Dato' Kamarudin bin Jaffar ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak selama sepenggal (2018-2022) dan mantan Ahli Parlimen Tumpat selama tiga penggal (1999-2018).

Dato'

Kamaruddin Jaffar

DSNS (Negeri Sembilan), BCM (Melaka)
Marcin Przydacz, Kamarudin Jaffar (2022)
Timbalan Menteri Luar Negeri
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Saifuddin Abdullah
Digantikan oleh Mohamad Alamin
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Menteri Hishammuddin Hussein
Didahului oleh Marzuki Yahya
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bandar Tun Razak
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Abdul Khalid Ibrahim
Digantikan oleh Wan Azizah Wan Ismail
Majoriti19,930 (2018)
Timbalan Menteri Pengangkutan
Malaysia
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Kelantan Sultan Muhammad V
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Menteri Loke Siew Fook
Didahului oleh Abd Aziz Kaprawi
Digantikan oleh Hasbi Bin Habibollah
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tumpat, Kelantan
Dalam jawatan
20 Disember 1999 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Wan Mohd. Jamil Wan Mahmood
Digantikan oleh Che Abdullah Mat Nawi
Majoriti10,442 (1999)
1,820 (2004)
9,377 (2008)
10,704 (2013)
Setiausaha Agung
Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
2005–2009
Didahului olehNasharudin Mat Isa
Digantikan olehMustafa Ali
Butiran peribadi
Lahir (1952-11-03) 3 November 1952 (umur 71)
Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan
Parti politik UMNO (sehingga 1999)
PAS (1999-2015)
PKR (2015-2020)
BERSATU (2020-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (sehingga 1999)
Barisan Alternatif (1999-2015)
Pakatan Rakyat (2008-2015)
Pakatan Harapan (2015-2020)
Perikatan Nasional (2020-kini)
PasanganDatin Yushazlinda Yaacob (k. 2011)[1]
Datin Kamariah Kamarudin (m. 2009)
Anak-anakNur Adilah
Saiful Adli
Shahid Adli
Nur Shifa
PekerjaanAhli Parlimen, Ahli politik
GajiRM44,873.30 sebulan[2]
Nilai bersihRM10 ke 15 juta[2]
AnugerahSenarai
Laman web rasmiBlog Kamaruddin Jaffar

Biodata

sunting

Lahir pada 3 November 1952 di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. Bersekolah di SRK Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan (1958-1963). Di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1964-1971) beliau belajar bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemudian beliau menyambung pengajiannya di Universiti Kent, Canterbury, England (1972-1974), selepas itu bertukar ke Universiti London (1975-1977).

Kerjaya

sunting
  • Penolong Setiausaha, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (1974-1975)
  • Penyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975-1985)
  • Setiausaha Politik Kepada Timbalan Perdana Menteri,Tun Ghafar Baba ( 1986-1991)

Politik

sunting
  • Exco Pemuda UMNO Malaysia
  • Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan.
  • Ketua Umno Bahagian Tumpat 1998
  • Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sesi 1983-1987
  • Setiausaha Agung PAS Sesi 2005-2007 dan sesi 2007-2009
  • Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sesi 2003-2005
  • AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan 2003-2005
  • Bendahari PAS Kawasan Tumpat (2003 hingga kini)

Keluarga

sunting

Isterinya Kamariah Kamarudin meninggal dunia pada 11 November 2009 kerana kanser usus selepas menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi. Ketika itu, Kamaruddin Jaafar berada di Qatar. Jenazah disembahyangkan di Masjid Nurul Yaqin, SS7 Kelana Jaya dan dikebumikan di Bukit Kiara selepas solat Asar.[3]

Mereka mempunyai empat anak, dua lelaki dan dua perempuan iaitu:-

  1. Nur Adilah
  2. Saiful Adli
  3. Shahid Adli
  4. Nur Shifa

Kamaruddin Jaafar berkahwin buat kali kedua dengan Datin Yushazlinda Yaacob pada 10 Mac 2011 . Majlis akad nikah diadakan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya, Selangor. Isterinya berasal dari Melaka. Turut hadir ialah Mahfuz Omar, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli.

Kerjaya Politik

sunting

Kamaruddin Jaafar seangkatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memajukan Angkatan Belia Islam Malaysia dan Yayasan Anda Akademik di Lembah Pantai berdekatan dengan Universiti Malaya.

Semasa Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan menjadi Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau antara pemimpin utama ABIM yang bertawakal menyertai UMNO dengan niat mentarbiahkan UMNO dari dalam. Ketika inilah beliau dilantik menjadi pengerusi Institut Kajian Dasar, satu badan pemikir yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemimpin ABIM lain yang menyertai UMNO ketika itu ialah Kamaruddin, Anuar Tahir dan Muhammad Nor Manuty dan ramai lagi mengelilingi Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang dikelilingi oleh orang-orang ABIM ini tidak disenangi oleh barisan pemimpin pelapis UMNO seperti Sanusi Junid. Pada 1995 beliau bertanding di Tumpat atas tiket BN/UMNO tetapi tewas kepada calon PAS.

