Bandar Cukai
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
NegeriTerengganu
DaerahDaerah Kemaman
KeluasanN/A
Bilangan penduduk17,155 orang (2012)[1]

Chukai atau Cukai merupakan bandar dan pusat pentadbiran daerah Kemaman, Terengganu, Malaysia. Terletak pada latitud 4° 15' Utara dan longitud 103° 25' Timur, ia adalah sebuah bandar yang bersempadan dengan negeri Pahang dan mempunyai bilangan penduduk melebihi 100 000 ribu orang. Keluasan daerah Kemaman ialah 8,000 batu persegi (254,000 hektar), ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun. Kemaman mengadap Laut China Selatan. Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Chukai.

Chukai
Majlis Perbandaran Kemaman

Asal-usul nama sunting

Nama Chukai ataupun Cukai dipercayai berasal dari amalan mengenakan cukai dan eksais di sini semasa zaman penjajahan British. Pada ketika itu, bandar ini merupakan sebuah pelabuhan sungai yang terlibat dalam perdagangan import-eksport.

Sejarawan Mesir bernama Ptolemy yang membuat peta dunia termasuk Semenanjung Tanah Melayu menyebut Kemaman sebagai Kole. Kuala Terengganu pula sebagai Primula. Sekitar tahun 1700, Che Wan Teh keturunan bangsawan Kuala Pahang telah berhijrah ke sini berikutan sengketa di Pahang.[perlu rujukan]

Beliau peneroka pertama Kampung Bukit Mengkuang . Sebelum itu orang Sakai (orang asli) telah lama mendiami kawasan ini. Setelah kedatangan orang Melayu, orang Sakai berhijrah jauh di pedalaman Kemaman. Kemudian Che Wan Teh pindah ke Tanjung Geliga di muara Sungai Kemaman bagi mencari kawasan lebih selamat.[perlu rujukan] Seterusnya pindah ke Chukai yang lebih stabil dan selamat daripada ancaman lanun. Versi lain pula menyatakan Kemaman diteroka oleh Lebai Saris @ Saras seorang bangawan Patani, Siam.

Kemaman juga mempunyai beberapa tinggalan sejarah seperti satu kawasan peranginan (Telaga Simpul) yang pernah disinggahi oleh Munshi Abdullah pada satu masa dahulu.

Perkembangan semasa sunting

 
Casa Limbung, sebuah kompleks membeli belah yang terdapat di Chukai.

Kini, terdapat pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) hasil dari kutipan pelbagai cukai dan duti termasuklah cukai dan duti dari industri petroleum dan gas. Ini kerana bandar Kerteh yang terkenal sebagai pusat industri petroleum dan gas adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kemaman.

Pendidikan sunting

Pelancongan sunting

 
Muzium Kemaman

Rujukan sunting

Pautan luar sunting