Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ataupun singkatannya PKPIM merupakan sebuah gerakan Mahasiswa bukan politik yang digerakkan oleh golongan Belia Muda.Ditubuhkan pada 31 Mac 1961 di Asrama Kedua Universiti Malaya,Kuala Lumpur dengan nama aslinya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah melayu (PKPIPTM). Sebagai sebuah gerakan Mahasiswa bermotokan "Hidup Biar Berjasa" PKPIM telah mengorak langkah dan sejarah selama 61 tahun dalam mengangkat tamadun khayra ummah. Sehingga kini PKPIM telah bertapak di semua negeri DiMalaysia dengan beberapa daripadanya ialah sebagai cawangan negeri PKPIM manakala selebihnya merupakan badan gabungan yang bergabung bersama PKPIM di peringkat negeri.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
SingkatanPKPIM
PresidenMuhammad Dzul Aiman Bin Zulkefly
Setiausaha agungAhmad Syahir Bin Abdul Razak
Timbalan PresidenMuhamad Nazmi bin Abd Rahim
Naib Presiden
  • Muhammad Irsyad Bin Takiuddin
  • Muhammad Haakem Bin Azman
  • Raja Muhammad Arif Afifuddin Bin Raja Ahmad Iskandar
  • Nur Nadirah Binti Hamdan
Bendahari KehormatAirin Hafizah Binti Khusaini
PengasasHanafiah Ahmad
Ditubuhkan31 Mac 1961
Ibu pejabatNombor 8 Tingkat 1 Jalan TC 2a/2, Taman Cermerlang, 53100 Wilayah Persekutuan, Malaysia.
AkhbarSiswa Press
Sayap wanitaMajlis HEWI PKPIM
Keanggotaan12,000 - 13,000 (2021)
Ideologi
  • Isu kemahasiswaan Islam
  • Idealisme
  • Intelektualisme
  • Aktivisme
  • Spiritualisme
  • Non Partisan
Agama
  • Islam
  • Ahli sunnah Wal Jamaah
Penggabungan kebangsaanMajlis Belia Malaysia
Penggabungan antarabangsaPersatuan Pelajar Islam Asis Tenggara (PEPIAT)
Slogan"Hidup Biar Berjasa"

SEJARAH sunting

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | National Union Of Malaysian Muslim Students | الإثحاد لطلاب المسلمين المالزيين (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.

Sejarah penubuhan

Penubuhan PKPIM ini diusahakan oleh sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 10 orang pemimpin pelajar daripada lima institusi pendidikan tinggi iaitu Universiti Malaya, Maktab Teknik Kuala Lumpur (sekarang Universiti Teknologi Malaysia), Maktab Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia), Kolej Islam Malaya (sekarang Maktab Perguruan Islam) dan Maktab Perguruan Bahasa. Tujuan utama penubuhan persatuan ini pada awalnya adalah untuk menjadi wakil tunggal pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PTM) pada waktu itu untuk berhubung dengan badan-badan pelajar Islam di luar negeri.

PKPIM ditubuhkan atas dasar inisiatif yang timbul kesan dari Seminar Pelajar Islam Se Malaysia yang pertama kali dianjurkan pada 4 September 1960 bertempat di Universiti Malaya. Beberapa persatuan pelajar Islam dari luar negara seperti Malaya, Indonesia, Singapura, Brunei, Sabah, Sarawak, Filipina dan Ceylon menjadi perwakilan pada hari tersebut. Seminar ini merupakan seminar pertama yang dianjurkan oleh para pelajar atas nama Islam.

