Dhaka (ধাক), dengan jumlah penduduk seramai 6,844,131 orang (1991), ialah ibu negara Bangladesh. Bandar ini terletak di Buriganga, di tengah-tengah kawasan penanaman jut di dunia. Dhaka merupakan sebuah pusat perindustrian, perniagaan dan pentadbiran dan berdagang dalam beras, jut, gula dan teh. Penghasilan barang yang utama adalah tekstil dan produk-produk dari jut seperti tali dan guni. Dhaka juga terkenal dengan hasil kraf tangannya. Wilayah sekelilingnya memiliki kepadatan penduduk yang tinggi dan sering menghadapi masalah banjir monsun.

Dhaka
Pemandangan Dhaka
Pemandangan Dhaka
Kedudukan Dhaka di Bangladesh
Kedudukan Dhaka di Bangladesh
NegaraBangladesh
Daerah pentadbiranDaerah Dhaka
Kerajaan
 • Datuk bandarSadeque Hossain Khoka
Luas
 • Ibu negara Bangladesh815.85 km2 (315.00 batu persegi)
Penduduk
 (anggaran 2006)[1]
 • Ibu negara Bangladesh6,724,976
 • Kepadatan14,608/km2 (37,830/batu persegi)
 • Metro
11,918,442
Zon waktuUTC+6 (BST)

SejarahSunting

Dhaka pernah pada suatu ketika menjadi ibu kota Empayar Mughal. Pada masa itu, ia dikenali sebagai "Jahangir Nagar", sempena maharaja Mughal, Jahangir. Dhaka berada di bawah perintah British pada 1765. Ia kemudiannya menjadi ibu kota Pakistan Timur pada tahun 1947 dan pada 1971, menjadi ibu kota negara Bangladesh yang merdeka. Sebelum ini, nama Dhaka dieja sebagai Dacca.

GeografiSunting

TopografiSunting

Dhaka terletak di pusat Bangladesh, iaitu di timur Sungai Bunriganga serta berkedudukan di kawasan selatan Delta Ganges. Daerah Dhaka bersempadan dengan daerah-daerah Gazipur, Tangail, Munshiganj, Rajbari, Narayanganj, Manikganj.

PencemaranSunting

Dhaka merupakan salah satu bandar global dengan udara paling tercemar dari segi zarahan, terutamanya akibat pengilangan bata secara tidak terkawal.[2]

Tempat-tempat pentingSunting

PendidikanSunting

Universiti Dhaka, BUET, Universiti BRAC dan institut pengajian tinggi dan penyelidikan pertanian yang lain juga terdapat di bandar ini.

PengangkutanSunting

 
Sadarghat, salah satu pelabuhan terpenting di Dhaka

DaratSunting

Dhaka dihubungkan dengan beberapa lebuh raya dengan lima daripada lapan lebuh raya utama Bangladesh bermula di Dhaka.

Kereta apiSunting

Bandar raya ini dihubungkan dengan jaringan landasan kereta api, dengan stesen utamanya merupakan stesen Kamalapur, stesen terbesar di Bangladesh.

RujukanSunting

  1. ^ World Gazetteer, 2006.
  2. ^ Sohara Mehroze Shachi (September 5, 2018). "Bangladesh's Air Pollution Problem Grows, Brick by Brick". Undark. Dicapai pada September 7, 2018. The kiln operations alone — while representing just 1 percent of the country’s GDP — generate nearly 60 percent of the particulate pollution in Dhaka, according to Bangladesh’s Department of Environment (DOE).

Pautan luarSunting

  •   Media berkenaan Dhaka di Wikimedia Commons
  •   Panduan pelancongan Dhaka dari Wikivoyage