Jajahan mahkota merupakan sejenis pentadbiran jajahan Empayar British.

Jajahan mahkota diperintah oleh seorang gabenor yang dilantik oleh pemerintahan beraja British. Walaupun istilah ini tidak digunakan pada masa itu, jajahan pertama yang dikenali sebagai jajahan mahkota ialah Jajahan Virginia yang sekarang berada di Amerika Syarikat, selepas pemerintahan beraja British mengambilnya daripada Syarikat Virginia pada tahun 1624.

Sehingga pertengahan kurun ke-19, istilah ini pada umumnya merujuk kepada jajahan yang diambil melalui perang seperti Trinidad dan Guiana British tetapi kemudian ia digunakan kepada mana-mana tanah jajahan selain daripada Kemaharajaan British dan jajahan British lain seperti Australia, Kanada dan New Zealand (yang kemudian dipanggil Dominion).

Istilah ini terus digunakan sehingga 1981 apabila Akta Kewarganegaraan British 1981 mengelaskan jajahan British yang tinggal sedikit sebagai "Wilayah Tanggungan British". Dari tahun 2002, negara-negara ini dikenali sebagai Wilayah Luar Negeri British.

Isi kandungan

SenaraiSunting

Senarai berikut termasuk wilayah yang dimiliki oleh penempatan, penaklukan atau pengilhakan kepada Mahkota British atau kepada negara Komanwel yang merdeka.a

Nama tanah jajahan dari ke Alasan bagi pertukaran status
  Aden 1937 1967 Menjadi sebahagian daripada Persekutuan Arab Selatan.
  Australia Barat 1829 1901 Koloni Sungai Swan dari 1829 untuk 1832. Menjadi sebahagian daripada Komanwel Australia pada tahun 1901.
  Australia Selatan 1834 1901 Menjadi sebahagian daripada Komanwel Australia pada tahun 1901.
  Basutoland 1884 1964 Menjadi negeri naungan British pada tahun 1964; kemudian menjadi bebas sebagai Lesotho pada tahun 1966.
  Bermuda 1684 1981 Menjadi Wilayah Tanggungan British pada tahun 1981
  Bechuanaland British 1885 1895 Menjadi sebahagian daripada Koloni Cape British pada tahun 1895
  Borneo Utara 1946 1963 Menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963 sebagai Sabah. Labuan dipisahkan dari Sabah pada tahun 1984 untuk menjadi Wilayah Persekutuan.[1]
  Burma 1937 1948 Dipisahkan dari India British pada tahun 1937 dan menjadi Jajahan Mahkota.
  Cape Colony 1806 1910 Menjadi sebahagian daripada Kesatuan Afrika Selatan pada tahun 1910.
  Carolina Selatan 1729 1776 Menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat pada tahun 1776.
  Carolina Utara 1729 1776 Menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat pada tahun 1776.
  Cayman Islands 1962 1981 Menjadi Wilayah Tanggungan British pada tahun 1981
  Ceylon 1815 1948 Merdeka sebagai Dominion Ceylon pada tahun 1948.
  British Columbia 1866 1871 Menjadi sebahagian daripada Dominion Kanada pada tahun 1871.
  Cyprus 1914 1960 Merdeka sebagai Cyprus pada tahun 1960.
  Florida Barat 1763 1783 Diserahkan kepada Sepanyol. Kemudiannya menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat.
  Florida Timur 1763 1783 Diserahkan ke Sepanyol. Kemudiannya menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat.
  Georgia 1755 1776 Menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat pada tahun 1776.
  Gibraltar 1713 1981 Menjadi Wilayah Tanggungan British pada tahun 1981.

