Victoria, Australia

negeri Australia
(Dilencongkan daripada Victoria (Australia))

Victoria merupakan negeri terkecil di tanah besar Australia (tidak termasuk Tasmania). Ibu negerinya ialah Bandar raya Melbourne.Victoria terletak di bahagian tenggara Australia dan dengan perhitungan penduduk 5,022,300 juta (Jun 2005), merupakan wilayah dengan penduduk terpadat kedua di Australia.

Victoria
Bendera Victoria
Mohor rasmi Victoria
Nama panggilan: Negeri Taman (Inggeris: The Garden State)[1]
Cogan kata: Keamanan dan Kemakmuran (Inggeris:Peace and Prosperity)
Koordinat: 37°48′51″S 144°57′47″E / 37.81417°S 144.96306°E / -37.81417; 144.96306
NegaraAustralia
Sebelum PersekutuanKoloni Victoria
Berpisah dengan New South Wales1 Julai 1851
Kerajaan bertanggungjawab23 November 1855
Persekutuan1 Januari 1901
Dinamakan bersempenaRatu Victoria
Pentadbiran
 • MonarkiCharles III
 • GabernorMargaret Gardner
 • PremierJacinta Allan (ALP)
Keluasan
 • Tanah227,444 km2 (87,817 batu persegi)
 • Pemeringkatanke-6
Aras tertinggi
1,986 m (6,516 ft)
 • Kepadatan29.5/km2 (76/batu persegi)
  • Pemeringkatanke-2
Zon waktuUTC+10:00 (AEST)
 • Musim panas (DST)UTC+11:00 (AEDT)
Singkatan poskod
VIC
Kod ISO 3166AU–VIC
Laman sesawangvic.gov.au

Sejarah

sunting

Victoria dinyatakan terpisah dari wilayah New South Wales dan menjadi koloni yang merdeka pada tahun 1851 setelah terjadi perburuan emas terbesar di dunia sejak tambang-tambang emas ditemukan di Ballarat dan kemudian di Bendigo.

Pada 1 Januari 1901, Victoria kembali menjadi wilayah di Australia seperti layaknya wilayah-wilayah lain. Sebelum ibu negara Australia, Canberra, siap dibangunkan, Melbourne merupakan ibu negara Australia dari tahun 1901-1927.

Geografi

sunting

Terletak di bahagian tenggara benua Australia, Victoria berbatasan dengan Australia Selatan di sebelah barat dan New South Wales di utara dengan Sungai Murray sebagai batasnya. Di bahagian selatan terdapat sebuah teluk besar yang digunakan untuk pelabuhan iaitu Pelabuhan Phillip yang terletak di Melbourne serta pinggirannya seperti Geelong dan Frankston.

Sungai-sungai yang ada di Victoria antara lain Sungai Murray, Sungai Yarra, Sungai Maribyrnong, dan Sungai Mitta.

Pemerintahan

sunting

Pemerintahan Victoria telah dijelaskan dalam perlembagaannya sejak 1855 dan sudah dipinda beberapa kali. Sejak bergabung dengan Australia tahun 1901, Perlembagaan Australia mengatur Victoria. Jabatan Perdana Menteri Victoria sejak Julai 2007 dijabat John Brumby.

Ekonomi

sunting

Dahulu, Victoria merupakan pusat dari perburuan emas dan arang batu. Sekarang, hasil produksinya hampir sama dengan wilayah-wilayah lain namun dengan tambahan hasil pertanian kerana curahan hujannya yang lebih tinggi berbanding wilayah-wilayah lain.

Pelancongan

sunting

Beberapa lokasi pelancongan di Victoria antara lain:

Budaya dan sukan

sunting

Melbourne, Victoria pada khususnya, memiliki pelbagai kebudayaan seperti Cina, India, Yunani, dan Vietnam.

Victoria merupakan asal dari bola sepak Australia (Australian Football atau Footy) dengan 10 dari 16 kumpulan liga utama (AFL) berasal dari sini. Pertandingan Grand Final pun diselenggarakan di stadium Padang Kriket Melbourne.

Pautan luar

sunting
  1. ^ "Victoria, the garden state of Australia". Trove (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 May 2023.