Koordinat: 23°N 90°E / 23°N 90°E / 23; 90

Republik Rakyat Bangladesh
ريڤوبليق رعيه بڠلا ديسه

গণপ্রজাতন্ত্রী বাংলাদেশ
Gônoprojatontri Bangladesh
Bendera Bangladesh
{{{coat_alt}}}
Bendera Jata negara
Cogan kata: Tiada
Lagu kebangsaan: Amar Sonar Bangla


Bengal Emasku
Location of Bangladesh
Ibu kotaDhaka
Bahasa rasmiBahasa Bengali
PemerintahanRepublik parlimen
• Presiden
Abdul Hamid
Sheikh Hasina
Kemerdekaan 
• Diisytiharkan
26 Mac 1971
16 Disember 1971
• Air (%)
7.0
Populasi
• Anggaran 2007
150,448,339[1] (7)
• Bancian 2001
129,247,2331
KDNK (PPP)Anggaran 2006 
• Total
$330.8 billion (31st)
• Per kapita
$2200 (138)
Gini (2000)31.8
rendah
HDI (2004)0.530
rendah · 137
Mata wangTaka (BDT)
Zon masaUTC+6 (BDT)
• Musim panas (DST)
UTC+6 (tidak diperhatikan)
Kod panggilan880 (SubKod)
Internet TLD.bd,.বাংলা
1 Adjusted population, p.4, "Population Census 2001, Preliminary Report". Bangladesh Bureau of Statistics. 2001-08.  Check date values in: |date= (bantuan)

Bangladesh (Benggali: বাংলাদেশ), secara rasmi digelarkan Republik Rakyat Bangladesh (গণপ্রজাতন্ত্রী বাংলাদেশ, Gônoprojatontri Bangladesh), ialah sebuah negara di sebelah timur laut subbenua India yang terletak di Asia Selatan. Bangladesh bersempadan dengan India di sebelah barat, utara dan timur, dengan Myanmar di sebelah tenggara, dan Teluk Bengal di sebelah selatan. Bersama-sama dengan Bengal Barat di India, Bangladesh terdiri daripada kawasan etnik dan linguistik Bengal. Nama "Bangladesh" bermaksud "Negara Bengal". Bagaimanapun, keasalan perkataan "Bangla" atau "Bengal" tidak diketahui. Ibu negara dan bandar terbesar Bangladesh ialah Dhaka.

Sempadan Bangladesh ditetapkan oleh Pembahagian India pada tahun 1947 ketika negara ini merupakan sayap timur Pakistan (Pakistan Timur) yang dipisahkan daripada sayap barat sejauh 1,600 kilometer (1,000 batu). Walaupun mempunyai agama yang sama, jurang etnik dan linguistik antara kedua-dua sayap diburukkan lagi oleh sebuah kerajaan yang ditempatkan di Pakistan Barat yang bersikap tidak peduli. Ini menyebabkan kemerdekaan Bangladesh pada tahun 1971 selepas peperangan berdarah yang disokong oleh India. Tahun-tahun yang menyusul kemerdekaan ditandai dengan huru-hara politik yang terdiri daripada tiga belas ketua kerajaan yang berlainan, serta sekurang-kurang empat rampasan kuasa tentera.

Bangladesh mempunyai bilangan penduduk yang kelapan terbesar di dunia, tetapi kawasan negara ini sebanyak 144,000 kilometer persegi ditempatkan sembilan puluh tiga di dunia. Oleh itu, Bangladesh merupakan salah satu negara yang terpadat di dunia. Negara ini ialah negara yang mempunyai bilangan orang Islam yang ketiga terbesar di dunia, tetapi bilangan ini masih kurang sedikit berbanding dengan bilangan orang Islam yang merupakan kelompok minoriti di India.

Secara geografi, Bangladesh dikuasai oleh Delta Ganges-Brahmaputra yang subur. Negara ini mengalami banjir monsun tahunan, dan siklon kerap berlaku.

Bangladesh adalah salah satu daripada ahli pengasas Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC), BIMSTEC, serta ahli Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Lapan Negara Membangun (D-8).

