Majlis Belia Malaysia

Majlis Belia Malaysia (MBM) merupakan badan induk yang menyelaras pertubuhan belia dan pelajar di Malaysia. Ia ditubuhkan pada 23 Julai 1948 di Victoria Institution (VI), Kuala Lumpur dengan nama Majlis Belia Malaya.

Majlis Belia Malaysia
مجليس بليا مليسيا
JenisNGO
Ibu pejabatKuala Lumpur,  Malaysia
Penubuhan
Diasaskan23 Julai 1948
Identiti
Orang pentingJufitri Joha (Presiden)
FokusBelia
Laman sesawangwww.belia.org.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Pada 23 Julai 1948, pertemuan seramai 75 orang wakil-wakil pertubuhan di Victoria Institution telah membuka laluan kepada penubuhan Majlis Belia Malaya. Ekoran dari penubuhan Jawatankuasa Khas Sementara Belia ini, Abdul Razak Hussein (Tun) dan Tengku Jaafar telah mewakili Tanah Melayu di Persidangan Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) di Brunei. Bermula dari itulah WAY telah mengiktiraf MBM (sementara) sebagai Jawatankuasa Kebangsaan baginya di Tanah Melayu.

Perwakilan belia yang bersidang pada Julai 1948 telah membincang dan berusaha menubuhkan Majlis Belia Negeri dan Petempatan. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Province Wellesly telah ditubuhkan pada 17 November 1948 dan merupakan Majlis Belia Negeri yang pertama di Tanah Melayu.

Majlis Belia Malaya telah diiktiraf secara rasmi pada 9 September 1950 di Pulau Pinang setelah perlembangaannya diterimapakai. Mesyuarat Agung pertama telah diadakan dengan kehadiran badan-badan gabungan iaitu Majlis Belia Negeri. Pada tahun 1951, Kerajaan telah mengiktiraf Majlis Belia Malaya sebagai Majlis Belia Kebangsaan bagi pertubuhan belia di negara ini.

Senarai presiden sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Lihat juga sunting