Koordinat: 32°18′N 64°47′W / 32.300°N 64.783°W / 32.300; -64.783

Bermuda ialah Wilayah Luar Negeri British terletak di utara Lautan Atlantik. Wilayah ini terdiri daripada 138 pulau dengan keluasan sejumlah 58.8 km persegi,[4] pulau terbesar ia bernama Main Island ("Pulau Utama") yang menempatkan ibu kota wilayah ini, Hamilton.

Bermuda
Bendera Bermuda
Bendera
Lagu kebangsaan"God Save the Queen"
Ibu negara
dan bandar terbesar
Hamilton
32°18′N 64°47′W / 32.300°N 64.783°W / 32.300; -64.783
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
Kumpulan etnik
(2016[1])
  • 52% kulit hitam
  • 31% kulit putih
  • 9% kacukan
  • 4% orang Asia
  • 4% lain-lain
DemonimBermudian
KerajaanWilayah tanggungan berparlimen di bawah kerajaan berperlembagaan
• Monarki
Elizabeth II
• Gabenor
John Rankin
• Premier
E. David Burt
Badan perundanganParliament
Senat
House of Assembly
Keluasan
• Jumlah
53.2 km2 (20.5 bt2)
• Perairan (%)
27
Populasi
• Perkiraan 2018
71,176[2] (205th)
• Bancian Penduduk 2016
63,779
1,338/km2 (3,465.4/sq mi) (9th)
KDNK (nominal)2019[3]
•  Jumlah
$6.269 bilion (161st (estimate))
$102,192 (ke-4)
HDI (2013) 0.981
sangat tinggi
Mata wangdolar Bermuda
(BMD)
Zon waktu({{{time_zone}}})
• Musim panas (DST)
UTC−03:00
Format tarikhdd/mm/yyyy
Bahagian memanduleft
Kod panggilan+1-441
DPT internet.bm

Wilayah ini merupakan wliayah tanggungan British paling banyak penduduk dengan sebanyak 71,176 orang dikira setakat tahun 2018.[2] Ia diperintah sendiri dengan perlembagaan khusus serta kabinet dilantik Parlimen sendiri; Kerajaan United Kingdom dipertanggungjawabkan atas ehwa pertahanan dan perhubungan antarabangsa dengan negara-negara yang berjiranan. Eknomi wilayah ini sangat bergantung kepada industri insurans luar pesisir dan pelancongan;[5][6] malah ia pernah mempunyai antara keluaran dalam negara kasar per kapita tertinggi di dunia sepanjang awal abad ke-20.[7]

Sejarah sunting

Kawasan Bermuda tidak pernah dihuni mana-mana manusia dan kosong sepi sebelum ini. Ia pertama kali ditemui Juan de Bermúdez, seorang pengemudi Sepanyol yang tersempak dalam perjalanannya selepas mendapatkan bekalan dari Hispaniola tahun 1505.[2][8] Secara bandingannya, Melaka telah mencapai puncak kemasyhuran dan Portugis baru datang ke Melaka. Antara catatan yang menunjukkan pengetahuan terawal mengenai tempat ini mula didapati dalam sandiwara The Tempest nukilan William Shakespeare yang mengeja ia Bermoothes.[9]

Geografi sunting

Geologi sunting

Bermuda terdiri daripada segugusan gunung berapi berdekatan Laut Sargasso di kawasan Atlantik. Titik daratan bear yang terdekat ialah Cape Hatteras[10] di Carolina Utara, Amerika Syarikat sejauh 578 batu nautika (1,070 km; 665 bt) arah barat laut.[2][11] Puncak tertinggi ia ialah Town Hill di pulau terbesar ia, Main Island atau Bermuda dengan ketinggian sebanyak 79 meter (260 kaki).[2][12]

Wilayah ini terdiri daripada 181 buah pulau[4] dengan keluasan sejumlah 53.3 kilometer persegi (20.6 batu persegi).[4] Pulau terbesar ia adalah Main Island atau Bermuda. Lapan pulau terbesar ia paling banyak berpenduduk dan dihubungkan oleh jambatan.[4] Pesisiran ia diukur sejarak 103 km (64 bt).[2]

Iklim dan suhu sunting

Bermuda beriklim tropika (kelas Köppen: Af). Ia sangat menghampiri iklim subtropika lembap (Köppen: Cfa) namun persekitarannya dipenagruhi haba dibawa Gulf Stream serta latitud sekitar yang rendah. Ia boleh mengalami suhu yang lebih sejuk pada bulan-bulan pertama [berpurata 17 °C (63 °F)],[13] namun salji atau ibun langsung tidak dicatatkan pernah turun di kawasan wilayah ini.[14]

Ekonomi sunting

Keistimewaan percukaian sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Bermuda 2016 Census" (PDF). Bermuda Department of Statistics. December 2016. Dicapai pada 22 March 2020.
  2. ^ a b c d e f g "North America :: Bermuda". CIA World Factbook. July 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-04. Dicapai pada 4 February 2019.   Rencana ini menggabungkan bahan domain awam daripada CIA World Factbook laman web https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/index.html.
  3. ^ "Bermuda (Economic indicators)". Data.un.org. Dicapai pada 22 March 2020.
  4. ^ a b c d Rybeck, Lauren. "Bermuda Fact Sheet" (PDF). Bermuda Tourism Authority. Dicapai pada 22 December 2016.
  5. ^ "Bermuda – History and Heritage". Smithsonian. 6 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 May 2012. Dicapai pada 3 December 2008.
  6. ^ "Bermuda's Tourism Industry" Tayfun King, Fast Track, BBC World News (3 November 2009).
  7. ^ Rushe, George. "Bermuda". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 1 September 2015.
  8. ^ Morison, Samuel (1974). The European Discovery of America: The Southern Voyages, 1492–1616. New York: Oxford University Press.
  9. ^ The Tempest Act I Scene II
  10. ^ Rushe, George. "Bermuda Islands, Atlantic Ocean". Britannica. Dicapai pada 28 September 2015.
  11. ^ "Brief History of Bermuda". Ducksters. Dicapai pada 28 September 2015.
  12. ^ ExchangeRate Staff. "Bermuda Geography". ExchangeRate.Com Inc. Dicapai pada 2010-05-21.
  13. ^ Forbes, Keith Archibald. "Bermuda's Climate and Weather". Bermuda Online.
  14. ^ Hans W. Hannau and William Zuill, Bermuda Islands in Colour (London: Macmillan, 1994), 126. ISBN 9780333575970

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.