Buka menu utama

Dato' Sri Dr. Hou Kok Chung (何国忠; lahir 22 Februari 1963) ialah seorang ahli politik Malaysia dari party Malaysian Chinese Association (MCA) dibawah gabungan parti pemerintah Barisan Nasional (BN). Beliau berasal dari Johor, dilahirkan di Kluang, dan memperolehi pendidikan awal di SJKC Kahang, SMK Tengku Aris Bendahara Kluang, SMK Sultan Abdul Jalil Kluang, Sekolah Menengah Chong Hwa Kluang dan Sekolah Tinggi Kluang.

Yang Berhormat Kluang

Hou Kok Chung
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Kluang
Memegang jawatan
8 Mac 2008
Butiran peribadi
LahirKluang, Johor
Parti politikBarisan Nasional Barisan Nasional (BN)
PasanganDatin Sri Lim Mooi Lang
PekerjaanMalaysia Anggota Parlimen

KerjayaSunting

Beliau pada hari ini adalah salah seorang daripada empat Naib Presiden MCA, meraih undi kedua terbanyak dalam pemilihan party pada 21 Disember 2013.Kok Chung adalah Ahli Dewan Negara tempoh penggal yang kedua yang dilantik pada 2014 dan bakal tamat dalam tahun 2020. Beliau juga, pada hari ini, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Melaka.

Kok Chung ialah alumni Universiti Malaya (UM) dan memperolehi Sarjana Kedokotran daripada SOAS, University of London. Mula bekerja sebagai Pensyarah di UM, dan meningkat maju dalam karier akademiknya hingga ke tahap Profesor Madya, memegang jawatan Ketua Jabatan Pengajian Asia Tenggara, dan terakhir menjawat jawatan Pengarah, Institut  Pengajian China semua universii yang sama, dan selepasnya memilih persaraan awal untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2008.

Kok Chung sendiri, dan juga bergandingan dengan yang lain, telah menulis banyak buku, kebanyakannya berkaitan politik, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan komuniti Cina di Malaysia, dan hubungannya dengan negara-negara Asia Timur termasuk China, Jepun dan Taiwan.

Minat mendalam akademik beliau menampakkan beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Tertinggi Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR); Ahli Majlis Tertinggi Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC); dan Guest Professor Universiti Xiamen China; Adjung Professor UTAR .

KeluargaSunting

Kok Chung berkahwin dengan Lim Mooi Lang, dan hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang perempuan.

Keputusan pilihan raya umum MalaysiaSunting

Parliament of Malaysia[1][2]
Tahun Kerusi parlimen Kerajaan Undian Peratusan undian Pembangkang Undian Peratusan undian Jumlah pengundi Majoriti Turnout
2008 P152 Kluang, Johor Hou Kok Chung (MCA) 27,970 53.62% Ng Lam Hua (DAP) 24,189 46.38% 52,159 3,781 76.60%
2013 Hou Kok Chung (MCA) 33,215 45.01% Liew Chin Tong (DAP) 40,574 54.99% 75,308 7,359 86.80%
2018 P158 Tebrau, Johor Hou Kok Chung (MCA) % (PKR) % %
(PAS) %

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting