Nizam Abu Bakar Titingan
YB Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Apas.[1] Beliau adalah mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau, Sabah dan juga bekas Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.[2] Pada 5 Februari 2023, beliau menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) dan dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah serta ketua Parti GAGASAN untuk bahagian Apas.
YB Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan PGDK (Sab); KMN | |
---|---|
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah | |
Memegang jawatan 26 Oktober 2022 Berkhidmat dengan Abidin Madingkir | |
Ketua Menteri | Hajiji Noor |
Didahului oleh | Wetrom Bahanda |
Pembantu Menteri Kewangan Sabah | |
Dalam jawatan 8 Oktober 2020 – 16 Oktober 2022 Berkhidmat dengan Jasnih Daya | |
Didahului oleh | Kenny Chua Teck Ho Saripuddin Hatta |
Digantikan oleh | Julita Mojungki |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Apas | |
Memegang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Tawfiq Abu Bakar Titingan |
Butiran peribadi | |
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Wahida Mardiana Norsalim |
Ibu | Datin Seri Panglima Hajah Kee Hafsah Kee Sulaiman |
Bapa | Abu Bakar Titingan Damsani |
KeluargaSunting
Beliau adalah anak kepada Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan,[3] seorang tokoh Melayu di Sabah yang pernah dilantik sebagai Naib Pengerusi USNO Sabah. Abang beliau, Datuk Tawfik adalah bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah dan ADUN Apas selepas meninggal dunia pada 2018 lalu.[4]
PolitikSunting
Beliau adalah antara pemimpin UMNO di Sabah sehingga 2019. Selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan pada PRU 14, beliau dan beberapa orang ahli UMNO telah bertindak untuk keluar dari UMNO.[5]
Mereka kemudiannya telah menyertai BERSATU, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan.[6]