Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar
YB Datuk Ghulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar adalah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawang, Sabah yang telah dilantik pada 2004 lalu. Beliau merupakan seorang ahli rasmi Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) iaitu sebuah parti komponen utama bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Beliau merupakan bekas ahli UMNO Sabah sebelum keluar meninggalkan parti tersebut pada 2019 untuk menyertai BERSATU Sabah, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan yang seterusnya menjadi komponen Perikatan Nasional.[1] Pada tahun 2022, Datuk Ghulamhaidar dan rakan-rakan seperjuangan beliau telah mengumumkan untuk meninggalkan parti nasional tersebut kerana ingin menyatakan sokongan dan penyertaan terhadap parti buatan tempatan di Sabah iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN), sebuah parti komponen rasmi di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).[2]
YB Datuk Haji Ghulamhaidar Khan Bahadar PGDK, JP (Sab) | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Kawang | |
Memegang jawatan 2004 | |
Didahului oleh | Osu Sukam |
Butiran peribadi | |
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Rosna Haji Mohd Yunus |
Anak-anak | Fiti Hana |
Hubungan | Musa Aman (besan) Mohammed Hayssam Musa (menantu) Norjan Khan Bahadar (kakak) |
PolitikSunting
Beliau pernah dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.[3]
RujukanSunting
- ^ Bekas pemimpin UMNO Sabah sertai BERSATU?
- ^ [1]
- ^ PAPAR: Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah, Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata, masyarakat perlu ada kekuatan dalaman yang benar-benar mantap supaya persekitaran serba moden ini tidak dapat mempengaruhi hubungan kasih sayang dalam keluarga kita, apatah lagi jika mempunyai rangkaian ahli keluarga yang ramai.