Fuad Hassan

Bekas ahli politik Malaysia

Dato' Haji Fuad bin Tan Sri Haji Hassan (12 November 1952 - 8 Disember 2014) ialah bekas ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Selangor bagi DUN Hulu Kelang mewakili UMNO.

Dato Haji

Fuad Haji Hassan

K.M.N., D.S.S.A. (Shah Alam)
Ketua Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Dalam jawatan
2009–2014
Digantikan olehMohd Puad Zarkashi
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Hulu Kelang
Dalam jawatan
1990–1999
Didahului olehKerusi baharu
Digantikan oleh Azmin Ali
Majoriti6,508 (1990), 10,275 (1995)
Butiran peribadi
LahirFuad bin Hassan
(1952-11-12)12 November 1952
Meninggal dunia8 Disember 2014(2014-12-08) (umur 62)
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Ampang, Selangor
Parti politik
BapaHassan Azhari
HubunganJalaluddin Hassan (adik)
Musa Hassan (adik)

Latar belakang sunting

Fuad adalah anak kepada tokoh agama pengajian al-Quran iaitu Haji Hassan Azhari (1928–2018)[1] Beliau adalah anak sulung, kedua-dua daripada orang adiknya ialah mantan Ketua Polis Negara, Musa Hassan serta pelakon, Jalaluddin Hassan. Beliau menetap di Ampang Jaya, berhadapan dengan rumah Jalaluddin dan dikurniakan 5 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan.

Beliau mempunyai kelulusan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kerjaya politik sunting

Beliau menjadi ADUN Hulu Kelang selama dua penggal. Pada pilihan raya umum 1999, beliau telah tewas kepada calon Keadilan ketika itu iaitu Mohamed Azmin Ali.

Sejak dari kekalahan itu, beliau telah bersara dari arena politik dan kini menumpukan kepada bidang perniagaan. Yang terbaru ialah beliau sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah iaitu Asmara Air Services Sdn. Bhd. Beliau menjadi Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA Kementerian Penerangan.

Pengalaman, kebolehan dan kelulusan yang beliau miliki dikira amat sesuai untuknya menjawat jawatan penting dalam membantu memperkukuhkan harapan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO sekarang.

Keputusan pilihan raya sunting

Keputusan pilihan raya yang diperoleh Fuad Hassan
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
1990 N19 Hulu Kelang Fuad Hassan BN (UMNO) 11,585 Mohd Fahmi Ibrahim S46 5,077 6,508
1995 N18 Hulu Kelang Fuad Hassan BN (UMNO) 12,481 Minhat Sulaiman S46 2,206 10,275
1999 N18 Hulu Kelang Fuad Hassan BN (UMNO) 8,039 Mohamed Azmin Ali KeADILan 9,185 1,146

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia pada 8 Disember 2014 pada usia 65 tahun.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Pengajar rancangan Muqaddam, Hassan Azhari meninggal dunia Diarkibkan 2018-10-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (6 Oktober 2018). Dicapai pada 7 Oktober 2018.
  2. ^ "KP Jasa, Datuk Fuad Hassan meninggal dunia". Sinar Harian. 8 Disember 2014. Dicapai pada 9 October 2015.