaan beliau sebagai Penolong Pengamal Undang-Undang di Firma Tetuan Mahindar & Co, di Temerloh, Pahang. Seterusnya beliau mewujudkan firma guaman sendiri di Jertih, Terengganu iaitu Rushdi Yusop & Partners.

Kini, beliau merupakan Ketua Bahagian BERSATU Daerah Setiu dan AJK Pimpinan BERSATU Negeri Terengganu. Beliau juga memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Negeri Terengganu serta Pengerusi Perikatan Nasional Dun Permaisuri.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Setiu pada tahun 2004-2008. Beliau juga pernah memegang jawatan dalam parti UMNO sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiu, Terengganu dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu.

Beliau telah menerima anugerah Pingat Sultan Mizan Zainal Abidin, Anugerah Tokoh Belia Berjasa Terengganu, Anugerah Tokoh Belia Dan Anugerah Pingat Jasa Belia Dikenang Majlis Belia Malaysia.

Keputusan pilihan raya sunting

Keputusan Pilihan Raya yang ditandingi oleh Mohd Yusop Majid
Tahun Dun Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
2023 N06 Permaisuri Mohd Yusop Majid     PN (Bersatu) 14,837 (Menang) Hamdan Hamzah     BN (UMNO) 7,299 7,538
Tahun Dun Nama Parti Undi Nama Parti Undi Nama Parti Undi Keputusan
2013 N06 Permaisuri Mohd Yusop Majid BEBAS 1,920 Wan Mokhtar Wan Ibrahim   Parti Keadilan Rakyat 6,260 Mohd Jidin Shafie     BN (UMNO) 9,188 Tewas
Tahun Parlimen Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
2004 P34 Setiu Mohd Yusop Majid     BN (UMNO) 23,079 (Menang) Che Ghani Che Ambak   Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 16,383 6,696

Rujukan sunting

  1. ^ KOSMO! (2023-08-12). "PRN: Senarai penuh keputusan DUN Terengganu". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-08-15.