Nolee Ashilin Mohammed Radzi

Dato' Nolee Ashilin Mohammed Radzi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Perak setelah memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2008.[1] Beliau merupakan anak perempuan kepada Dato' Mohammed Radzi Manan, bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dan juga bekas ADUN Tualang Sekah, Perak. Abang ipar beliau, Ahmad Faizal Azumu merupakan Menteri Besar Perak yang ke-12 dan ke-13.[2]

Yang Berhormat Dato'

Nolee Ashilin Mohammed Radzi

DPCM (Perak); PPN; PJK (Perak)
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Dalam jawatan
30 Disember 2020 – 17 Oktober 2022
Menteri BesarSaarani Mohamad
Dalam jawatan
31 Mac 2020 – 3 Disember 2020
Menteri BesarAhmad Faizal Azumu
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Tualang Sekah
Dalam jawatan
2008 – 17 Oktober 2022
Didahului olehDato' Mohammed Radzi Manan
Digantikan olehMohd Azlan Helmi
Butiran peribadi
Lahir (1975-01-04) 4 Januari 1975 (umur 49)
Perak
Parti politik BERSATU (sejak 2020)
BEBAS (2018 - 2020)
UMNO (2008-2018)

Kerjaya:

  • Pegawai akauntan
  • Konsultan

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Perak (2008)
  • Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (2020)

Pendidikan:

  • Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan di Universiti Metropolitan Manchester, United Kingdom
  • Sarjana Pertadbiran perniagaan di Universiti Edith Cowan, Australia

Kerjaya politik

sunting

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada 31 Mac 2020.[3]

Rujukan

sunting