Buka menu utama

Wikipedia β

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman (lahir 30 Mac 1951), merupakan Ketua Menteri Sabah yang ke-14 (kini mantan Ketua Menteri Sabah). Beliau menggantikan Chong Kah Kiat pada 27 Mac 2003. Beliau juga merupakan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Sabah.

Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima
Musa Aman
PSM, SPDK, DGSM, DA, PGDK, JMN, JP
Sabah Chiefminister Musa-Aman-01.png
Ketua Menteri Sabah ke-14
Dalam jawatan
27 Mac 2003 – 12 Mei 2018
Gabenor Juhar Mahiruddin
Timbalan Yahya Hussin
Joseph Pairin Kitingan
Yee Moh Chai
Didahului oleh Tan Sri Chong Kah Kiat
Kawasan pilihan raya Sungai Sibuga
Butiran peribadi
Lahir (1951-03-30) 30 Mac 1951 (umur 67)
Borneo Utara Beaufort, Borneo Utara
Parti politik Barisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan Puan Sri Hajjah Faridah binti Haji Tussin
Anak-anak Lenny Natasha
Mohammed Hayssam
Hazem Musa
Laman sesawang www.sabah.gov.my

Isi kandungan

Kehidupan awalSunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) St Paul, Beaufort dan Secondary Sabah College, Kota Kinabalu, serta di Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Edith Cowan, Australia.

KerjayaSunting

Beliau pernah dilantik sebagai Konsul Kehormat di Bangladesh. Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pegawai bank pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif City Finance Berhad {Julai 1983 - April 1995), Pengerusi dan Ketua Eksekutif Innoprise Corporation (ICSB). Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Pengarah Sinora, Innoprise International Incorporated, dan Pengerusi Sabah Softwoods Berhad.[1] .

KeluargaSunting

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Hajah Faridah binti Haji Tussin dan dikurniakan 4 orang anak. Di antara anak-anaknya termasuklah Mohammed Hayssam dan Hazem.[2]

PolitikSunting

Beliau mula aktif sebagai seorang ahli politik sekitar tahun 1980 melalui parti USNO. Beliau pernah dilantik sebagai Bendahari UMNO Sabah pada 23 Mac 1991 selepas UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah. Pada 16 Mac 1992, beliau dilantik memegang jawatan Bendahari Barisan Nasional Sabah. Pada 20 Mac 1999, beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Kemudian pada 27 Mac 2001, beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan Sabah. Pada 27 Mac 2003, beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-14. Kerjaya beliau sebagai Ketua Menteri Sabah berakhir pada 12 Mei 2018 apabila Datuk Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal yang merupakan Presiden Warisan mendakwa memiliki 35 ADUN yang menyokong beliau dan telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-15 pada 12 Mei 2018 pukul 9.15 Malam di depan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.[3], [4]

Isu dan kontroversiSunting

Tuduhan rasuah pembalakanSunting

Pada 12 April 2012, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sekali lagi menafikan tuduhan rasuah oleh laman Sarawak Report. Sarawak Report melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat Musa Aman yang didakwa mengeluarkan lesen pembalakan kepada adiknya Datuk Seri Anifah Aman.[5] Dakwaan yang berikutnya melibatkan anak-anak lelaki Musa, iaitu Mohammed Hayssam dan Hazem. Mereka dikatakan menerima wang berunsul rasuah daripada Michael Chia. Sarawak Report juga mendakwa Jabatan Peguam Negara yang diketuai oleh Abdul Gani Patail, enggan meneruskan siasatan kes rasuah tersebut.[2][6] Sumber maklumat Sarawak Report berasal dari Hong Kong.

Pada 12 Oktober 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui bahawa wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk UMNO. Setiap parti politik sebagaimana pembangkang mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul. Menerusi jawapan bertulis, Menteri di JPM, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan di Parlimen bahawa kertas siasatan SPRM mendapati wang RM40 juta dari Hong Kong itu untuk UMNO Sabah, bukan untuk Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Transperancy International Malaysia mendesak agar Umno mendedahkan sumber wang tersebut. [7]

Pilihanraya Umum Ke-14Sunting

Di Sabah, pada Pilihanraya Umum Ke-14, Parti Warisan Sabah (Warisan) - Shafie Apdal, dan Sabah Barisan Nasional (BN) - Musa Aman, kedua mereka seri dengan memenangi 29 kerusi dengan satu lagi pembangkang tempatan, Solidariti Tanah Airku (STAR), memenangi baki 2 kerusi.

Presiden STAR - Jeffrey Kitingan dikatakan bersetuju menyokong Warisan, yang akan memberikan Warisan dan Pakatan Harapan (PH) majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. Bagaimanapun dalam perlembagaan Sabah, terdapat peruntukan yang membenarkan Ketua Menteri untuk menamakan enam orang sebagai ahli dewan (assemblymen), yang bererti partinya secara automatik mendapat tambahan enam kerusi di dewan.[8]

Barisan Nasional Sabah telah memenangi 29 Kerusi DUN Sabah, manakala Gabungan WARISAN, PKR dan DAP juga memenangi jumlah kerusi yang sama (WARISAN 21, DAP 6 dam PKR 2) namun Barisan Nasional bekerjasama dengan dua ADUN STAR bagi membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah iaitu 31 Kerusi daripada 60 Kerusi DUN yang dipertandingkan.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman yang mewakili Parti Barisan Nasional telah memenangi Kerusi DUN N.42 Sungai Sibuga kemudiannya telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada jam 11.05 malam 10 Mei 2018 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan mengekalkan jawatan yang dipegangnya sejak tahun 2003.[9]

Bagaimanapun, Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal kemudian telah menerima sokongan 35 daripada 60 ADUN termasuk 6 ADUN daripada Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah. Dato Shafie telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang Ke-15 pada 12 Mei 2018 pukul 9.15 Malam di depan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin di Istana Negeri. [10]

Krisis Politik di Sabah berterusan berikutan Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sebelum ini menafikan beliau meletakkan jawatan.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting