Buka menu utama

Dato' Rosol Wahid adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan N24 Ajil. Beliau pernah menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO di bawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.[1] Beliau juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan negeri Terengganu.[2]

Yang Berhormat Dato' Haji
Rosol Haji Wahid
DPMT (Ter)
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Hulu Terengganu
Memegang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehJailani Johari
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Ajil Terengganu
Dalam jawatan
1999–2013
Didahului olehOthman Daud
Digantikan olehGhazali Taib
Butiran peribadi
Lahir (1964-07-10) 10 Julai 1964 (umur 55)
Terengganu Kampung Sura Tengah, Dungun, Terengganu
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg BN-UMNO (-2018)
BEBAS (2018-2019)
Pakatan Harapan Logo.svg Parti Pribumi Bersatu Malaysia Logo.png PH-PPBM (2019-kini)
PasanganTo' Puan Halipah binti Ahmad
Anak-anak6 orang
KediamanTerengganu 5065 Lorong Ara Murni, Batu 23 Kuala Berang, 21700 Kuala Berang, Terengganu
PekerjaanAhli politik

Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Ahmad Said.[3]

Pilihan rayaSunting

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999, beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional dan menang dengan majoriti 125 undi sahaja. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau menang setelah mendapat 7386 undi. Calon lawan ,Mohd Razki Alias (Pas) mendapat 3603. Beliau mendapat majoriti 3783 undi.Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Rosol Wahid (BN) mendapat 8,530 undi berbanding Mohd. Razki Alias (Pas) mendapat 3,803. Rosol mendapat majoriti 4,727 undi.

Petisyen terhadap PASSunting

Selepas PRU12 2008, Rosol Wahid selaku memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Beliau tidak puas hati terhadap salah laku aktivis PAS menghalang pengundi membuang undi, merampas kad pengenalan pengundi dan menakutkan pengundi daripada keluar mengundi di kawasan DUN Rhu Rendang dan parlimen Marang. Petisyen itu ditujukan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta pegawai pengurusan pilihan raya Parlimen Marang, Rahman Che Ali ; AdunManir Datuk Harun Taib dan SPR dan pegawai pengurusan pilihan raya Parlimen Hulu Terengganu, Rozali Salleh.UMNO Terengganu mahu memohon pemeriksaan rapi dan pengiraan semula dibuat ke atas 127 undi pos bagi kerusi DUN Ladang yang ditolak oleh SPR pada hari pengundian.[4]

Krisis Menteri Besar TerengganuSunting

Pada 28 Ogos 2009, Rosol Wahid menafikan laporan The Malaysian Insider bahawa beliau dan lapan rakan-rakannya mahu keluar dari Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha menstabilkan politik negeri Terenganu.[5] [6]

Namanya pernah disebut-sebut menggantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Nama lain ialah Datuk Ahmad Said (Kijal); Adun Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera.Dalam PRU12, BN memenangi 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) selain mengekalkan tujuh kerusi Parlimen manakala satu kerusi Parlimen jatuh kepada Pas iaitu di Marang.[7] Selaku Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu, Rosol Wahid telah menghantar surat peringatan kepada Ahmad Said jika menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar yang baru. Beliau dan 23 Adun lain menghantar memorandum menyokong Idris Jusoh kepada Sultan Terengganu di Istana Tetamu pada 24 Mac 2008.Namun rombongan Rosol tidak dibenarkan masuk ke Istana Tetamu Kuala Terengganu. [8]

Rosol Wahid menerima SMS ugutan bunuh daripada Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir. Turut menerima SMS itu ialah ADUN Paka, Mohd. Ariffin Abdullah; ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009. Kes itu dibicarakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 .Jika kesalahan, Ahmad Ramzi boleh dihukum maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.[9]

Nasib tulisan jawiSunting

Pada 1 November 2007, Rosol menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil inisiatif bagi memperkasakan tulisan jawi. Jawi hendaklah dimasukkan dalam sukatan pelajaran dalam kalangan pelajar Melayu supaya tulisan jawi tidak hilang ditelan zaman.Setakat ini hanya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang masih menggunakan tulisan jawi dalam buku terbitannya iaitu Al-Fikrah. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan Terengganu, beliau kecewa kerana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah-sekolah agama di Terengganu dikenal pasti kurang mahir menulis serta membaca jawi. Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) hendaklah memberi penekanan serius terhadap perkara tersebut kerana tulisan jawi merupakan skrip budaya Melayu yang wajar terus dibudayakan.[10]

Pembatalan pembalakan di Hulu TerengganuSunting

Pada 26 April 2010, Rosol Wahid menjadi saksi kedua plaintif dalam kes pembatalan konsesi balak melalui Perjanjian Mengambil Hasil Hutan yang ditandatangani antara Syarikat Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu) dengan kerajaan negeri Terengganu pada 2003.Akibatnya Riyapadu menanggung hutang RM8 juta dengan kontraktor dan pembeli kayu balak . Riyapadu juga rugi bayaran premium RM25 juta dan kehilangan keuntungan hampir RM1 bilion. Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika itu, Datuk Awang Adek Hussin (kini Timbalan Menteri Kewangan) mengumumkan bahawa projek Empangan Hulu Terengganu 2 ditunda atau dibatalkan.Perbicaran itu berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Terengganu, Datuk Abd. Rahin Uda. Menteri Besar ketika itu ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang (1999-2004).[11]

Banglo terbakarSunting

Pada 8 Ogos 2012, beberapa media melaporkan rumah banglo dua tingkat milik beliau di Kampung Baru 23, Hulu Terengganu hangus terbakar. Kerugian dianggarkan RM100,000 . Kejadian pukul 10.15 malam itu berlaku ketika beliau dan keluarganya sedang sembahyang tarawih di tempat lain.[12] Isterinya , To' Puan Halipah Ahmad.

Pada 2007, beliau pernah kemalangan jalan raya apabila kereta rasminya terlanggar tiang lampu di Sungai Rengas, Jalan Kuala Berang.[13]

RujukanSunting