  Gold Coast

1821 1957 Mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 sebagai Ghana.
  Guiana British 1831 1966 Merdeka sebagai Guyana pada tahun 1966.
  Honduras British (dinamakan semula Belize pada tahun 1964) 1884 1981 Merdeka (sebagai Belize) pada tahun 1981.
  Hong Kong 1841 1981 Menjadi Wilayah Tanggungan British pada tahun 1981. Menjadi wilayah pentadbiran khas yang ditadbir sendiri apabila kedaulatan dipindahkan ke China pada tahun 1997.[2]
  Jamaica 1865 1962 Mencapai kemerdekaan pada tahun 1962 sebagai Jamaica.
  Kenya 1920 1963 Bersatu dengan Negeri Naungan Kenya pada tahun 1963 untuk membentuk negara bebas Kenya
  Labuan 1846 1890 Ditadbir oleh Syarikat Borneo Utara British dari 1890-1904.
1906 1946 Dimasukkan ke dalam Negeri Selat pada 30 Oktober 1906.
1946 1963 Digabungkan dalam Borneo Utara pada 15 Julai 1946. Menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963[1]
  Lower Canada 1791 1841 Menjadi sebahagian daripada Wilayah Kanada pada tahun 1841.
  Kepulauan Falkland 1841 1981 Menjadi Wilayah Tanggungan British pada tahun 1981.
  Koloni dan Naungan Gambia 1888 1965 Merdeka sebagai Gambia in 1965.
  Malta 1813 1964 Mencapai kemerdekaan pada tahun 1964 sebagai Negeri Malta.
  Massachusetts Bay 1692 1776 Menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat pada tahun 1776 sebagai negeri Massachusetts.
  Mauritius 1903 1968 Merdeka sebagai Mauritius pada tahun 1968.
  Melaka 1946 1957 Menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957
  Natal 1843 1910 Menjadi sebahagian daripada Kesatuan Afrika Selatan pada tahun 1910.
  Newfoundland 1583 1907 Menjadi Dominion Newfoundland pada tahun 1907, dan kemudian menyertai Dominion Kanada pada tahun 1949.
  New Hampshire 1692 1776 Menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat pada tahun 1776.
  New Jersey 1702 1776 Menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat pada tahun 1776.
  New South Wales 1788 1901 Menjadi sebahagian daripada Komanwel Australia pada tahun 1901.
  New York 1691 1776 Menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat pada tahun 1776.
  New Zealand 1841 1907 Menjadi Dominion New Zealand in 1907.
  Nigeria 1914 1960 Merdeka sebagai Nigeria in 1960.
  Pulau Norfolk 1788 1914 Diletakkan di bawah pentadbiran Australia pada tahun 1914 sebagai wilayah bukan pemerintahan sendiri. Pulau ini mempunyai pemerintahan sendiri antara tahun 1979 dan 2015.
  Penang 1946 1957 Menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu pada 1957
  Pulau Vancouver 1848 1866 Digabungkan dengan Koloni British Columbia pada 1866
  Quebec 1763 1791 Terbahagi antara Upper dan Lower Canada dan Northwest Territory.
  Queensland 1824 1901 Menjadi sebahagian daripada Komanwel Australia pada tahun 1901.
  Rhodesia Selatan 1923 1980 Mencapai kemerdekaan pada tahun 1980 sebagai Zimbabwe.
  Saint Christopher-Nevis-Anguilla 1980 1981 Menjadi Wilayah Tanggungan British pada tahun 1981
  Sarawak 1946 1963 Menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963[1]
  Seychelles 1903 1976 Dipisahkan dari Mauritius British pada tahun 1903 dan menjadi Jajahan Mahkota dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1976.
  Sierra Leone 1808 1961 Merdeka sebagai Sierra Leone pada tahun 1961.
  Singapura 1946 1963 Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963;[1] kemudian menjadi bebas sebagai Republik Singapura pada tahun 1965.[3]
1946 1946 Labuan telah dimasukkan ke dalam Borneo Utara pada 15 Julai 1946, yang menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963[1]
1946 1955 Kepulauan Cocos (Keeling) dipindahkan ke Australia pada tahun 1955.[4]
1946 1957 Pulau Krismas dipindahkan ke Australia pada tahun 1957.[5]
  Negeri Selat 1786 1946 Pulau Pinang menjadi tanah jajahan mahkota yang berasingan dalam Malayan Union pada tahun 1946, yang telah disusun semula sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1957;[6] kemudiannya menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963[1]
1826 1946 Singapura menjadi tanah jajahan mahkota yang berasingan pada tahun 1946, selepas Negeri Selat dibubarkan.[7]
1826 1946 Melaka menjadi tanah jajahan mahkota yang berasingan dalam Malayan Union pada tahun 1946, yang disusun semula sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1957;[6] kemudiannya menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963[1]
1857 1946 Kepulauan Cocos (Keeling) menjadi sebahagian daripada Koloni Singapura pada tahun 1946.[7]
1874 1937 Dinding (sekarang Manjung) menjadi sebahagian daripada Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1937, yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada Malayan Union pada tahun 1946; Malayan Union menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1957;[6] kemudiannya menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963.[1]
1888 1946 Pulau Krismas menjadi sebahagian daripada Koloni Singapura pada tahun 1946.[7]
1906 1946 Labuan menjadi sebahagian daripada Koloni Singapura pada tahun 1946.[7]
  Tasmania 1803 1901 Van Diemen's Land dari 1803 ke 1856; Dahulunya sebahagian daripada New South Wales dari 1803 ke 1825, apabila dijadikan koloni bebas. Menjadi sebahagian daripada Komanwel Australia pada tahun 1901.
  Upper Canada 1791 1841 Menjadi sebahagian daripada Wilayah Kanada pada tahun 1841.
  Victoria 1851 1901 Menjadi sebahagian daripada Komanwel Australia pada tahun 1901.
  Virginia 1624 1776 Menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat pada tahun 1776.
  Wilayah Bersatu Kanada 1841 1867 Menjadi sebahagian daripada Dominion Kanada pada tahun 1867.

^a Sumber: Templat:Source-attribution

Lihat jugaSunting

CatatanSunting

RujukanSunting

  • Jenks, Edward (1918). The Government of the British Empire. Little, Brown, and Company. 
  • Olson, James (1996). Historical Dictionary of the British Empire. Greenwood Publishing Group. ISBN 0-313-29366-X. 
  • Porter, Andrew (1998). The Nineteenth Century, The Oxford History of the British Empire Volume III. Oxford University Press. ISBN 0-19-924678-5. 
  • Wrong, Hume (1923). "The Old Representative System: The Change To Crown Colony Government". Government of the West Indies. England: Oxford University Press. p. 71. ISBN 1-113-74149-X. Dicapai pada 2010-03-30. The phrase 'Crown Colony Government' is used with various meanings. In the broadest, and perhaps most correct, sense it is applied to all the colonies in which the Crown retains the real control of the executive (i.e. to all the West Indian colonies). By both official and common usage, however, it is often narrowed as to exclude colonies with elected Assemblies, though without a responsible executive.