Saifuddin Abdullah
YB Dato' Saifuddin Abdullah merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia bermula pada 10 Mac 2020. Beliau juga merupakan bekas Menteri Luar Negeri dan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Beliau juga merupakan pengerusi Akademi Belia, mantan Yang Dipertua Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, PBMUM (1983-1985) dan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002).
Yang Berhormat Dato' Saifuddin Abdullah | |
---|---|
![]() | |
Menteri Komunikasi dan Multimedia | |
Memegang jawatan 10 Mac 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | Yang Berhormat Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin |
Didahului oleh | Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo |
Kawasan pilihan raya | Indera Mahkota |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Indera Mahkota | |
Memegang jawatan 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Pahang | |
Memegang jawatan 5 Januari 2021 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pahang | |
Memegang jawatan 5 Januari 2021 | |
Didahului oleh | Ahmad Faizal Azumu |
Menteri Luar Negeri | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Hussein |
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan | |
Dalam jawatan 2015–2020 | |
Pengerusi | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Saifuddin Nasution Ismail |
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 2013 Berkhidmat dengan Yang Hormat Dato' Sri Dr. Hou Kok Chung (Timbalan I) | |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Temerloh | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mentakab, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 27 Januari 1961
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Norlin Shamsul Bahri |
Ibu | Hajah Ramlah Uda |
Bapa | Ustaz Haji Abdullah Long |
Alma mater | Universiti Malaya |
Pekerjaan | ![]() |
Gaji | RM52,504.48 sebulan[2] |
Nilai bersih | RM1 ke 2.5 juta[2] |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 |
Anugerah | Senarai |
Kehidupan peribadiSunting
Anak jati Temerloh ini dilahirkan pada 1961 di Kg Sungai Ara, Mentakab, kepada pasangan Ustaz Haji Abdullah Long (anak Mengkarak) dan Hajah Ramlah Uda (anak Lebak). Ustaz Haji Abdullah ialah pesara guru agama di beberapa buah sekolah kebangsaan di daerah Temerloh, seperti Sek Keb Bandar Mentakab. Beliau juga pernah mengajar di beberapa buah surau seperti di Kg Mambang Berulang, Taman Saga dan Taman Sri Semantan. Hajah Ramlah pula ialah pesara guru di Sek Keb Chatin, Bandar Mentakab dan Tanjung Lalang.[3]
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Norlin Shamsul Bahri, Penolong Pengurus Ilmu/Pustakawan Zaid Ibrahim & Co, iaitu syarikat guaman terbesar negara. Mereka dikurniai Nur Madihah, kini pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban.
PendidikanSunting
Dato’ Saifuddin mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar Mentakab (1968-73), Kolej Melayu Kuala Kangsar (1974-80), mendapat BA Homours dari Universiti Malaya (1984), Diploma Terjemahan dari Persatuan Penterjemah Malaysia/Dewan Bahasa dan Pustaka (1985) dan mengikuti Kursus Eksekutif di Harvard Business School (1995).
PolitikSunting
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Dato' Saifuddin Bin Abdullah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional.[4] Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Temerloh, negeri Pahang. Dato' Saifuddin Bin Abdullah telah menang dengan mendapat undi sebanyak 21381. Calon lawan ialah Ahmad Nizam bin Hamid dari PKR mendapat 18,940 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 76%. Undi rosak sebanyak 924. Saifuddin Abdullah telah bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2009 dan telah berjaya mendapat undi ke-15 tertinggi. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Ketua Biro Pengajian Tinggi yang diketuai oleh YB Dato Sri Mustapha Mohammad. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh sejak 2009. Beliau telah memperkenalkan Majlis Perundingan Parlimen Temerloh (MPPT) sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Temerloh. Mulai 6 Mac 2010, Parlimen Temerloh bakal menjadi Parlimen pertama di Malaysia yang akan mengaplikasikan Program Transformasi Kerajaan (GTP)iaitu Bidang Keberhasilan Utama (KRA). Ia akan dinamakan sebagai Temerloh Key Result Area (T-KRA).
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Dato' Saifuddin bertanding di P088 Temerloh menentang Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan. Namun beliau gagal mempertahan kerusi yang dimenanginya pada tahun 2008 itu dengan kekalahan tipis. Beliau seterusnya menubuhkan organisasi New Conversation untuk menyokong kebebasan bersuara dan perbincangan yang lebih matang.
Pada tahun 2015, Saifuddin keluar dari UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung ketidaksepakatan dengan pengendalian skandal 1Malaysia Development Berhad.[5][6]
Pada 24 Februari 2020, Saifuddin keluar dari Parti Keadilan Rakyat bersama 8 ahli parlimen lain termasuk Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.
Keputusan pilihan rayaSunting
Tahun | Kawasan perlembagaan | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembagkang | Undi | Peratusan | Buang undi |
Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Temerloh | Saifuddin Abdullah (UMNO) |
21,381 | 53.03% | Ahmad Nizam Hamid (PKR) |
18,940 | 46.97% | 41,463 | 2,441 | 76.77% | ||
2013 | Saifuddin Abdullah (UMNO) |
27,197 | 49.04% | Nasrudin Hassan (PAS) |
28,267 | 50.96% | 56,595 | 1,070 | 85.61% | |||
2018 | Indera Mahkota |
Saifuddin Abdullah (PKR) |
28,578 | 44.85% | Johan Mat Sah (UMNO) |
17,628 | 27.66% | 64,612 | 10,950 | 83.70% | ||
Nasrudin Hassan (PAS) |
17,515 | 27.49% |
AnugerahSunting
RujukanSunting
- ^ Jonathan Yassin, Azmin Now A Bersatu Member
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 28 Oktober 2020.
- ^ Interview by Abdul Qayyum Jumadi; Photos by Lyn Ong. "Where I'm Coming From: Saifuddin Abdullah". POPfolio network : Poskod.MY. Dicapai pada 22 March 2018.
- ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Dicapai pada 9 January 2010.
- ^ Ng, Eileen (15 Oktober 2015). "I left Umno over 1MDB, RM2.6 billion, says Saifuddin". The Malaysian Insider. Diarkib daripada yang asal pada 15 Oktober 2015. Dicapai pada 15 Oktober 2015.
- ^ "Saifuddin gives his reasons for leaving Umno". The Star. 25 October 2015. Dicapai pada 26 October 2015.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya 2004.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkib daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 October 2014.