SejarahSunting

Rencana utama: Sejarah Bangladesh

Sejarah awalSunting

Alatan-alatan Zaman Batu telah ditemui di Bangladesh, menunjukkan pendudukan manusia telah wujud sejak 20 ribu tahun dahulu, manakala kesan petempatan Zaman Tembaga berusia kira-kira 4,000 tahun dahulu juga ditemui.[2] Pada masa ini, golongan yang menetap di sini temasuklah golongan Austroasia, Dravidia, Indo-Arya dan Tibeto-Burma melalui penghijrahan yang berperingkat.[2][3]

Pelbagai empayar Buddha dan Hindu telah mentadbir kawasan Bangladesh, termasuklah Empayar Maurya sejak abad keempat SM dan Gupta sejak abad keenam Masihi. Dinasti Pala, sebuah dinasti Buddha mula muncul di kawasan Bangladesh pada abad kelapan Masihi sebelum munculnya Dinasti Sena yang berteraskan Hinduisme pada abad ke-11. Bahasa Benggali mula muncul pada sekitar abad kelapan Masihi.

Perkembangan Islam secara ketara bermula pada abad ke-13. Perkembangan Islam di kawasan ini banyak dipengaruhi oleh penaklukan serta peranan mubaligh sufi.[4] Pada 1204, Muhammad bin Bakhtiyar Khalji telah menyerang Bengal, menyebabkan Bengal diserap ke dalam Kesultanan Delhi. Pada masa ini, Bengal ditadbir oleh gabenor-gabenor daripada Dinasti Mamluk, Balban dan Tughluq. Namun begitu, jarak Bengal yang jauh dari Delhi menyebabkan pengaruh kuasa di Bengal adalah lemah, lalu memberi ruang kepada pemberontakan untuk mengasaskan pentadbiran sendiri Bengal. Pada 1352, Kesultanan Bengal telah diasaskan.

Kesultanan Bengal berkembang menjadi salah satu pusat perdagangan utama dunia, dan disifatkan oleh golongan Eropah sebagai negara perdagangan terkaya dunia.[5]

Zaman BritishSunting

Pada 1757, peristiwa Pertempuran Plassey antara Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) dengan Bengal menyebabkan Bengal dikuasai oleh syarikat British tersebut. Pemberontakan India pada 1857 yang disertai beberapa bandar Bengal,[6] menyebabkan kuasa pemerintahan SHTI dipindahkan kepada pihak Mahkota British lalu menyebabkan kawasan Bengal (di bawah Raj British) dijadikan sebagai jajahan mahkota British. Pada sekitar 1870, sebuah peristiwa kebuluran besar telah melanda Bengal yang menyebabkan kira-kira 10 juta orang penduduk terkorban. Sebuah lagi peristiwa kebuluran berlaku pada 1943 yang menyaksikan kira-kira tiga juta orang penduduk terkorban.

Proses persediaan demi pentadbiran sendiri Bengal adalah perlahan. Lembaga Legislatif Bengal ditubuhkan 1862. Pada awal abad ke-20, kesedaran kemerdekaan India dan Pakistan bertambah kuat. Liga Muslim Provinsi Bengal pula diasaskan pada 1913 untuk memperjuangkan hak golongan Muslim Bengal. Pada 1937, Perhimpunan Legislatif Bengal yang merupakan badan legislatif terbesar India British telah ditubuhkan.

Pada 1905, sebuah usaha telah dibuat oleh pihak Raj British untuk memisahkan Bengal kepada dua bahagian; bahagian barat dengan penduduk majoriti Hindu dan bahagian timur dengan penduduk majoriti Muslim. Pada 1947, seiring dengan pembahagian India, Benggala dibahagikan dan diserap ke India dan Pakistan; Benggala Barat diserap ke dalam India manakala Benggala Timur diserap ke dalam Pakistan dan digelar sebagai Benggala Timur, kemudiannya Pakistan Timur.

Zaman PakistanSunting

Rencana–rencana utama: Benggala Timur dan Pakistan Timur
 
Peta Dominion Pakistan pada 1947 dengan peta Benggala Timur di kawasan kanan peta.

Dominion Pakistan ditubuhkan pada 14 Ogos 1947, dengan Dhaka dijadikan sebagai ibu kota Benggala Timur. Pembahagian India memberi ruang peluang ekonomi kepada Benggala Timur lalu membentuk pembangunan bandar pada 1950-an.[7][8] Pada 1950, sistem zamindar feudal Benggala Timur telah dimansuhkan melalui pemindaan undang-undang tanah oleh Perhimpunan Legislatif Benggala Timur.[9] Pada 1955, Benggala Timur dinamakan semula sebagai Pakistan Timur.

