Azman Nasrudin

ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Dato' Azman bin Nasrudin ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Padang Serai.

Yang Berhormat Dato'

Azman Nasrudin

DSSS, PJK (Kedah)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Padang Serai, Kedah
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehKarupaiya Mutusami
Pengerusi Jawatankuasa
Pertanian dan Industri Makanan,
Perusahaan Perladangan dan Komoditi,
Pengangkutan
dan Hal Ehwal Masyarakat India
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
20 Mei 2020 – 12 Ogos 2023
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Lunas
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 2023
Didahului olehMohd Razhi Salleh
Digantikan oleh Khairul Anuar Ramli
Majoriti
Pengerusi Jawatankuasa
Pertanian dan Industri Asas Tani
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
22 Mei 2018[1] – 20 Mei 2020
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
22 Mei 2018[1] – 20 Mei 2020
Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Insan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
22 Mei 2018[1] – 20 Mei 2020
Pengerusi Jawatankuasa Industri Utama
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
1 Ogos 2018 – 20 Mei 2020
Butiran peribadi
Lahir (1972-04-11) 11 April 1972 (umur 52)
Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Parti politik (–2020)
(2020–)
BERSATU (2020-)
PasanganDatin Siti Hajar Abdullah
Anak-anak5

Beliau yang diuji positif COVID-19 setelah pulang berkempen dalam pilihan raya negeri Sabah, turut menjangkiti isterinya yang merupakan seorang guru di SK Permatang Janggus, Penaga, mengakibatkan sekolah tersebut terpaksa ditutup selama lapan hari dan menjadi punca penyebaran koronavirus di kawasan tersebut[2][3][4].

Kehidupan sunting

Beliau mempunyai sijil perguruan serta berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik/Sejarah. Beliau juga merupakan seorang bekas guru.[5]

Kerjaya politik sunting

Pada 2013, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013 bagi kerusi Lunas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah lalu menang dengan undian sebanyak 21,670 dengan majoriti 9,084 daripada 40,498 orang pengundi.[6]

Beliau bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 bagi kerusi Lunas. lalu menang dengan undian sebanyak 23,904 dengan majoriti 13,813 daripada 50,336 orang pengundi.[6]

Ketika kemelut politik Malaysia pada awal tahun 2020, terdapat khabar angin bahawa beliau telah keluar daripada PKR selepas pemecatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali namun beliau menafikan dakwaan tersebut.[7]

Pada 12 Mei, beliau bersama ADUN Sidam iaitu Dr Robert Ling Kui Ee telah mengumumkan bahawa mereka telah meninggalkan parti PKR lalu menjadi ahli bebas.[8] Tindakan mereka adalah atas alasan kehilangan kepercayaan terhadap kepemimpinan Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.[9] Lantaran ini, parti Perikatan Nasional (PN) di Kedah telah memiliki majoriti sebanyak 19 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) lantas membolehkan penubuhan kerajaan negeri baharu.[10] Pada 20 Mei, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India.[11][12]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Kedah
    • Darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (D.S.S.S.) - Dato' (2022)

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Adie Suri Zulkefli; Embun Majid; Suzalina Halid (22 Mei 2018). "Amiruddin ketuai EXCO Kedah angkat sumpah jawatan". BH Online. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  2. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/10/02/kedah-exco-member-azman-nasrudin-tests-positive-for-covid-19
  3. ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2020/10/628800/teacher-down-covid-19-sk-permatang-janggus-close-8-days
  4. ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2020/10/626188/guru-positif-covid-19-sk-permatang-janggus-ditutup-metrotv
  5. ^ "AZMAN NASRUDIN". PRU di Sinar. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  6. ^ a b "N34 Lunas: P17 - PADANG SERAI". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-29. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  7. ^ Roslinda Hashim (2 Mac 2020). "Keluar PKR hanya spekulasi: Exco Kedah". Sinar Online. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  8. ^ "2 Adun PKR keluar parti, Kedah jatuh ke tangan PN". Malaysiakini.com. 12 Mei 2020. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  9. ^ M Hifzuddin Ikhsan; Nor Farhani Che Ad (12 Mei 2020). "PN Kedah miliki majoriti mudah bentuk kerajaan baharu". BH Online. Foto oleh Amran Hami. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  10. ^ M Hifzuddin Ikhsan; Nor Farhani Che Ad (12 Mei 2020). "ADUN Sidam, Lunas keluar PKR, sokong Muhyiddin". myMetro. Foto oleh NSTP. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  11. ^ M Hifzuddin Ikhsan; Noorazura Abdul Rahman (20 Mei 2020). "10 EXCO Kedah angkat sumpah". BH Online. Foto oleh BERNAMA. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2020. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  12. ^ Abd Hadi Che Awang (20 Mei 2020). "10 Exco Kedah dilantik, tampilkan 4 muka baharu". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2020. Dicapai pada 26 Mei 2020.

Pautan luar sunting