Tahanan ISA

sunting

Pada 22 September 1998, beliau dan 12 pemimpin lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Seksyen 73(1)(A) .[4] Turut ditahan ialah

  1. Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
  2. Ruslan Kassim,Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan
  3. Kamarudin Md Nor, ADUN Semarak
  4. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pemuda UMNO dan ahli parlimen Bagan Datoh
  5. Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden ABIM
  6. Mukhtar Redhuan, Timbalan Presiden ABIM
  7. Shaharuddin Badaruddin, Setiausaha Agung ABIM
  8. Abdul Halim Ismail, Naib Presiden ABIM
  9. Kamarudin Jaffar, Pengerusi Institut Kajian Dasar
  10. Tamunif Mokhtar, Ketua Bahagian UMNO Cheras
  11. Amidi Abdul Manan, Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia (?)
  12. Prof. Dr. Sidek Baba, UIAM

Dipecat UMNO dan menyertai PAS

sunting

Pada 6 Julai 1999, Majlis Tertinggi UMNO memecat sembilan anggota parti, termasuk Ketua Bahagian UMNO Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar, kerana terbabit dengan kegiatan membantu dan menyertai parti pembangkang, ekoran pemecatan rakan ABIMnya, Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghantar surat tunjuk sebab kepada mereka. Turut dipecat ialah Ismail Yusof, Haji Said Othman, Tarmizi Ismail dan Jumri Sabran dari UMNO Bukit Gantang. Abdul Wahab Abdullah (UMNO Johor Bharu), Senator Hamzah Mohd Zain (Chenderoh) dan Saufi Daud dan Mohamad Noor (UMNO Tumpat).[5]

Pada 21 Julai 1999, beliau isytihar menyertai PAS Tumpat semasa ceramah oleh Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat. Baginya, tiada lagi ruang di dalam UMNO untuk melaksanakan politik cara Islam.[6]

Lompat parti

sunting

Pada 11 Sep 2015, Kamaruddin bersama dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah meninggalkan PAS dan menyertai PKR. Ketika pergolakan dalaman PAS pada 2015, beliau dilihat rapat dengan kumpulan serpihan PAS Gerakan Harapan Baru (GHB), yang kemudiannya membentuk Parti Amanah Nasional (AMANAH). Kedua-dua tokoh terbabit berkata, penyertaan mereka ke dalam PKR bertujuan untuk mengukuhkan gabungan baru pembangkang dan pada masa sama tetap bersama AMANAH.

Pada 22 Ogos 2020 semasa majlis Kongres Negara 2020, Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa seramai 10 orang ahli parlimen menyertai parti Bersatu termasuk beliau. Selain itu, sembilan lagi yang lain ialah Azmin Ali (Gombak), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Seri Rashid Hasnon (Batu Pahat), Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo).

Pilihan raya Umum Malaysia

sunting
  1. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 jumlah pengundi di Parlimen Tumpat, Kelantan ialah 48,419. Kamarudin bin Jaffar melalui tiket parti PAS mendapat undi 23,218 atau 64.5 % dan meningkat 11.6%. Saingannya Noor Zahidi bin Omar dari Barisan Nasional hanya mendapat 12,776 undi atau 35.5 %. Menurut 11.6 %.
  2. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 beliau menang buat penggal kedua berturut-turut di Parlimen Tumpat.
  3. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Kamarudin Jaffar selaku Setiausaha Agung PAS, menang buat penggal ketiga di Tumpat mengalahkan Calon BN, Dr Asyraf Wajdi Hj Dusuki dengan majoriti 9,377. Kamarudin memperoleh 36,714 undi manakala Asyraf memperoleh 27,337 undi.
  4. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013, Kamarudin Jaffar berjaya memenangi kerusi Parlimen Tumpat buat penggal ke-4 mengalahkan calon BN, Mansur Saleh dengan majoriti 10,614. Kamarudin memperoleh 46,141 undi manakala Mansur Saleh memperoleh 35,527 undi.

Keputusan pilihan raya umum Malaysia

sunting
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Bandar Tun Razak Kamarudin Jaffar PN (BERSATU) 33,659 Wan Azizah Wan Ismail PH (PKR) 43,476 9,817
Chew Yin Keen BN (MCA) 15,886
2018 Kamarudin Jaffar PH (PKR) 41,126 Adnan Seman BN (UMNO) 21,196 19,930
Rosni Adam PAS 7,884
2013 Tumpat Kamarudin Jaffar PAS 46,191 Mansor Salleh BN (UMNO) 35,487 10,704
2008 Kamarudin Jaffar PAS 36,714 Asyraf Wajdi Dusuki BN (UMNO) 27,337 9,377
2004 Kamarudin Jaffar PAS 27,919 Mat Nawawi Mat Jusoh BN (UMNO) 26,099 1,820
1999 Kamarudin Jaffar PAS 23,218 Noor Zahidi Omar BN (UMNO) 12,776 10,442
1995 Kamarudin Jaffar BN (UMNO) 15,764 Wan Mohd Jamil Wan Mahmood PAS 17,682 1,918

Anugerah

sunting

  Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS) - Dato'

Alamat

sunting
  • No. 2 Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor.[7]

Pautan luar

sunting

Kamarudin Jaffar di Facebook

Rujukan

sunting
  1. ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-08-31.
  2. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  3. ^ "Isteri Datuk Kamarudin meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-19. Dicapai pada 2018-08-19.
  4. ^ Arrested under ISA
  5. ^ Kamaruddin Jaafar antara sembilan anggota Umno yang dipecat
  6. ^ http://kjtumpat.blogspot.com/2008/07/datuk-kamaruddin-jaafar-sertai-pas_02.html
  7. ^ http://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=199 Dicapai pada 15 Ogos 2017