Pada awal 1950-an, Gerakan Bahasa Bengali ditubuhkan dan disifatkan sebagai petanda awal konflik antara Pakistan Barat dan Timur.[9] Menurut pihak atasan Bank Dunia, pihak Pakistan telah menerapkan diskriminasi ekonomi yang ketara terhadap Pakistan Timur seperti perbelanjaan yang lebih ditumpukan kepada Pakistan Barat dan pemindahan hasil kewangan ke Pakistan Barat.[10]

Liga Awami Bangladesh yang ditubuhkan pada 1949 mula menjadi suara politik bagi pihak Pakistan Timur. Pada 1966, Sheikh Mujibur Rahman, ketua Liga Awami telah melancarkan "gerakan enam asas" yang disifatkan sebagai peristiwa penting dalam usaha kemerdekaan Bangladesh.[11] Gerakan ini diasaskan dengan hasrat untuk mengakhiri penindasan Pakistan Timur oleh pemerintah Pakistan Barat dan memperjuangkan hak autonomi yang lebih meluas kepada Pakistan Timur.[12][13] Beliau dipenjara dan dibebaskan pada 1969 ketika berlakunya kebangkitan di Pakistan Timur.

Taufan Bhola melanda Pakistan Timur pada 1970, menyebabkan kira-kira 500 ribu orang penduduk terkorban. Kerajaan pusat Pakistan dikritik kerana tindakan mereka yang dilihat kurang memuaskan. Pada tahun ini juga, Pakistan menjalankan pilihan raya yang menyaksikan parti nasionalis Liga Awami memenangi 167 daripada 169 kerusi yang dipertandingkan dalam Pakistan Timur, malah boleh membentuk kerajaan dan menggubal perlembagaan baharu, tetapi ditentang oleh Parti Rakyat Pakistan dan tentera Pakistan, dan Sheikh Mujibur Rahman dihalang daripada memegang sebarang kuasa.

Tentangan tersebut menyebabkan kemarahan yang membawa kepada rusuhan di seluruh Pakistan Timur.[14] Pada 7 Mac 1971, sebuah perhimpunan prokemerdekaan telah dihadiri oleh lebih dua juta orang penduduk yang diketuai oleh Mujibur. Beliau menyeru rakyat Pakistan Timur untuk berjuang demi kemerdekaan negara.[15] Pada 26 Mac, beliau ditahan melalui arahan Yahya Khan, Presiden Pakistan. Namun begitu, sebelum ditangkap, beliau mengisytiharkan kemerdekaan Bangladesh dan menyeru rakan-rakannya untuk mengekang serangan Pakistan Barat secara habis-habisan.

Perang Kemerdekaan Bangladesh tercetus sejurus selepas pengisytiharan tersebut, dan berlanjutan selama sembilan bulan yang menyaksikan pembentukan tentera pejuang kemerdekaan, Mutki Bahini oleh para nasionalis Bangladesh. Sheikh Mujibur dilantik sebagai Presiden pertama, tetapi Syed Nazrul Islam menjadi pemangku Presiden ketika penahanan beliau manakala Tajuddin Ahmad menjadi Perdana Menteri. Mutki Bahini yang memperoleh bantuan ketenteraan daripada India berjaya mengalahkan Pakistan, dan Pakistan menyerah diri pada 16 Disember 1971.[16] Sheikh Mujibur dibebaskan pada 8 Januari 1972 akibat tekanan antarabangsa terhadap Pakistan dan diterbangkan ke Dhaka sambil disambut oleh kira-kira sejuta orang penduduk di situ.[17][18]

GeografiSunting

Rencana utama: Geografi Bangladesh

Bangladesh terletak di kawasan delta Sungai Ganges-Brahmaputra, delta sungai terbesar dunia.[19] Delta ini terbentuk daripada pertemuan Sungai Ganges (nama setempat Padma atau Pôdda), Brahmaputra (Jamuna atau Jomuna), Meghna, dan anak-anak sungai.

