Buka menu utama

Wikipedia β

God Save the Queen" (Bahasa Melayu: "Tuhan Selamatkan Ratu") atau "God Save the King" ("Tuhan Selamatkan Raja") adalah sebuah lagu kebangsaan yang digunakan dalam beberapa negara dalam Alam Komanwel.

God Save the Queen
B. Melayu: Tuhan Selamatkan Ratu
Gstk.png
Penerbitan versi awal di The Gentleman's Magazine, 15 Oktober 1745. Tajuk laman kandungannya ialah "Tuhan selamatkan tuanku Raja: Lagu baru yang ditetapkan untuk dua suara".
Maklumat am
Negara  United Kingdom
 New Zealand
 Antigua dan Barbuda (diraja)
 Australia (diraja)
 Bahamas (diraja)
 Barbados (diraja)
 Belize (diraja)
 Grenada (diraja)
 Isle of Man (diraja)
 Jamaika (diraja)
 Kanada (diraja)
 Saint Kitts dan Nevis (diraja)
 Tuvalu (diraja)
 Guernsey
 Jersey
Juga dikenali sebagai God Save the King (jika pemerintahnya adalah lelaki)
B. Melayu: Tuhan Selamatkan Raja
Penulis Henry Carey (1790)
Diterima pakai 1745
Sehingga kini
Sampel muzik

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Ia merupakan lagu kebangsaan United Kingdom termasuk wilayah-wilayah dalam tanggungannya, Pulau Norfolk, salah satu lagu kebangsaan Kepulauan Cayman dan New Zealand (sejak 1977) serta lagu diraja Kanada (sejak 1980), Australia (sejak 1984), Isle of Man, Belize, Jamaika dan Tuvalu. Dalam negara-negara yang bukan tedahulunya sebahagian dari Empayar British, irama lagu ini masih digunakan sebagai asas untuk lagu patriotik berlainan, walaupun masih secara umum berhubung dengan majlis diraja.

Penulis lagu ini tidak dapat dikenalpasti. Lagu ini mempunyai pelbagai versi yang dihasilkan mengikut masa-masa tertentu dalam sejarah, namun versi-versi tersebut mempunyai persamaan pada rangkap pertamanya. Sepanjang hayat terbitannya, lagu ini telah banyak kali diolah dengan penambahan atau pembuangan bait-bait yang berkenaan pada tempat-tempat tertentu.[1] Pada umumnya hanya satu, atau kadangkala dua rangkap dinyanyikan, namun terdapat juga kes jarang di mana kesemua tiga rangkap lagu tersebut yang dinyanyikan.[2]

Isi kandungan

Protokol kegunaannyaSunting

Di Britain, Ratu (atau Raja) diberikan hormat dengan keseluruhan lagu kebangsaan, sementara ahli-ahli kerabat lain yang berhak (seperti Putera Wales) hanya menerima enam bar yang pertama. Enam bar yang pertama juga dibentukkan sebahagian dari Vice Regal Salute di sesetengah alam Komanwel di luar United Kingdom (contohnya, di Kanada, gabenor jendral dan leftenan gabenor disalutkan dengan enam bar pertama pada "God Save the Queen", diikuti dengan bar empat dan bar empat terakhir "O Canada"). Kata-kata lagu itu, seperti tajuk ini, dan sebagainya, apabila seorang raja bertakhta. Di United Kingdom, barisan akhir pada ayat tiga juga diubah (lihat di bawah).

Seni kata laguSunting

Versi British "Piawai"Sunting

Tiada versi sebenar tentang liriknya. Walau bagaimanapun, versi yang mempunyai tiga perenggan berikut merupakan yang terbaik yang sering didakwa sebagai versi British 'piawai', bukan sahaja muncul dalam Gentleman's Magazine 1745, juga dalam penerbitan seperti The Book of English Songs: From the Sixteenth to the Ninteenth Century (Buku Lagu England: Dari Abad ke-16 hingga Abad ke-19) 1851, [3] National Hymns: How They are Written and how They are Not Written (Lagu Kebangsaan: Bagaimana Ia Ditulis dan Bagaimana Ia Tidak Ditulis) 1861,[4] Household Book of Poetry (Buku Puisi Seisi Rumah) 1882,[5] dan Hymns Ancient and Modern, revised version (Nyanyian Kuno dan Moden, versi ulangan) 1982.[6] Versi yang sama dengan dua rangkap tidak dimasukkan muncul dalam penerbitan termasuklah Scouting for boys (1908),[7] dan laman web Kerajaan U.K. "Monarchy Today".[8] Pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas dalam konsert Istana, Putera Charles merujuknya dalam ucapan baginda kepada "perenggan kedua yang silap dari segi politik" bagi Lagu Kebangsaan itu.

RujukanSunting

  1. ^ cf. versi-versi dalam buku hymn English Hymnal, Hymns Ancient and Modern dan Songs of Praise dan versinya di laman web royalty.gov.uk.
  2. ^ "Monarchy Today pages at royal.gov.uk website" (HTML). Dicapai pada 2007-04-01. 
  3. ^ Mackay, Charles (1851). The Book of English Songs: From the Sixteenth to the Ninteenth Century. pp. p.203. 
  4. ^ White, Richard Grant (1861). National Hymns: How They are Written and how They are Not Written. Rudd & Carleton. pp. p.42. 
  5. ^ Dana, Charles Anderson (1882). Household Book of Poetry. pp. p.384.  line feed character dalam |first= di posisi 8 (bantuan)
  6. ^ Hymns Ancient and Modern, Revised Version. SCM-Canterbury Press Ltd. 1982. pp. p.504. ISBN 0907547060. 
  7. ^ Baden-Powell, Robert (1908). Scouting for Boys. pp. p.341. 
  8. ^ "Monarchy Today website" (HTML). Dicapai pada 2007-04-01. 


Pautan luarSunting