Hasil dari seminar tersebut beberapa resolusi telah dibentuk iaitu persatuan pelajar-pelajar Islam PTM perlu mengadakan satu persatuan kebangsaan bagi menyatupadukan pelajar-pelajar Islam di PTM dan perlunya PTM mengadakan satu institusi pengajian tinggi (universiti) bagi memenuhi keperluan pengajian Islam yang ada di negara ini. Hasil dari resolusi yang dibuat, maka Jawatankuasa Seminar memberi mandat untuk membentuk satu Jawatankuasa Penaja penubuhan PKPIM. Hasilnya, terbentuklah satu Jawatankuasa Perancang penubuhan PKPIM yang kebanyakan ahlinya terdiri dari Jawatankuasa seminar tersebut. Berikut adalah senarai nama 10 orang pemimpin pelajar yang dimaksudkan: [perlu rujukan]

  1. Sulaiman Hj. Nordin Pengerusi (Maktab Pertanian Malaya)
  2. Ahmad Johari Setiausaha Maktab Pertanian Malaya)
  3. W. Jaafar Abdullah (Universiti Malaya)
  4. Mohd Ghazali Abdullah] (Universiti Malaya)
  5. Azizuddin Meor Hamzah (Maktab Teknik Kuala Lumpur)
  6. Annuar Hj. Ab. Razak ( Maktab Teknik Kuala Lumpur)
  7. Ismail Ibrahim (Kolej Islam Malaya)
  8. Ahmad Awang (Kolej Islam Malaya)
  9. Ab. Rahman Hj. Taib (Maktab Perguruan Bahasa)
  10. Zainal Adnan Yang Yahya (Maktab Perguruan Bahasa)


Jawatankuasa Perancang ini kemudiannya mengadakan beberapa siri mesyuarat yang bermula dari tarikh 2 Oktober 1960 di Asrama Pertama dan Asrama Kedua Universiti Malaya bagi membincangkan masalah pembentukan persatuan dan merangka perlembagaan PKPIM. Akhirnya pada 31 Mac 1961 bertempat di Asrama Kedua Universiti Malaya, PKPIM telah berjaya ditubuhkan dengan gabungan 5 institusi pengajian tempatan dan 3 bulan kemudian pada 27 Jun 1961 PKPIPTM telah berjaya didaftarkan. Sejak itu PKPIM terus berkembang sehingga mencetuskan kesedaran Islamiah di kalangan generasi muda sehingga kini khususnya pada akhir dekad 60an dan awal dekad 70an.

Presiden-presiden

Kini PKPIM masih lagi berada di persada dakwah selama 60 tahun dan terus kekal dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang mempunyai kualiti keinsanan yang bersepadu bagi menghadapi cabaran semasa. Dengan penuh iltizam, PKPIM cuba sedaya upaya menjadi wadah pelajar yang paling berpengaruh, mampu menyelaraskan pergerakan pelajar Islam di seluruh negara serta menjadi jurubicara pelajar yang dihormati. Di bawah disenaraikan nama-nama Presiden PKPIM yang telah menggerakkan persatuan ini:

  1. Hanafiah Ahmad Sesi 1961/1962
  2. Wan Jaafar Abdullah Sesi 1962/1963
  3. Shaari Tadin Sesi 1963/1965
  4. Wan Fauzi Wan Mahmud Sesi 1965/1966
  5. Wan Ismail Wan Ibrahim Sesi 1966/1967
  6. Ismail Daud Sesi 1967/1968
  7. Anwar Ibrahim Sesi 1968/1971
  8. Kamaruddin Mohd. Nor Sesi 1971/1972
  9. Ramli Ibrahim Sesi 1972/1973
  10. Siddiq Fadhil Sesi 1973/1974
  11. Abdul Rahman Rukaini Sesi 1974/1975
  12. Wan Hamid Wan Teh Sesi 1975/1976
  13. Ismail Basri Sesi 1976/1977
  14. Fuad Hassan Sesi 1977/1981
  15. Abdul Malik Awang Kechil Sesi 1981/1983
  16. Abdul Manaf Haji Deraman Sesi 1983/1984
  17. Azmi Shah Suratman Sesi 1984/1986
  18. Mustaffa Kamil Ayob Sesi 1986/1990
  19. Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz Sesi 1990/91
  20. Khalek Awang Sesi 1991/1995
  21. Yusri Mohamad Sesi 1995/1997
  22. Amidi Manan Sesi 1997/1999
  23. Asyraf Wajdi Hj Dusuki Sesi 1999/2001
  24. Mohd Zaidi Aziz Sesi 2001/2003
  25. Mohd Raimi Abdul Rahim Sesi 2003/2005
  26. Mohd Suhail AhmadSesi 2005/2006
  27. Mohd Hilmi Ramli Sesi 2006/2009
  28. Muhammad Faisal bin Abdul Aziz Sesi 2009/2011
  29. Ahmad Fahmi Bin Mohd Samsudin Sesi 2011/2013
  30. Muhamad Aliemran b Norasid Sesi 2013/2014
  31. Mohammad Fazril b Mohd Saleh Sesi 2014/2016
  32. Muhammad Khair b Sujud Sesi 2016/2018
  33. Muhamad Nur Iman b Abdul Khudus 2018/2019
  34. Ahmad Farhan Rosli 2019/2023
  35. Muhammad Dzul Aiman Bin Zulkefly 2023-Kini