Sebahagian besar Bangladesh berada pada paras 12 meter di bawah paras laut, dan dipercayai sekitar 10% kawasan Bangladesh akan tenggelam jika paras laut naik sebanyak satu meter.[20]

Titik tertinggi Bangladesh dipercayai ialah Saka Haphong dengan ketinggian 1,064 meter yang terletak berdekaan sempadan Myanmar,[21] tetapi kebanyakan rujukan menetapkan Keokradong sebagai titik tertinggi negara.[22]

IklimSunting

Iklim Bangladesh ialah iklim tropika dengan musim sejuk yang kurang ketara dan musim panas yang lembap. Bangladesh mengalami musim monsun yang panas dan lembap dari Jun hingga Oktober. Bencana-bencana alam yang sering melanda Bangladesh termasuklah banjir, siklon, puting beliung dan bena.[23]

Pembahagian pentadbiranSunting

Bangladesh terbahagi kepada lapan buah daerah (bibhag) yang dinamakan mengikut nama ibu kota setiap daerah, iaitu:[24]

  • Barisal
  • Chittagong
  • Dhaka
  • Khulna
  • Mymensingh
  • Rajshahi
  • Rangpur
  • Sylhet

EkonomiSunting

Rencana utama: Ekonomi Bangladesh

Bangladesh secara umumnya ialah sebuah negara membangun.[25] Setakat 2019, anggaran KDNK nominal Bangladesh ialah AS$347.991 bilion (ke-39 terbesar dunia) manakala KDNK berdasarkan pariti kuasa beli mencatatkan angka AS$917.805 bilion (ke-29 terbesar dunia).[26] Ibu kota negara, Dhaka menempatkan dua pasaran saham, Bursa Saham Dhaka dan Bursa Saham Chittagong.

Pertanian Bangladesh merangkumi 14.2% KDNK negara, namun memberi pekerjaan kepada 42.7% penduduk bekerja di Bangladesh.[27] Hasil-hasil pertanian utama termasuklah beras dan jut, tetapi jagung dan sayur-sayuran lazim diberi perhatian yang lebih khusus. Teh pula ditaman di barat daya Bangladesh.[28]

Sektor perkilangan terbesar Bangladesh ialah industri penghasilan tekstil dan pakaian dengan angka eksport sebanyak AS$34.1 bilion pada 2017.[29] Penghasilan barangan kulit, terutamanya kasut ialah sektor eksport kedua terbesar. Industri farmaseutikal memenuhi 97% permintaan domestik negara dan dieksport ke banyak negara.[30][31] Industri pembinaan kapal juga berkembang pesat. Kapal-kapal Bangladesh dieksport ke pasaran Eropah.[32]

DemografiSunting

Rencana utama: Demografi Bangladesh

Bangladesh ialah negara dengan jumlah penduduk kelapan terbesar dunia. Angka jumlah penduduk Bangladesh adalah pelbagai mengikut rujukan, tetapi perangkaan PBB menetapkan jumlah penduduk Bangladesh ialah kira-kira 162.9 juta orang pada 2017. Negara ini ialah negara ketujuh paling padat di dunia daripada segi penduduk, dan merupakan negara yang paling padat penduduknya jika negara kecil dan negara kota tidak diambil kira.[33]

BahasaSunting

Rencana–rencana utama: Bahasa di Bangladesh dan Bahasa Benggali

Bahasa rasmi negara ialah bahasa Benggali yang ditulis dengan tulisan Benggali.[34] Sejak pewartaan Akta Pelaksanaan Bahasa Benggali pada 1987, kesemua urusan rasmi kerajaan negara wajib dilaksanakan dalam bahasa ini.[35] Bahasa Inggeris pula lazim digunakan dalam pengajian tinggi.

Bahasa Chakma ialah sebuah bahasa asli Bangladesh yang ditutur oleh etnik Chakma. Selain itu, bahasa-bahasa lain di Bangladesh ialah bahasa Garo, Manipur, Kokporok, Rakhine dan Santali. Kebanyakan bahasa ini ditulis dengan tulisan Benggali dan ada sesetengah bahasa yang menggunakan tulisan Rumi.

