Bumiputera

istilah bagi masyarakat Melayu, peribumi Sabah dan peribumi Sarawak
(Dilencongkan dari Pribumi)

Bumiputera (Jawi: بوميڤوترا) atau peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat, contohnya seperti di Tanah Melayu. Golongan yang dikira sebagai bumiputera menurut undang-undang adalah semua suku kaum. Orang Asli, Melayu (menurut takrifan Perlembagaan Malaysia), peribumi Sabah, dan peribumi Sarawak.

Bumiputera sunting

Bumiputera merupakan kaum-kaum di Malaysia yang merupakan penduduk asal negara ini. Bumiputera terdiri daripada kaum Melayu yang ada di seluruh negeri di Malaysia yang merupakan kaum teramai di dalam Bumiputera. Suku-suku orang-orang asli yang banyak terdapat di Pahang , Perak,Kedah,Terengganu,Kelantan, Selangor dan Johor juga merupakan kaum bumiputera. Orang-orang asli ini dibawah penguasaan JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) yang berfungsi untuk melindungi mereka dan hak mereka sebagai warganegara Malaysia. Seterusnya, peribumi-peribumi yang ada di negeri Sabah dan negeri Sarawak. Peribumi terbesar di Sabah ialah kaum Kadazandusun. Peribumi terbesar di Sarawak pula ialah Iban. Kesemua kaum-kaum ini dipelihara dan dilindungi di negara ini. Mereka mendapat hak dan keistimewaan sebagai kaum bumiputera. Antarannya ialah peluang pendidikan tinggi.Universiti Teknologi Mara sahaja yang memberikan pelajar daripada bumiputera menuntut pengajian tinggi di sini.

Senarai Kaum Bumiputera Malaysia sunting

1. Orang Melayu sunting

Termasuk subsuku Melayu (yang juga dianggap Melayu jua di Malaysia) seperti Jawa, Minang, Bugis, Banjar, dan lain-lain

2. Bumiputera Sabah sunting

3. Bumiputera Sarawak sunting

= sunting