FALSAFAH PKPIM sunting

IDEALISME

– Kemahiran memahami dan menangani isu-isu semasa

– Peningkatan mutu dan gaya kepimpinan

– Pembaharuan dan penyegaran idealisme pelajar di Malaysia

– Ziarah pemimpin

INTELEKTUALISME

– Kemahiran penguasa dwi ilmu

– Penterjemahan ilmu untuk penghayatan di dunia realiti

– Bahasa Melayu kritikal

– Kajian kes serta kaedah menangani isu-isu pendidikan bersifat massa yang berkaitan

kepentingan ilmu

AKTIVISME

– Praktikal dakwah dan khidmat masyarakat

– Kemahiran menjadi fasilitator, jurulatih dan koordinator serta pengurusan program

– Perlaksanaan program-program untuk pelajar

– Latihan kempen-kempen prihatin

SPIRITUALISME

– Penghayatan amalan-amalan fardhu ain dan kifayah

– Kuliah-kuliah pengajian kitab agama tentang aqidah, tasawwuf dan syariah

– Persekitaran yang sentiasa nasihat-manasihati dan tolong-menolong

– Penghayatan akhlak mulia sebagai teladan generasi muda

7 BUDAYA PKPIM sunting

PKPIM meletakkan budaya ilmu sebagai satu perkara wajib haraki (gerakan) yang mesti diamalkan oleh ahli persatuan :

1.Memugar budaya ilmu dan berakhlak mulia

Budaya ini selaras dengan tuntutan Allah di dalam surah Al-Alaq yang pertama diturunkan sebagai permulaan suatu kebangkitan dominan ilmu serta alam. PKPIM di dalam orientasinya meletakkan Ālamiyyah sebagai ukuran kekuatan insan bagi membezakan yang hak dan batil. Ianya didasari oleh Al-Quran dan As-Sunnah serta ilmu-ilmu keduniaan lain yang menjadi adunan terbaik pembinaan insan berkualiti.

2. Bersedia untuk belajar, mengajar dan diajar

Sifat ini selaras dengan ciri-ciri pembinan generasi rabbāni yang melatih insan untuk bersifat terbuka, menerima pandangan dan dalam masa yang sama berhikmah dalam menegur pihak lain. Budaya ini mampu memupuk rasa rendah diri (tawadhu`) atas kelebihan yang ada dan memperbaiki kelemahan sendiri serta orang lain.

3. Penghayatan amalan kerohanian

Penghayatan budaya ini dilakukan melalui Qiamullail, zikir al-Mathurat dan amalan-amalan Rasulullah SAW secara istiqamah baik secara individu atau jemaah. Hubungan intim kita dengan Allah SWT merupakan prasyarat utama dalam membina kekuatan kita selaku gerakan pelajar Islam.

