Beaufort

Daerah di Sabah
(Dilencongkan dari Beaufort, Sabah)

Beaufort adalah merupakan salah sebuah pekan dan juga daerah di Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Penduduknya dianggarkan sekitar 12,742 pada 2010. Di pekan ini terdapat rumah kedai yang telah dibina sejak zaman British lagi. Pada asalnya pekan dan daerah ini ditubuhkan bagi membantu meningkatkan ekonomi pendalaman Borneo Utara. Pada awalnya aktiviti ekonomi daerah ini berdasarkan getah. Semasa Perang Dunia II, ia merupakan salah satu tapak pertempuran antara tentera Jepun dan Australia di Sabah.

Beaufort
بعوفورت
Transkripsi lain
 • Jawiبعوفورت
Pekan Beaufort
Pekan Beaufort
Official seal of Beaufort بعوفورت
Etimologi: Diambil daripada Gabenor bernama Leicester P. Beaufort
Moto: 
Berkhidmat Untuk Masyarakat
Lokasi daerah dan pekan Beaufort
Lokasi daerah dan pekan Beaufort
Beaufort بعوفورت yang terletak di Malaysia Timur
Beaufort بعوفورت
Beaufort
بعوفورت
Lokasi daerah dan pekan Beaufort
Koordinat: 5°20′N 115°45′E / 5.333°N 115.750°E / 5.333; 115.750Koordinat: 5°20′N 115°45′E / 5.333°N 115.750°E / 5.333; 115.750
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman
Ditubuhkan1898
DaerahBeaufort
Kerajaan
 • BadanMajlis Daerah Beaufort
 • Pegawai DaerahMohd Shaid Hj. Othman
 • Pegawai Eksekutif Majlis DaerahMohd Fawzi Bin Abdul Kadir
 • MPYang Berhormat Dato' Seri Panglima Hajah Azizah Binti Mohd Dun (PH-PPBM) (Beaufort) Parti Pribumi Bersatu Malaysia Logo.png
Luas
 • Jumlah1,735 km2 (670 batu persegi)
Populasi
 (2010)
 • Jumlah12,742
 Populasi di sekitar Beaufort sahaja tidak termasuk secara keseluruhan daerah Beaufort.
Zon waktuMST
Kod kawasan087
Tamu MingguanJumaat dan Sabtu
Laman webmdbft.sabah.gov.my/ ww2.sabah.gov.my/pd.bft/

EtimologiSunting

Asal-usul nama BeaufortSunting

Asal-usul nama Beaufort dihasilkan sempena memperingati seorang gabenor bernama Leicester P. Beaufort yang pernah mentadbir negeri Sabah pada tahun 1896 sehingga 1900. Sebelum ini, daerah ini dinamakan Padas bersempena dengan nama sungai Padas yang mengalir di Daerah ini.

SejarahSunting

Pada mulanya, Tapak Pekan Beaufort telah dipilih oleh Encik William Clake Cowie yang merupakan seorang Pegawai Syarikat Borneo Utara British yang juga merupakan pengarah Urusan Syarikat itu pada Januari 1898. Tapak yang sebenarnya tidak didiami ini telah dibuka untuk mendirikan sebuah perhentian keretapi berdekatan dengan Teluk Brunei. Pekan Beaufort telah berkembang sebelah menyebelah sungai padas. Oleh sebab itu, ia terbahagi kepada dua bahagian masing-masing mempunyai stesen keretapi, rumah-rumah kediaman pegawai kerajaan dan bangunan-bangunan kedai. Bahagian Barat Beaufort menguruskan stesen keretapi yang menuju ke Bukau dan Weston, manakala bahagian timur pula menghubungkan Kota Kinabalu dan Tenom.

Beaufort juga dijadikan pusat pentadbiran Kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Seorang Pegawai Daerah telah ditugaskan untuk mengurus pentadbiran Beaufort dan kawasan-kawasan yang berhampiran termasuk Kuala Penyu, Membakut, menumbok dan Klias.

Kegiatan pertanian merupakan aktiviti utama penduduk Beaufort. Penanaman sagu telah giat diusahakan oleh penduduk tempatan dan juga pengusaha Eropah. Namun pada awal abad ke 20, penanaman sagu telah diketepikan oleh ladang-ladang sagu seperti ladang Woodford dengan menumpukan perhatian terhadap penanaman getah yang pada masa itu mendatangkan pendapatan yang amat lumayan kepada pengusahanya. Kemajuan dalam industri getah pada masa itu telah menyumbang kepada perkembangan bandar Beaufort sehingga dikenali sebagai “Bandar Getah”. Ini kerana kebanyakkan ladang-ladang getah telah dibuka dan stesen keretapi pula sibuk menguruskan bahan-bahan berkaitan dengan industri getah.

Pada masa lalu, penduduk Beaufort menggunakan sungai sebagai kemudahan perhubungan, satu satunya sungai yang terpenting pada waktu itu ialah sungai Padas dan Sungai Klias. Segala hasil pengeluaran penduduk diangkut menggunakan perahu untuk dibawa ke pekan. Keistimewaan pada sungai tersebut ialah boleh menghubungkan beberapa buah daerah. Sungai Padas contohnya menghubungkan Daerah Tenom, Sipitang, dan Weston, sementara Sungai Klias Menghubungkan Menumbok. Ini memudahkan penduduk pada masa itu membawa hasil pengeluaran barangan ke daerah-daerah tersebut. Selain itu, pembinaan landasan keretapi pada tahun 1900 oleh Chartered Company, Beaufort ke Jesselton (Kota Kinabalu), beaufort ke Tenom dan Weston ke Beaufort juga telah memudahkan perhubungan pada masa itu. Landasan Keretapi Weston ke Beaufort telah ditamatkan pada tahun 1963 apabila permulaan pembinaan jalan raya dari beaufort ke weston dan ke sipitang trelah siap.

Semasa meletusnya perang dunia kedua pada tahun 1945 banyak infrastruktur landasan telah rosak. Akibatnya landasan antara Tenom ke Melalap telah ditutup dan seterusnya dari Beaufort ke Bukau setelah pelabuhan Kota Kinabalu menjadi pelabuhan utama British North Borneo Chartered Company.

Landasan keretapi pertama dibina dari Bukau Ke Weston sepanjang 37 km dan dari Beaufort ke Melalap sepanjang 65 Km.

Seperti bandar-bandar lain di sabah, Beaufort tidak terkecuali dari dimusnahkan akibat pengeboman yang dilakukan oleh Askar Australia semasa perang Dunia Kedua. Oleh itu, terdapat Tugu Peringatan Starcevich di Beaufort yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Daerah Beaufort.

Struktur bangunanSunting

 
salah satu kedai lama di Pekan Beaufort

Pekan Beaufort dikenali sebagai pekan tertua dan terkenal dengan sejarah penubuhannya iaitu oleh BNBC (British North Borneo Company).[1] Pada awal pembukaan pekan ini, telah dibina 2 buah deret rumah kedai yang dibuat daripada kayu, pejabat daerah, sebuah stesen keretapi yang beratapkan daun nipah dan sebuah balai polis.[1] Pembinaan pertama rumah kedai bagi Pekan Beaufort adalah seawal tahun 1920. Pembinaan rumah kedai di pekan Beaufort adalah berdepan dengan stesen keretapi Beaufort.[1] Pembinaan dua deret rumah kedai yang pertama di pekan ini pada awal pembinaannya diperbuat daripada kayu.[1] Pasca Perang Dunia Kedua terdapat penambahan pada deretan kedai di pekan Beaufort iaitu enam buah deret kedai telah dibina semasa pasca Perang Dunia Kedua.[1] Walau bagaimanapun, kebakaran yang telah berlaku menyebabkan dua buah deret rumah kedai mengalami kemusnahan.[1] Pada hari ini, pekan Beaufort hanya mempunyai empat deret rumah kedai yang masih berdiri dengan utuh dan stabil.[1]

GeografiSunting

Kedudukan Daerah Beaufort yang berdekatan dengan kawasan daerah lain;

Secara amnya Daerah Beaufort meliputi kawasan seluas 1,735 kilometer persegi termasuk kawasan Daerah Kecil Membakut. Daerah ini bersempadan dengan daerah Sipitang di Selatan, Daerah Kuala Penyu di sebelah Barat, Daerah Tenom di Timur dan Daerah Papar di Utara.

PentadbiranSunting

Majlis Daerah BeaufortSunting

 
Jalan Utama ke Pekan Beaufort

Daerah Beaufort merupakan salah sebuah daerah yang terdapat dalam negeri Sabah, Malaysia. Daerah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Beaufort. Daerah Beaufort di bahagikan kepada 8 (lapan) mukim berdasarkan kepada persempadanan pilihanraya bagi kawasan N.25 Klias dan N.27 Lumadan.

MukimSunting

Berikut merupakan bilangan kampung bagi setiap mukim:

Kawasan N.25 Klias

  1. Mukim Kota Klias 10 buah kampung
  2. Mukim Limbawang 13 buah kampung
  3. Mukim Montenior 5 buah kampung
  • Jumlah 28 buah kampung

Kawasan N.27 Lumadan

  1. Mukim I 9 buah kampung
  2. Mukim II 7 buah kampung
  3. Mukim III 20 buah kampung
  4. Mukim IV 6 buah kampung
  5. Mukim V 11 buah kampung
  • Jumlah 53 buah kampung

Demografi pendudukSunting

EtnikSunting

Jumlah penduduk sekitar BeaufortSunting

Menurut sumber statistik tahun 2010, jumlah populasi penduduk di sekitar Beaufort mempunyai penduduk seramai 12,742. Majoriti penduduk Beaufort adalah dari suku kaum Bisaya, Kedayan dan Melayu Brunei. Juga terdapat suku kaum Murut, Cina, Lun Bawang/Lun Dayeh dan Kadazan-Dusun yang menetap di dalam daerah ini. Pembancian akan dilakukan pada hari banci pada 7 Julai 2020 untuk mengumpul dan mengetahui maklumat bilangan statistik penduduk terkini.[2]

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Beaufort pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[3]
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 2,357 1,642 1,581 346 3,871 1,761 88 385 711 12,742
2020 (Akan Datang)
Etnik di Beaufort - Bancian 2010 [4]
Etnik percent
Bumiputera Lain (Bisaya)
  
39.86%
Melayu
  
21.20%
Kadazandusun
  
17.12%
Cina
  
5.75%
Bajau
  
5.18%
Murut dan Lun Bawang / Lundayeh
  
2.55%
Lain-Lain
  
2.04%
Bukan Warganegara
  
6.06%

JantinaSunting

Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Beaufort pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[3]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 6,495 6,247 12,742


Kemudahan awamSunting

Beaufort juga merupakan salah satu perhentian Kereta Api Negeri Sabah. Khidmat perubatan turut dibekalkan oleh hospital kerajaan. Terdapat juga tiga klinik swasta dalam kawasan bandar. Kawasan ini biasanya dilawati oleh pelancong dengan tujuan ingin berakit melalui Jeram Padas di Sungai Padas.

Kemudahan lainSunting

  • Hospital Beaufort
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort
  • Balai Bomba Beaufort
  • Perpustakaan Negeri Sabah, Beaufort
  • Kompleks Sukan Beaufort
  • Mahkamah Majistret dan Mahkamah Syariah

Bandar BerkembarSunting

Selain itu, Beaufort merupakan bandar berkembar kepada Beaufort, Carolina Utara.[5]

BudayaSunting

TamuSunting

Di sini juga terdapat pasar terbuka yang dikenali sebagai tamu. Ianya diadakan setiap minggu pada petang Jumaat sehingga petang Sabtu. Pelbagai hasil keluaran tempatan seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran, daging, dan ayam hidup dijual. Hari tamu tersebut diadakan berbeza dari daerah lain. Beaufort juga terkenal dengan hidangan mee cinanya yang dikenali sebagai Mee Beaufort, yang dihidangkan secara kering atau berkuah.

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e f g Elsapaula Anak, Rejim (2019). "Rumah Kedai Bersejarah di Pantai Barat Sabah: Isu Pemeliharaan, Perlindungan dan Alternatif Cadangan". Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. 4: 152–160 – melalui (MJ - SSH).
  2. ^ "Apa itu Banci". www.mycensus.gov.my. Dicapai pada 2020-02-14.
  3. ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 2012-02-27.
  4. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13
  5. ^ Beaufort, North Carolina Sister Cities

Pautan luarSunting