AgamaSunting

Rencana utama: Agama di Bangladesh

Perlembagaan Bangladesh menetapkan negara ini sebagai negara sekular dan menjaminkan kebebasan beragama serta menetapkan agama Islam sebagai "agama Republik".[36]

Agama Islam dianuti oleh kira-kira 90% penduduk Bangladesh.[37] Kebanyakan penduduk Islam berada dalam aliran Ahli Sunah Waljamaah, namun terdapat juga pengikut aliran Syiah, Ahmadiyyah dan sufi. Di samping itu, kira-kira empat peratus daripada golongan Muslim Bangladesh adalah tidak bermazhab.

Agama Hindu pula dianuti oleh kira-kira 8.5% penduduk negara.[37] Penganut Buddha merangkumi 0.6% penduduk Bangladesh manakala penganut Kristian pula merangkumi 0.4% penduduk negara.[38]

PrasaranaSunting

PendidikanSunting

Kadar celik huruf masyarakat Bangladesh ialah 72.9% pada 2018; 75.4% bagi golongan lelaki dan 70.09% bagi golongan perempuan. Secara umumnya, pendidikan di Bangladesh terbahagi kepada lima tahap, yakni tahap rendah (gred pertama ke kelima), menengah rendah (gred keenam ke kelapan), menengah (gred kesembilan dan ke-10), menengah tinggi (gred ke-11 dan ke-12) dan pendidikan tinggi.[39] Perlembagaan Bangladesh menjamin setiap kanak-kanak Bangladesh yang berumur enam hingga 10 tahun mendapat pendidikan asas percuma.

Pendidikan di Bangladesh lazimnya menggunakan bahasa Benggali sebagai bahasa pengantar, tetapi bahasa Inggeris juga diajar dan digunakan. Bahasa Arab juga digunakan di madrasah-madrasah di seluruh Bangladesh.[39]

RujukanSunting

  1. ^ CIA World Factbook 2007
  2. ^ a b Bharadwaj, G (2003). "The Ancient Period". dalam Majumdar, RC. History of Bengal. B.R. Publishing Corp. 
  3. ^ Blood, Peter R. (1989). "Early History, 1000 B.C.–A.D. 1202". dalam Heitzman, James; Worden, Robert. Bangladesh: A Country Study. Washington, DC: Federal Research Division, Library of Congress. m/s. 4. Diarkibkan daripada asal pada 22 Jun 2011. Dicapai 17 Oktober 2010.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  4. ^ Eaton, R (1996). The Rise of Islam and the Bengal Frontier. University of California Press. ISBN 0-520-20507-3. OCLC 26634922 76881262 Check |oclc= value (bantuan). 
  5. ^ Nanda, J. N (2005). Bengal: the unique state. Concept Publishing Company. p. 10. 2005. ISBN 978-81-8069-149-2. Bengal [...] was rich in the production and export of grain, salt, fruit, liquors and wines, precious metals and ornaments besides the output of its handlooms in silk and cotton. Europe referred to Bengal as the richest country to trade with. 
  6. ^ "Revisiting the Great Rebellion of 1857". 13 Julai 2014. 
  7. ^ Ahmed, K. Anis (16 Ogos 2017). "Opinion – Why Do Bangladeshis Seem Indifferent to Partition?". The New York Times. Diarkibkan daripada asal pada 29 Ogos 2017. Dicapai 19 September 2017.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  8. ^ Abdul Hannan (28 Ogos 2017). "How Partition helped Muslims". Dhaka Tribune (Opinion). Diarkibkan daripada asal pada 1 Oktober 2017. Dicapai 19 September 2017.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  9. ^ a b Baxter, C (1997). Bangladesh, from a Nation to a State. Westview Press. ISBN 0-8133-3632-5. OCLC 47885632. 
  10. ^ Muscat, Robert J. (2015). Investing in Peace: How Development Aid Can Prevent or Promote Conflict. Routledge. ISBN 978-1-317-46729-8. Diarkibkan daripada asal pada 14 Februari 2017. Dicapai 20 Januari 2017.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  11. ^ "Historic Six-Point Day today". The Daily Star (dalam bahasa Inggeris). 2012-06-07. Dicapai 2018-01-16. 
  12. ^ "Six-point Programme - Banglapedia". en.banglapedia.org. Dicapai 2016-03-22. 
  13. ^ "Six Points and June 7, 1966". The Daily Star (dalam bahasa Inggeris). 2013-06-07. Dicapai 2018-01-16. 
  14. ^ Ray, Jayanta Kumar (2013). India's Foreign Relations, 1947–2007. Routledge. ISBN 978-1-136-19714-7. 
  15. ^ Thorpe, Edgar (2012). The Pearson General Knowledge Manual. Pearson Education India. m/s. A.125. ISBN 978-81-317-6190-8. 
  16. ^ LaPorte, R (1972). "Pakistan in 1971: The Disintegration of a Nation". Asian Survey. 12 (2): 97–108. doi:10.1525/as.1972.12.2.01p0190a. 
  17. ^ Srinath Raghavan (2013). 1971. Harvard University Press. m/s. 247. ISBN 978-0-674-73127-1. Diarkibkan daripada asal pada 14 Februari 2017. Dicapai 20 Januari 2017.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  18. ^ Templat:Cite av media
  19. ^ Misachi, John (25 April 2017). "Where Is The Largest Delta in the World?". WorldAtlas, worldatlus.com. 
  20. ^ Ali, A (1996). "Vulnerability of Bangladesh to climate change and sea level rise through tropical cyclones and storm surges". Water, Air, & Soil Pollution. 92 (1–2): 171–79. doi:10.1007/BF00175563 (tak aktif 2019-12-01). 
  21. ^ "World Country High Points". peakbagger.com. peakbagger.com. 
  22. ^ "Bangladesh". The World Factbook. CIA. 
  23. ^ Alexander, David E. (1999) [1993]. "The Third World". Natural Disasters. Dordrecht: Kluwer Academic Publishers. m/s. 532. ISBN 978-0-412-04751-0. 
  24. ^ "National Web Portal of Bangladesh". Bangladesh Government. 15 September 2015. Diarkibkan daripada asal pada 23 September 2015. Dicapai 23 September 2015.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  25. ^ "World Economic Outlook Database, April 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai 29 September 2019. 
  26. ^ "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai 16 Oktober 2019. 
  27. ^ "CIA – The World Factbook". Central Intelligence Agency. Dicapai 5 Disember 2019. 
  28. ^ "Background Note: Bangladesh". Bureau of South and Central Asian Affairs. Mac 2008. Dicapai 11 Jun 2008.  This article incorporates text from this source, which is in the public domain.
  29. ^ "Balance of payments [Annual Data]". Bangladesh Bank. Dicapai 5 Disember 2019. 
  30. ^ Hassan, Nazmul (26 Mac 2005). "Pharmaceutical Sector Growing Fast". Arab News. Diarkibkan daripada asal pada 1 Oktober 2015. Dicapai 30 September 2015.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  31. ^ Lane, EJ (13 Februari 2015). "Bangladesh's drug industry meets nearly all domestic demand, eyes exports". Fierce Pharma Asia. Diarkibkan daripada asal pada 1 Oktober 2015.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  32. ^ Lakshmi, Aiswarya (10 Mac 2015). "Bangladesh Mulls Investments in Shipbuilding". Marinelink.com. Diarkibkan daripada asal pada 22 Disember 2015. Dicapai 17 Disember 2015.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  33. ^ "Population density – Persons per sq km 2010 Country Ranks". Diarkibkan daripada asal pada 24 Oktober 2010. Dicapai 2 Oktober 2010.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  34. ^ Constitution of Bangladesh, Part I, Article 5.
  35. ^ "Bangla Bhasha Prachalan Ain, 1987" বাংলা ভাষা প্রচলন আইন, ১৯৮৭ (Bengali Language Implementation Act, 1987). bdlaws.minlaw.gov.bd. Dicapai 2019-04-22. 
  36. ^ Bergman, David (28 Mac 2016). "Bangladesh court upholds Islam as religion of the state". Al Jazeera. 
  37. ^ a b "Know Bangladesh". Government of Bangladesh. Government of Bangladesh. Diarkibkan daripada asal pada 9 Oktober 2018. Dicapai 10 Oktober 2018.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  38. ^ "১০ বছরে ৯ লাখ হিন্দু কমেছে". prothom-alo.com. Diarkibkan daripada asal pada 24 Disember 2014. Dicapai 3 Disember 2015.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  39. ^ a b T. Neville Postlethwaite (1988). The Encyclopedia of Comparative Education and National Systems of Education. Pergamon Press. m/s. 130. ISBN 978-0-08-030853-1. 

Pautan luarSunting