4. Memperkasa semangat ukhuwwah

Semangat ini terbina atas dasar aqidah seterusnya melahirkan rasa kasih sayang sesama insan kerana Allah. Ia mendorong insan untuk sama-sama menjaga kebajikan dan kepentingan insan lain. Rasulullah SAW berpesan dalam hadithnya yang bermaksud: tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi saudara kamu sendiri. Hadis riwayat Bukhari

5. Menghayati amalan syura, amal jamā`iy & budaya kerja terancang

Amalan syura secara bersepadu dalam sistem keorganisasian dibuat bagi memastikan kelancaran perjalanan persatuan. Manakala budaya kerja terancang merupakan satu latihan disiplin ahli sebagai tanda patuh dan taat kepada keputusan yang telah dipersetujui bersama. Namun kesatuan amal ini hanya terlaksana dengan terikatnya kesatuan fikrah sehingga membentuk satu gelombang dakwah yang berterusan dan terencana.

6. Prihatin dan iltizam dengan isu semasa

Perbincangan dalam isu-isu sosial dan kemasyarakatan seperti isu pendidikan, kebejatan sosial, pencabulan hak asasi manusia dan lain-lain adalah antara usaha untuk membuka perspektif realiti umat Islam masa kini. Budaya ini penting dalam merancang, menganalisa dan merumus isu tersebut dalam rangka membela umat.

7. Menghayati rūh al-jihād fï sabïl al-Allah

Inilah peringkat tertinggi yang dapat dicapai hasil latihan dan semangat untuk meratakan kalimah iman dan amal di segenap alam. Peringkat ini hanya teruji dengan pengorbanan tidak berbelah bahagi terhadap urusan jamaah bersandarkan fiqh al-awlawïyah (fiqh keutamaan). Jiwa yang terbina di atas landasan jihad menuntut kesediaan diri insan dengan semua persiapan di atas.

9 ORIENTASI GERAKAN sunting

PKPIM menggariskan beberapa landasan teori sebagai orientasi gerakan persatuan ini iaitu :

1.Dakwah & Tarbiah

Gerakan Islam yang diasaskan dengan semangat amar makruf nahi mungkar (menyeru ke arah kebaikan dan menyanggah kemungkaran), mementingkan sistem pendidikan dan latihan ahli yang lengkap dan bersepadu.

2.Ilmiyyah (Berbudaya ilmu)

Gerakan yang ditunjangi oleh budaya ilmu yang mantap, rasional dan objektif dalam membezakan anatara hak dan batil.

3.Desekularisasi

Gerakan yang menggabungjalinkan ilmu-ilmu wahyu (revealed knowledge) dan ilmu-ilmu wahyu yang dituntut (acquired knowledge) dalam proses membangunkan ummat serta mengambil pendekatan mengintelektualkan ulama’ dan mengulama’kan intelektual.

4.Waşoţiyyah (Kesederhanaan)

Mengambil pendekatan yang sederhana dan tepat dengan menjauhi segala bentuk kecenderungan yang melampau.

5.Jamāhiriyyah (Akomodatif)

Mengambilkira kepelbagaian gaya hidup masyarakat dalam merangka gerak kerja terhadap sasaran dakwah yang berbeza.

6.Wāqi`iyyah (Setempat)

Menimbang realiti setempat yang cukup tersendiri dalam melaksanakan ‘manhaj mālizy’ (pendekatan ala Malaysia) dalam penyebaran dakwah.

7.Tārikhiyyah (Historis)

Sebuah gerakan yang mempunyai pengalaman dan prestasi gerak kerja yang terbukti berkesan, matang dan mampu kekal relevan sepanjang zaman.

8.Ālamiyyah (Global)

Menjadi gerakan yang dalam gerak kerjanya menjangkau dan merentasi sempadan geografi, politik, agama, budaya dan bangsa.

9.Non-Partisan

Mendokong kebenaran dan menyanggah kebatilan tanpa sebarang keterikatan dengan sebarang puak hingga menghalang pertimbangan rasional dan keadilan.

RUJUKAN sunting

http://www.pkpim.org.my/hubungi-kami/

https://ms-my.facebook.com/pkpimalaysia/

Buku 5 Dasawarsa PKPIM